July 16, 2011

Mahu berkongsi kisah Syaaban dan isinya

Assalamualaikum wbt.

Malam nisfu Syaaban datang lagi. Ramaikah umat islam di luar sana yang memahami dan menyedari akan kewujudan malam istimewa ni? Nisfu yg bermaksud 'separuh' @ 'setengah' jatuh pd 15 Syaaban. Subhanallah..Allah menciptakan malam istimewa ini untuk hamba2nya..


Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda :”Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya.”  Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah dan bagi kita umatnya berbagai ganjaran yang disediakan untuk setiap amalan bagi persediaan menghadap bulan Ramadhan.
Salah satu amalan yang paling mudah yang perlu kita amalkan sepanjang bulan Syaaban adalah berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik : “Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air “Hidup”. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”
Kedua hadith di atas petikan dari buku Duratun Nasihin Mutiara Mubaligh.
Begitu besar ganjaran yang Allah sediakan apabila kita berselawat. Jom selawat sama2 malam ni..InsyaAllah, Allah akan terima amalan hambanya..
Ni ada juga ceramah dari Ustaz Jamaluddin Wahab ttg kelebihan bulan Syaaban


Sumber di sini

No comments: