July 31, 2011

Resepi Ahad

Assalamualaikum..

Post sebelum ni menyatakan kesunyian di hari ahad..kesunyian tu dah hilang after lunch bersama keluarga kakak..^_^   as I said, all my silence only come in minute. Allah send me my family and my friend to make me happy. Alhamdulillah.

Ada resepi baru yg saya belajar hari ni..

Sotong goreng tepung

1/2 kg sotong
1 biji telur (pukul)

bhn beater kering:
2 bhgn  tepung gandum
1 bhgn tepung beras
serbuk paprika
garam
serbuk lada hitam

Potong sotong bulat2. Gaulkan sotong dlm telur. Gaulkan bhn2 beater kering. Masukkan sotong yg dah gaul dgn telur ke dlm beater kering. masukkan 1 persatu..gaulkan sebati. Goreng dlm minyak banyak. yum2..kt kedai pon x sedap mcm ni..hehe

Tomyam Kung

1/2 kg udang
1/2 periuk Air
2 batang serai (titik)
1 labu bwg bombay (potong)
1/2 inci lengkuas
2 pokok akar daun ketumbar
1 sudu santan
2 sudu perahan lemon
2 sudu cili kisar

Masukkan air+serai+bawang+lengkuas+akar pokok daun ketubar dalam periuk. Pasang api besar. biarkan sampai air mendidih.

masukkan santan. masukkan cili kisar.

cukupkan rasa. masukkan udang. masukkan perahan lemon.

kacau hingga mendidih lagi. Tutup api..masukkan daun ketumabar yg dimayang halus....

Masukkan dlm mangkuk masing2 dan makan.

pelajaran hari ni.
pelajaran 1: istilah tomyam digunakan oleh org thailand, dalam b.melayu bermaksud sup. kung pula bermaksud udang.
pelajaran 2: beater kering sesuai digunakan untuk mgoreng mknn yg mengandungi kandungan liquid yg byk..t beater tu elok je melekat kt mknn yg kita goreng.



maaf. gambar pinjam dr pakcik google je..hihi ^_^
sesiapa yg berminat boleh mencuba.

p/s this is my first ever post about recipe..banyak sebenarnya koleksi resepi..tp xpernah terfikir nk share disini..insyaAllah recipe will be 1 of  my topic for becoming post.

LOVe!

What I love most in this world..

1. my family. All members plus my kakak. my dearest kakak..
2. my family..
3. my family..


others..i called as my spirit..
1. nature..mostly mountain..n I love to hiking..spe yg nk cari geng hiking bole la ajak saya. InsyaAllah boleh.
2. kambing..dunno why I love kambing..they busuk..but I love..have a sentimental value memory about kambing with my late father..
3. my book collection
4. my crocs
5. my lappy
6. my phone yg buruk tu.. ^_^

Kesunyian..

Assalamualaikum..

Hujung mggu yang agak down. Sbb x de planning aktiviti hari ni. Hari2 yg berlalu sepanjang mggu pun tiada semangat sgt..hanya bersemangat ke tempat kerja saja..heii, perlu la bersemangat..kalau kerja x bersemangat cmne nk ade feel bekerja..kerja kan kena ikhlas..Alhamdulillah..setakat ni tiada konflik ditempat kerja..semoga urusan bekerja di hari2 akan datang juga baik2 saja. Hanya itulah yg menjadikan hari2 ku bermakna..InsyaAllah..

Kesedihan mengenang arwah bapak..
terbaca sebuah petikan..
Jika kita terkenang org yg sudah tiada ketika hampirnya Ramadhan,
"maka bersyukurlah masih diberi peluang"
Ya Allah, kau permudahkanlah urusan bapaku di alam barzakh..Al-fatihah













Lain-lain,
Kegelisahan..serba salah..
kehilangan, kesunyian..
terasa jauh..
terasa diri tiada makna untuk sesiapa..
n tiada kata yg mampu menafsirkan apa yg ku rasa..

tapi ku mampu hadapinya..
Ku percaya ini semua sementara
Beraksilah seperti tiada apa yg berlaku..
kerana apabila ada yg mengambil berat tentang ku
aku akan mulai goyah..
dan lemah..
aku sudah biasa begini..
sudah lali..
cuma terkadang perlukan ruang yg sesuai untukku meluah..

Dan aku percaya apa yg ku rasa ini Allah telah takdirkan untukku bersiap sedia menghadapi Ramadhan Kareem yg akan hadir kurang 10 jam dari sekarang..

Semoga aku kuat menghadapi Ramadhan kali ini. Amin.

July 26, 2011

Hari yg mendebarkan akan berkunjung tiba tak lama lagi

Assalamualaikum...

Ramadhan kali ni lain rasanya..
akan ku sambut kehadirannya dgn penuh bersedia..InsyaAllah..
setelah bertahun mencari, baru kini ku tahu apa yg dikatakan indah pada Ramadhan itu..
Umpama menunggu kehadiran kekasihnya..
Berdebar..
mampukah aku sampai ke Ramadhan ini..
Ya Allah..
apa yg aku rasa kini mmg sgt berbeza..
Alhamdulillah..
Kau beri aku merasai nikmat yang sering pencintamu sebut2 keindahan Ramadhan ini..
Kau beri lah aku peluang Ramadhan kali ini berbeza dari Ramadhan2 sebelum ini yg ku tempuh

terjumpa sebuah artikel menyebut..
-Puasa Hak Prerogatif Allah-
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman: 'Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan aku yang memberi ganjarannya.'" (Riwayat al-bukhari dan Muslim)

menurut kamus dewan edisi ke 4 'prerogatif' bermaksud hakistimewa..

ibadah puasa yg kita jalani adalah hak istimewa Allah..
hanya Allah yg akan memberi ganjaran..
juga kita berpuasa semata2 untuk Allah..
jika ibadah lain mempunyai keistimewaan dan khasiatnya untuk diri sendiri, tetapi ibadah puasa adalah ibadah yg kita lakukan semata untuk Allah..

Subhanallah..
Kau temukan aku dgn kata2 indah ini ketika umurku menjangkau 23 tahun..
apakah umur2 yg ku lalui sebelum ini kau terima amalan ku..
yg aku amalkan tanpa penghayatan..
dan mungkin ikhlasnya hanya sedikit..
hanya seperti buih di lautan?

Ya Allah..
kau temukan lah ak dgn Ramadhan Mu kali ini..
panjangkan lah umurku..
berikanlah manfaat yg banyak dgn dengan kehadirannya kali ini..
Dan kau terimalah amalan2 ku 
Dari hamba Mu yg hina ini..
Aminn ya Rabb

July 22, 2011

Cinta Muka Buku Official Video Clip - Najwa Latif

Lagu adik Najwa..



Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Tomatomerahberibiru x sihat

Assalamualaikum..

Cik tom x sihat..koma..ade dlm laci nu..nk p ICU duit lom ckup..
sbaq na....t de rezeki kita p hospital ea...

memula pengsan.
selepas kene hempas dgn Noah...si cilik tu..
hoihhh..ak ingat ok je..
so, xde la nk melenting time tu..
rilex je time tu...chill ooo..huhu..
akulah bibik paling rileks time tu..

then amik n try on..
whoahoooo..
mmg trus nazak la...
jap on..skrin mmg dah gelap la..
pastu x sampai 10saat de off semula...
x sampai 10 saat lgi de on semula...skrin gelap je..
off..
on..
off..
on..
off...
(ayyaaa..mau bape bnyak daaa..)

ok, so ak pon wt la konklusi n terima kenyataan yg tom mmg tgh nazak...
so, ak pon cabut bateri de..
bg trus off..bg koma dlu..

t dah ckup duit baru register kt mne2 hospital...
saba ye cik tom..t klu pg hospital jgn nangis tau..
ak nangis xpe..bole cari baru..hohoho...
eh, ok2..xde2..x cari baru..ak setia..ak stia..hehe

semoga cik tom kembali sehat ye..sesehat seha!
Aminn

July 18, 2011

learning to dance in the rain..

life is not about for waiting the storm to pass, it's about learning to dance in the rain..a beautiful phrase from my beautiful book Chicken soup for the soul: think positive 


what a lovely book from my previous boss..thanks alot..you make my day..


Actually i am nervous to face my future..
An assistant library one and only for almost 1 month..
oh no..i student biasa2 only..am i afford?


I need to learn fast..
I need to bla3
I need to this
I need to that...


Ayyo, so many things to do
Don't salahpaham with my statement..
All i need to do is about my self..not others tell me to do this and that..


The phrase from my lovely book said "life is not about for waiting the storm to pass, it's about learning to dance in the rain..


So,
I need to playing in the rain..
I need to challenges myself
I need to take an action


Ya Allah, tabahkan lah hatiku..
Permudahkanlah urusanku..
Murahkan lah rezekiku
Perkenankanlah Ya Allah


p/s: ni repost..mak aiiii..baru pasan teruk gila english ak..hahaha..tunggang tebalik..(T__T)

July 17, 2011

Cerita hari esok

Assalamualaikum...

Esok, bermula pekerjaan ku yang pertama selepas habis belajar.

Mggu depan, ak masih bekerja di NUMed

Bulan depan, puasa di bulan Ramadhan Kareem

2 bulan depan, Hari Raya Eid ul Fitr

Tahun depan, mulakan azam baru (walaupun tiada azam lama). tamat kontrak di NUMed. bagaimana prestasiku?...hah, aku pun masih sangsi...mampukah aku hadapi pekerjaan ini...

Ya Allah, bantulah aku. Perkenankanlah.

Buku baru

Assalamualaikum...

Tanggal 14 julai adalah hari terakhir saya di UTM, khususnya di PSZ sebagai pelajar praktikal.
Banyak saya belajar di alam praktikal walaupun hanya mengambil masa 2 bulan sahaja.
Bos yang baik, staff yang periang, ada juga staff yg moody..
tp saya ambil ianya sebagai pengajaran.
Beginilah suasana sebenar alam pekerjaan..
tak semua orang boleh sependapat dengan kita..
Pelbagai ragam manusia akan kita lihat di dunia yg lebih luas dari kacamata freshgraduate..
Semuanya baru..
pengalaman juga lah yang akan mengajar dan mendidik kita..

Hari akhir di PSZ, kami di tugaskan untuk menyampaikan pembentangan individu..
laporan sepanjang 2 bulan di PSZ.

Dan ada farewell party yg di sambut secara sederhana. Alhamdulillah..

Jumaat.

Selepas habis waktu pejabat, saya dan zam dijemput Cik Bad (bos kami) makan2 di luar.
Saya sangat terharu dgn penghargaan yang di beri..
Di akhir perjumpaan, Cik Bad menyerahkan (bagi) hadiah untuk kami..
Ohhhhh, saya sangat teruja..
dari bentuk bungkusan saya tahu hadiah tersebut adalah sebuah BUKU...Alhamdulillah...
Belum lagi saya habis teruja dgn hadiah tu, Cik Bad pesan "Pastikan buku tu kne habis baca tau, bagus buku ni.."
Terima kasih tak terhingga, Cik Bad!

Dalam perjalanan pulang (dalam kereta), dah tak sabar dengan hadiah tersebut.. terus cepat2 buka..(^___^)..heheheh

TARAAAAA...

sumber: http://www.akronohiomoms.com/giveaways/chicken-soup-for-the-soul-think-positive-book-review/
Dah lama sangat tak dapat buku sebagai hadiah..last dapat pon dah tak ingat bila..
InsyaAllah, saya kena habiskan baca buku ni..*berusaha keras* (maklumla, english saya tak bagus..jadi perlu banyak masa untuk memahami isinya..)

Terima kasih juga untuk motivasi dan inspirasi yang diberikan..
hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.

July 16, 2011

Mahu berkongsi kisah Syaaban dan isinya

Assalamualaikum wbt.

Malam nisfu Syaaban datang lagi. Ramaikah umat islam di luar sana yang memahami dan menyedari akan kewujudan malam istimewa ni? Nisfu yg bermaksud 'separuh' @ 'setengah' jatuh pd 15 Syaaban. Subhanallah..Allah menciptakan malam istimewa ini untuk hamba2nya..


Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda :”Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya.”  Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah dan bagi kita umatnya berbagai ganjaran yang disediakan untuk setiap amalan bagi persediaan menghadap bulan Ramadhan.
Salah satu amalan yang paling mudah yang perlu kita amalkan sepanjang bulan Syaaban adalah berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik : “Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air “Hidup”. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”
Kedua hadith di atas petikan dari buku Duratun Nasihin Mutiara Mubaligh.
Begitu besar ganjaran yang Allah sediakan apabila kita berselawat. Jom selawat sama2 malam ni..InsyaAllah, Allah akan terima amalan hambanya..
Ni ada juga ceramah dari Ustaz Jamaluddin Wahab ttg kelebihan bulan Syaaban


Sumber di sini

July 11, 2011

Menjejaki buku-buku

Assalamualaikum...

Seperti yg di ketahui (kalau tahu la), saya bnyak koleksi hasil tulisan Faisal Tehrani..dan x keberatan untuk beri mana2 pihak meminjam dan membaca buku2 saya. Asalkan saja dipulangkan kembali.

Saya pernah memberi pinjam buku2 yg paling bermakna dalam hidup hasil tulisan Faisal. "Tunggu Teduh Dulu"..dah agak lama juga la sy mencadangkan buku tersebut dibaca oleh kakak sy..Ok, boleh...pinjamlah..buku ni best tau...de pon berminat..so pinjamlahh..bulan ganti tahun, kakak senyap je...kadang2 saya buka juga topik ttg penulis kegemaran bila sesekali bertemu di kampung. Saje nk tnye perkembangan pembacaannya..so cmne?dah habis ke?...oooohoho..bnyk sgt la seha, x larat aku nk habiskan..nanti lah akak pulang ye....hihi..mmg lame sgt dah ak tggu..dekat lima tahun kootttt..owhhh, ak rinduuuu  "Tunggu Teduh Dulu".....klu rindu sgt, aku akan review balik jln cerita buku ni...sgt terkesannnn..sume dalam pale otak je...

OK, sekarang. setelah 2 bulan kt umh kakak yg pinjam buku tersebut, ak try la meng'usha2' kabar berita buku ak yg satu tu..de dalam stor tu, t ko free2 p la cari ea dlm stor...okeyyy, ak de 1 misi ni..hahaha..memula usha2 dlu stor tu..tgok selok belok..buku2 de simpan belah mne, try cari skit2...tapi x jumpa2 jugak..

Weekend yg lepas, kakak sekeluarga balik kg..hahaha..ape lg, ak pon memulakan la operasi..ak punggah segala barang yg ada dalam stor tu..mudah sket keje bila takde spe kt umh..klu x sume anak2 buah ak pon same2 'rajin' nk tolong 'kemas' jugak...hihi..punggahh..bukak kotak..peluh2.....x jumpa2 juga..adoiii.xkan la buku tu dah x wujud dah...hampir nk sedih gak la....

takpe, teruskan mencari dan cari..buka semula laci2 yg pernah aku buka sebelum ni...selak satu persatu...hohohohoho...AKHIRNYAAAAA....buku tu tertindih kt bawahhhh skali..jauh duk terperosok......hahaha..sian de...okeyyy, i da jumpe buku kesayangan i..amat gembira tau..awesome gituuuu...alhamdulillahh...sekian..

tu je nk cter...tatatititutu....

Weekend datang lagi...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, weekend yg menyeronokkan datang lagi..sy  meluangkan masa sepanjang hujung mggu dgn kakak sayang saya..Kak Fida!..

Untuk pengetahuan, kak fida terlibat dgn majlis pentauliahan kor suksis seMalaysia. dan tuan rumah untuk tahun ni kt UTM..rezeki kami..walaupun salah sorg antara kami bkn pun pelajar UTM, tapi UTM la tempat kami menghabiskan hujung mggu...aku kata "nak belajar kt UTM x mampu, praktikal kt sini pon jadilah", hehehe..Kak fida plak kata "x dpt blaja kt UTM, dapat pentauliahan kt sini pon jadilah"..hahahaha..kami gelak sama2 petang tu..setelah sekian lama x jumpa..padahal masing2 asal dr Banting..

Terima kasih untuk Atikah Rahim sekeluarga. walaupun ni kali pertama kita jumpa, sy sgt selesa berada di samping kalian..btw, Atikah kawan Kak fida. Family Atikah dtg dr Selangor untuk menghadiri majlis pentauliahan Kor Suksis..

...dan terima kasih juga kepada kwn2 kak fida yg lain..yg baru kenal tp dah riuh semacam..insyaAllah, de rezeki kita jumpa lagi..all of u make my day..Thanks ALOT!

p/s: owhh, lupe plak, dalam ramai2 tu sy je yg cerah kulit (wlaupun sebenarnya dlm kategori gelap) berbanding yg lain2..hihi..jgn jeles k..

July 7, 2011

Kelas hari ni.

Mari mengaji..jom2..

senarai tajuk kelas harini..

1. Kerana Lidah oleh Ustaz Kazim Elias




2. Perkara yg membatalkan wuduk oleh Ustaz Kazim Elias




3. Bomoh oleh Ustaz Kazim Elias






Selamat beramal!

July 5, 2011

Koleksi Travelog

Assalamualaikum...


Travelog menurut Dictionary.com adalah "a lecture, slide showor motion picture describing travels."...


Koleksi travelog yg saya minat adalah karya pasangan Prof Kamil dan Puan Roza. Alhamdulillah..saya hampir memiliki semua hasil tulisan komersial Prof. dan Puan.


Mggu lepas 2 buah buku yg di oder telah sampai kt sekolah kakak. Balik2 trus buka parcel. Sungguh gembira. Perjalanan balik kampung ditemani Travelog Impian Abadi: Itu yang tertulis. Sampai saja di kampung, sy sempat menghabiskannya.


Koleksi Travelog yang ada  pd saya.


Selamat membaca kawan2. 

Kosong

.......................................................

Kamu seperti hantu
terus menghantui ku
kemanapun tubuhku pergi
kau terus membayangi aku


Perasaan seperti ini melanda hatiku..hoho...ayat nk dramatik kn seha..hahaha..

Ok.cut the crap!
Jgn mahu berpura2 gembira.

(T____T)
Aduhh, nk mengeluh serba salah
kufur nikmat aku ni..sudah ada peluang, tetapi tidak bersyukur..
Ya Allah ampunkan ak..ak lemah Ya Allah..

nk terima dgn hati terbuka apatah lagi..
jujur berkata (frankly speaking) ak mcm dah xde hati dah..
dah teringat mak je kt kg..
ada urusan yg perlu diselesaikan sebelum ak masuk ke alam pekerjaan..

Ya Allah, Engkau Maha Pengasih, Maha Pemurah..
Tentu saja hikmah disebalik kejadian tersirat dgn banyaknya..tidak terhitung jemariku..
Yang tersurat sahaja ak belum lagi mampu sbgai manusia biasa untuk memahaminya..
Selayaknya ak hambaMu yg hina menerima perkhabaran ini dgn hati terbuka. berlapang dada. mengucap hamdalah dgn byk nya..bersyukur dgn apa yg telah kau berikan..
Tetapi aku lupa Ya Allah..selepas lama berfikir baru ku sedar, berita yg ku terima langsung tidak ku sambut dgn ucapan Alhamdulillah..ampunkan ak Ya Allah..

Permudahkan lah keputusan yg akan ku buat.
Lembutkan lah hati kecil ibu ku.
Supaya berlapang dada melepaskan ak di Hujung Medini ini.
Dan berikanlah ak kesempatan untuk menguruskan hal di kampung yg telah ak janjikan untuk menyelesaikannya..
berilah ak peluang itu sblum ibuku menutup mata untuk selamanya..
berilah ak peluang itu sementara ibu dikurniakan kesihatan yg baik..
Aminnn..amin Ya Rabb.

July 4, 2011

Weekend

Assalamualaikum..
Pagi2 isnin rse cam blurr je..Semalam (mlm semalam) bru je tiba di JB dari kampung halaman..rutin tahun 2004-2005 kembali lagi tahun ni..ulang alik JB-Banting menaiki bas..penat yg amat. Alhamdulillah, perkhidmatan bas semakin selesa. Berbaloi dgn harga tiket yg dibayar.

Friday

1 Julai 2011, for a first time tiba di TBS aka Terminal Bersepadu Selatan yg gah dan selalu diperkatakan oleh pengguna2 bas yg menuju ke selatan tanah air.Awesome kot. cam masuk airport.haha..Aku jakun jap memula sampai kt TBS ni. Snap 1-2 pic..hihi..nk lbeh2 cam x patut plak kan..dah la pki nset classic ni je..

Ruang arrival. turun dari bas di sini.

Jgn lupa beli tiket balik Johor semula. dari JB lagi dah wat reminder siap2 "Jgn lupa beli tiket kt TBS tuk balik ke JB smula". Aku sedikit pelupa. dah la sorg2..n xde spe2 nk remind. So, remind siap2. Alhamdulillah, x terlupa. Then, berjalan sikit ke stesen LRT terdekat. Stesen Bandar Tasik Selatan. Amik tren ke Stesen Masjid Jamek. Then berjalan ke stesen bas Klang (berdepan dgn Central Market). Sy x amik tren ke LRT ke Stesen Pasar Seni sbb nak berjalan kaki je..lg pun awal lg..(sbnrnye kurg mahir nk tukar tren kt stesen masjid jamek..selalu je fail..tu yg malas..jalan pon best hape) hihi...

Dan sebab dah lame sgt x jalan KL (more than 5 years) ak dah x cam jalan shortcut nk ke Pasar Seni aka Central Market (CM). Duk lalu celah2 bgnn yg banyak sgt tuh..last2 sesat..ayyoo..then, decide tuk kembali ke arah Masjid Jamek. Masa nk patah balik tuh t'jumpa tourist..Sukeee..hihi

"Excuse me, did u know how to go to Chinatown?"

Hohoho..i'm bit nervous okehh.."Actually i also lost miss. Sorry.." hihi..tp ak kesian tgok mke de yg comel tu..

Ak pk jap..2 second and then "Ok, actually my destination also not far from Chinatown, u cn follow me. ok."

"Ok", she said. She smile.

Hoho..nervous lg..tuk hilang kan gabra "Where r u from??"

"Taiwan"

"Owhhh, ok" ..tapi dlm hati "Whoaaa, jumpe org taiwan rini..best nye..hihi.."

So, ak pon excited nk terangkan mcm2 kt de..cam nk jd tourist guide plak kan..and a bit bangge jgk la..just be like a good Malaysian..borak2 dgn de..de tnye pasal masjid kubah putih (Masjid Jamek KL)..ak cter ttg org solat jumaat..Alhamdulillah, mse borak2 tu ak terpandang CM. so, ak dah confident la time tu..so ak terangkan kt de the blue building is CM. dah dekat dah dgn Chinatown..de sgt excited mase lalu CM.. Sangat okeh..then de follow je ak..sbb ak nk rush, nk amik bas lain tuk sampai ke Banting..lepas kuar je kt CM de dah x sabar nk masuk CM semula. de tnye Chinatown belah mne..ak tunjuk n de nk masuk balik ke CM..hihi..so sampai situ je la ak jumpa tourist from Taiwan ni..She have a good english..Sng nk explain kt de..

Alhamdulillah, she make my day...

Saturday.

Bangun pagi2..xnak bazirkan masa tuk tidur kt kg. Lepas subuh trus masuk dapur. Masak air. n then kuar p blakang cek ade durian x?..belum ade rezeki..aishh..xpe la.

Sunday.

Bangun pagi2 jgk. Penat mak kejutkan. akhirnya..hehe...masuk dapur. masak air, then trus keluar ke blakang rumah.. Checking time..Lalu bwh pokok slow2..bg dramatik skit..Nmpk 1 biji. Alhamdulillah..2 biji..Alhamdulillah..n then, 3 biji.. Alhamdulillah..rezeki...trus angkat..masuk dapur semula..x sabar nk jerit bg tau kt mak ngan kakak..

"Durian ne akeh mak" (translasi ke BM= "Durian nye banyak mak")
"Alhamdulillah" laung mak dr depan.

Tup2 kakak ak yg datang dulu..sgt excited..de x puas hati..nk jgk jalan ke belakang n check again..hehe..x sampai 5 minit de jerit.

"Ko x pakai spek ke Are?", sambil menjunjung 1 biji lagi durian.
"Pakai la", menoleh sambil tersengih. Alhamdulillah.

Kami 2 beradik membalun 4 biji durian..mak dah x heran (hairan)..x sampai 10 minit licin..n beberapa ulas durian buat serawa @seraya (durian masak dgn santan) n makan dgn pulut or roti. Pagi tu sarapan dgn durian. Alhamdulillah.

Next.

My form 6 classmate's wedding..OMG..de student UUM..same la habis blaja sem ni jgk mcm ak..nk kawin dah. Ayyooo, sgt cepat lorr Elis..ak pon terkujat tau dengar ko nk kawen.. Neway, ak doakan kau bahagia menempuh hari2 sebagai wanita sejati..InsyaAllah..semoga dipermudahkan segala urusan ye..Amin


Me and Elis before Nikah ceremony..Elis rse cm nk lari je time tuh...

"Barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair"



Practice make perfact

Jgn lupa baca ni nanti ye..la ni nk tdo dlu.


nak lebih bersedia kali ni...InsyaAllah...Ya Allah..permudahkanlah urusanku.