September 5, 2013

Ramadhani VS Rahmani

Bismillahirrahmanirrahim...

Nak berkongsi sesuatu. Pernah tak dengar tentang Ramadhani vs Rahmani? Masa bulan puasa hari tu isu ini agak hangat dibangkitkan. Pesan-pesanan para ustaz dan ustazah tentang ibadah kita di bulan Ramadhan. Kata-katanya lebih kurang berbunyi begini, "Jadilah kita hamba Rahmani, bukan Ramadhani"

Allahuakbar.

Kadang-kadang, terutamanya saya tahu akan quote yang digembar-gemburkan oleh para asatizah ini, tapi kita tidak memahami dengan sebaiknya. Semalam terfikir sesuatu selepas buka puasa (puasa Syawal aku ada lagi berbaki 1 hari lagi esok insyaAllah), semasa dalam perjalanan nak balik rumah. Tiba-tiba throwback masa waktu berbuka Maghrib tadi. Perasan tak kalau kita berbuka, kita akan immediately masukkan makanan dalam mulut untuk batalkan puasa? Kenapa? Sebab ada hadis Rasulullah SAW yang galakkan kita berbuka puasa di awal waktu rite? Ianya juga salah satu sunnah ketika berpuasa kan? 

Sabda Nabi saw: Tidak akan hilang kebaikan daripada umat ku selagi mana mereka mengawalkan waktu berbuka puasa. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
 Alhamdulillah, kita ada kesedaran yang ianya sebagai sunnah. Yang kita faham ianya makanan untuk jasad kita. Kalau tak makan kita akan lapar. Tapi bagaimana dengan rohani kita? Kenapa bagi 'makan' lambat?  Kenapa kita tak solat di awal waktu seawal kita berbuka puasa? Astaghfirullahal'azim. Kalau dengar azan tu buat-buat tak dengar je. Kalau dengar azan di TV pula terus tukar channel. Cari channel yang tak ada iklan, atau cerita-cerita yang lebih menarik, mungkin? Kalau dah setting waktu solat dalam henpon, tiba-tiba kita jadi segan bila henpon kita melaungkan azan di tengah-tengah orang ramai. Eh kejap, kenapa nak segan? (encik gabbana, 2013) Atau pun biarkan je laungan azan itu tanpa bersambut dengan kata-kata atau lebih teruk lagi dengan tindakan. Tidak ada tindakan langsung dari kita. Padahal ianya seruan Allah. Hayya 'alas solahhh, Hayya 'alal falahhhh.. Ya Allahh saya sedih sangat dengan diri saya. 
Jom kita baiki sama-sama jom. Kalau kita tahu yang solat tu adalah makanan hati/rohani yang tengah kelaparan/kehausan, kita mesti berkejaran nak ke musolla di tempat kerja kita. Pastu ramai orang beratur panjang nak ambil wudhuk. Pastu musolla dalam shopping kompleks jadi sesak ila tiba waktu solat sebab semua orang tengah lapar dan haus makanan rohani. 
Kesimpulan: Kita selalu menjaga ibadah kita, solat diawal waktu contohnya atau beribadah berganda-ganda ketika bulan puasa sahaja. Inilah yang dikatakan sebagai hamba Ramadhani (dalam bahasa arab imbuhan 'i' dibelakang setiap perkataan bermaksud 'kepunyaan'). Hanya kerana Ramadhan kita beribadah bersungguh-sungguh. Mungkin juga kita berniat dengan niat kerana Allah, tapi jika kita faham betul-betul kita beribadah semata-mata kerana Allah, bagaimana pula dengan bulan-bulan lain dalam kalendar islam? Jika kita hamba Allah, dan benar-benar beribadah kerana Allah, ayuh kita beribadahlah sebanyaknya di bulan-bulan lain juga. Jadilah kita hamba kepada Rahmani ( Rahman adalah salah satu nama Allah diantara 99 namaNya)
Jom utamakan solat dalam kehidupan seharian kita!


Nota kaki: Saya ada terfikirkan sesuatu tentang solat di awal waktu. Awal waktu tu seawal yang bagaimana? Ini mungkin tips untuk kita ukur keawalan waktu kita untuk solat. Kita bayangkan bagaimana kita solat berjemaah di masjid-masjid yang jemaahnya sentiasa ada setiap waktu solat. Ok dah? Ok kalau kita tertinggal nak solat berjemaah dengan imam, ha maksudnya kita dah dianggap lewat la tu. Ini hanya pandangan saya sahaja la. Mungkin kita boleh fleksibel kan dengan keadaan kita seperti sedang bermusafir etc. 
Nota kaki 2: Bila cerita ttg solat teringat pada seorang junior saya, "Jangan risau, kalau kita jaga solat, 'solat' tu akan jaga kita balik" ---> penjelasan: kalau kita sentiasa jaga masa solat kita, insyaAllah kita tidak akan tertinggal solat dengan mudah, contohnya kita terlupa, kebarangkalian untuk kita terlupa tu rendah sangat atau kita tertidur, automatik bila tiba waktu solat kita akan terjaga terutamanya waktu subuh. 
Nota kaki akhir (seriously last): Setiap hamba akan diuji dengan apa yang telah dikatakan olehnya. Jadi aku juga akan di uji sekejap lagi, once post ini di publish. Mohon doa rakan-rakan yang membaca supaya aku dan kita mampu hadapi ujian ini, terutamanya ujian nafsu. Bak kata orang putih "Walk the Talk". Ianya sukar  untuk dilaksanakan, tapi lebih sukar untuk kita istiqamah dengan kebaikan yang kita lakukan. Semoga kita sama-sama kuat. Semoga ujian yang kita hadapi akan menambahkan lagi keimanan kita.

Nusajaya
05092013

Tips penulisan #1


September 2, 2013

Pahala


Noah masih pakai diapers. Sekarang umur dia 3 tahun setengah. Tapi belum pandai cakap. Jadi belum dapat nak toilet train lagi.

Tengah main-main Noah "bertelur". Bau jangan cakap la. Tapi bibik masih sibuk dengan online banking. Hutang-hutang. Bil. Duit nafkah (ecehhh!). Simpanan. Semua kena diselesaikan malam ini juga.
Hawa dah bagitahu Noah "bertelur", pada bibik, bapak, mak, tapi semua dengan hal masing-masing. Noah rilek je. Macam tak ada apa-apa berlaku.

Selepas bibik selesai meng 'online banking', sekali lagi Hawa ingatkan untuk bersihkan Noah.

"Alaa. Bibik malas lah. Kat atas tak de diapers Noah." Aku sengaja bagi alasan.

"Nanti Hawa ambilkan kat bawah"

"Alaaa..." aku masih berdalih.

"Nanti bibik dapat banyak pahala..."

"Ok la..." sambil senyum pasrah.

Aku juga yang ajar Hawa begitu. Kalau ada apa-apa aku nak minta tolong Hawa, aku katakan yang dia akan dapat banyak pahala. Toing! Malam ni dia sudah ingatkan aku. Sambil bersihkan Noah, aku senyum sorng-sorang.

Alhamdulillah.