December 31, 2012

Cik Singa

 
Alhamdulillah.
 
Gadget antik ni sudah ada dalam rumah. Mari mulakan projek!
 

November 28, 2012

pelangi

Assalamualaikum wbt.

*Kek Pelangi ini membuatkan hari saya*




Terima kasih kepada penaja. ^___^

November 3, 2012

Doa untuk Hati (T__T)

"Ya Muqollibal qulub tsabbit qolbi 'ala deenik"

"Wahai dzat yang membolak balikkan hati, teguhkan hati kami diatas agamaMu"



"Rabbana la tuzighqulubana ba'da idh hadaitana wa hab lana min ladun-ka rahmah, innaka antal Wahhab.


"(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." (3:8)


Semoga Allah kuatkan hati-hati kita.
Semoga bermanfaat.

October 10, 2012

Alhamdulillah tsummalhamdulillah..

Alhamdulillah tsummalhamdulillah..

Bismillah...
Apabila kita mendapat nikmat, ucapkanlah Alhamdulillah.
Juga apabila mendapat kesusahan atau ujian.
Belajarlah untuk ucapkan alhamdulillah ketika ditimpa musibah.
InsyaAllah kesusahan dan ujian itu senang je nak hadapi.

Kenapa dah 'Alhamdulillah' ada 'tsummalhamdulillah' pulak?

Sebab nak rasa lebih-lebih syukur lagi. Idea penggunaan perkataan 'tsummal' datang dari ayat indah lagi ohsem dari Allah sendiri dalam Al-quran. Pengulangan tujuan untuk penegasan. Contoh ayat,

Kalla saya'lamun tsummakalla saya'lamun.
Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu). Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).
[78:5-6]

Perkataan sekali lagi adalah pegulangan perkataan untuk tujuan penegasan.
Semoga bermanfaat untuk semua =)


notakaki: melegakan perasaan sendiri. ironinya, semua masalah perlu dihadapi. bi iznillah. =)) *senyum tak berapa nak lebar.

August 10, 2012

rutin!

Assalamualaikum..
Salam Jumaat semua (kalau ada yang membaca la)

Saya ada salin dan tampal (copy and paste) status Ustaz Hasrizal dalam FB beliau. Oh sungguh teruja melihat status FB ni. Saya tak sangka seorang ustaz juga ada rutin buang tahi kucing dalam rutinnya. Selama ini sy fikir hanya saya seorang yang ada rutin itu.

Rutin hari ini:

Mandikan Imad, siapkan Imad ke sekolah, buka semua tingkap, basuh kain, buang tahi kucing, beri kucing, ikan dan kura-kura makan, bangunkan Muiz, bancuh susu, mandikan Muiz, siapkan breakfast Muiz dan suap, sidai kain, kemas rumah, baca buku, tambah perenggan proposal masters, hantar proposal program kepada TM dan jawab emel-emel pejabat.

Crosstrainers15 minit, main dengan Muiz, sambut Imad balik, mandikan Imad, siapkan Muiz dan Imad, baca surah al-Kahfi, pergi solat Jumaat bersama anak-anak, singgah kedai beli barang dapur, bagi Muiz makan, pergi sekolah di Bangi ambil Saif dan Naurah, hadir ke sebuah majlis ringkas, pandu balik ke rumah, Solat Asar, pastikan Saif, Naurah, Imad dan Muiz mandi...

Berehat sat, betulkan urat dan tulang, cek kandungan gula dalam darah.

Angkat kain, pastikan rumah kemas apabila isteri pulang ke rumah, mula memasak untuk berbuka puasa bersama isteri, sembang dengan keluarga, bersedia untuk berbuka puasa.

Berbuka puasa, solat Maghrib, kemas dapur, solat Isyak dan Tarawih, balik rumah, siapkan bahan untuk kuliah Subuh esok.

Demikianlah Sprint Ahli Kelab Suami Doktor

Dan saya amat gembira melakukannya


Eh, apa kena mengena tahi kucing dgn keterujaan saya ni?
Haa, ni yang nak cerita ni..
Dah beberapa hari saya sangat risau dengan keadaan kucing saya.
Sampai saya rasa kucing kena dah hantar balik kampung sbb takut saya tak dapat nk uruskan.
Tapi alhamdulillah rutin buang tahi kucing akan jadi rutin wajib saya untuk kucing-kucing saya selain beri makan dan bermain dengan kucing. heeee
Selain kucing selesa, housemate lain juga akan selesa.
Alhamdulillah!

Dan saya akan melakukannya dengan gembira!

July 22, 2012

Momentum Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulilllah dah hari kedua Ramadan kali ni..
Ya Allah tetapkanlah momentum mlm pertama ramadan hingga ke akhirnya..
Supaya kami dapat istiqomah dalam ibadah yg di lakukan..
Dan jadikanlah ramadan ini titik perubahan untuk menjadi yang lebih baik lagi..
Aminn

2 Ramadan 1433
Banting, Selangor

Updated:

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah dah hari ke 20 kita dalam Ramadan..
Niat hati nak pecut..
Tapi apakan daya Allah lagi mengetahiu segalanya.
Bendera Jepun di hari ke 20..  ='(
Tapi tak mengapa.
Hajat untuk berjemaah dan buat 20 rakaat dah kesampaian.

Kita pecut untuk hal² lain pula..
Amalan Ramadan itu luas bukan?
Marilah kita sama² beramal sebaik² dalam Ramadan kali ini.
Aminn..


Allahumma innaka afuwun karimun tuhibbul afwa fa'fu 'anni 
"Ya Allah, Engkau Maha Pemberi maaf dan Maha Mulia, suka kepada kemaafan, maka maafkanlah aku"

20 Ramadan 1433
Nusajaya, Johor

July 18, 2012

Ramadhan Countdown

Assalamualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim...

Kalau nak hari raya dah countdown awal-awal.
Nak puasa ni ade countdown tak?
Astaghfirullahal'azim...
Saya countdown Ramadhan kali ni ni dgn penuh debaran.
bukan gembira.
Bukan juga tak suka..
Tapi takut..
saya sangat takut untuk tidak dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan kali ini..

“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan” (Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan).

Ya Allah aku bersyukur dapat memilih kawan-kawan di FB yang baik-baik belaka sentiasa..
Ada tukang countdown mengingatkan kehadiran Ramadhan..
Semoga sama-sama kita menghidupkan Ramadhan kali ini..

Nak buat projek best dengan kawan-kawan sepejabat.
Doakan semoga berjaya ye.
Dan semoga program amal jariah yang dirancang dalam kepala dapat berjalan lancar juga..
Ya Allah permudahkanlah urusan kami Ya Allah..
Amin!


setahun bekerja

Alhamdulillah hari ini genap sy bekerja setahun di bumi Johor ini. 18 Julai. ada juga plan nak ke area Selangor. Doakan ye. aminnn

June 6, 2012

update status di hati

Bismillahirrahmanirrahim

biasa tak update status dalam hati?
apa kata kita mula dulu dari dalam diri


mula ingatkan diri sendiri sebelum ingatkan orang lain
sama juga untuk orang yang menulis ni
moga Allah permudahkan
saya takut juga bila kita hanya sibuk ingatkan orang lain
tapi diri sendiri yang lalai dan lupa
amalkan sambil mengingatkan
semoga Allah merahmati sahabat2 sekalian.
Aminn (^___^)

buku baruuu..baca

Assalammualaikum wbt

Bismillah

Entri ni sgt sesuai di 'post' kan selepas pesta buku sebenarnya..
tapi dah sebulan berlalu.
maaf ye.

hehe. alhamdulillah
setakat ni belum pernah lagi tertinggal pesta buku antarabangsa di PWTC tu
saya tak kisah nk beli nk beli buku ape
yang penting sy kena hadir ke pesta buku tu walau sekejap
atau walau berseorangan
saya tak kisah

alhamdulillah kali ni dapat pegi dgn adik
ni kali pertama beliau sampai ke pesta buku.

layan gambar please.
.
.
.


ni antara buku yang di borong. tiga ke atas buku sy. yang lain buku adik. nmpk tak perbezaan bhn pembacaan lelaki dan perempuan? aduhh


jumpa pakcik hafiz hamidun kat sini
jumpa pakcik faisal juga *teruja*


buku adik

adik. tukang bawa buku. hikhik

hadis


kene janji dgn diri sendiri.
habiskan semua buku-buku ni baru boleh beli buku baru. okehhh
okeh deal *calit calit ibu jari tgn kanan dan kiri sendiri*

baru-baru ni pergi kursus.
kena ada peneman.
jadi kena ada buku tambahan.
disebabkan dah berjanji tak akan beli buku baru lagi,
oleh itu saya pinjam buku orang lain untuk dibaca.
ha, bijak tak saya? astaghfirullah. sila jgn riak kat sini.


[ihsan]
pinjam buku abang ipar.
dua hari je baca
hujung mggu ni dah kene pulang.

anda-anda yang perempuan sekalian silalah baca buku roza roslan.
sgt bagus untuk anda.
pasti ada sesuatu yang terkesan dr penulisannya.
nnti boleh kongsikan ye.

sepi

Assalamualaikum wbt

Bismillah

Sepi tanpa berita
tapi tak sepi dr ujian dan dugaan Allah
Allah duga manusia dgn pelbagai cara
ada belog tapi serupa cm takde belog ape cerita kan?
*tumbuk muka sendiri* dushh dushh

Belog tu amanah sayang oi
Kalau ko dah register nak ade belog
kene la update belog ko tuh wei
hape da..

Nasihat ini saya tujukan untuk diri sendiri yang serba hina ni
byk terima ilmu
tapi tak mahu sampaikan
tak mahu kongsikan

manusia jenis apakah anda?

jangan sampai nikmat-nikmat ini Allah tarik satu persatu
baru kau tahu erti penyesalan tu..
Astaghfirullah...

*nikmat Allah byk sgt
** dapat naik 'airplane' (kata sepupu sy mase kecik2 dulu) semalam. wah. sgt teruja. tapi teruja tu sy simpan ekslusif untuk diri sendiri (muhasabah), keluarga dan belog ni. klu cerita kat orang lain mesti dorang tak heran kan?haihh..ape la sgt dgn dapat naik kapal terbang tu cik seha oii..orang lain berpuluh-puluh kali dah naik 'airplane' tu tauhu tak? eh, tahu tak? subhanallah. subhanallah. subhanallah. kakak sy kate alhamdulillah. dr tak pernah naik kapal terbang, ni pertama kali naik bila dah kerja. dengan titik peluh dan usaha sendiri. heh, walaupun tiket kapal company yang byr.ahaha. takpe..rezeki masing2 kan..Alhamdulillah

haihh..kenapa nota kaki lebih byk dr isi belog?? astaghfirullah..


May 1, 2012

Konvensyen Bidadari Dunia #2

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Bertemu kembali kita
dah lebih sebulan yang lalu konvensyen ini berlangsung.
insyaAllah semoga kita semua tak lupa dengan ilmu yang diperoleh.

InsyaAllah saya nak sambung lagi perkongsian pengisian yang saya dapat semasa menghadiri konvensyen ini.
Pada hari pertama, slot 1 dikendalikan oleh Ustazah Fatimah Syarha, novelis islamik terkenal.
Beliau membawa topik "Bidadari Impian".
Kak Fatimah membawa 4 contoh bidadari-bidadari yang dijamin syurga..
Subhanallah.
4 bidadari tersebut isalah Asiah binti Muzahin, Mariam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, dan Fatimah binti Muhammad.
Subhanallah..
Kisah-kisah mereka hebat-hebat belaka.
Kawan-kawan kenal Asiah binti Muzahin?
Pasti ramai yang dah kenal kan?..
Tak pe. Mari saya ceritaka serba ringkas tentang Asiah wanita hebat ini.
Asiah adalah isteri yang setia kepada raja yang kejam iaitu Firaun.
Asiah adalah ibu angkat kepada Nabi Allah Musa A.S.
Asiah diseksa dan dibunuh oleh Firaun kerana keimanannya.
Kita perlu belajar dari kisah Asiah ni.
Kuatkan hubungan dengan Allah supaya tidak lalai dalam keadaan susah ataupun senang.
Kisah Asiah juga ada dalam surat cinta kita yang menyebut yang bermaksud:

"Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim" 
[66:11]


Maha suci Allah. Nama Asiah ada dalam surat cinta! 
Kisah Asiah juga ada yang diabdikan dalam bentuk lagu nasyid. 
Sila klik sini untuk dengarkan kisahnya yang dilagukan ye. =)

Kisah Maryam binti Imran juga banyak boleh dicontohi. 
Maryam adalah ibu kepada Nabi Isa A.S.
Maryam juga anak kepada Imran dan Hannah. 
Imran adalah salah seorang sahabat nabi yang hebat. 
Saya kurang maklumat tentang Imran ini. 
Perlu banyak membaca lagi. 
Tapi tahukah anda Imran inilah yang Allah kisahkan kisah Imran dan keluarganya dalam Al-quran? 
Ya, surah Ali-Imran itulah yang mengisahkan ttg keluarga Imran ni. 
Ali bermaksud keluarga.
 Ali-Imran = Keluarga Imran.
Imran telah mendidik anak-anaknya dengan baik sejak kecil 
Maryam adalah seorang yang cintakan ilmu sejak kecil walaupun keluarga mereka susah dan tidak mampu untuk menghantar Maryam tempat mengaji. 
Dikisahkan ketika masih kecil (kanak-kanak), beliau bekerja sebagai tukang cuci di biara-biara. 
Di dalam biara tersebut terdapat sekumpulan 'sisters' yang sedang belajar @ berguru. 
Maryam yang cintakan ilmu ini tidak melepaskan peluang untuk mencuri dengar tentang perkara-perkara yang mereka sedang belajar sambil tangannya terus mencuci di sekitar kawasan itu.
Salah seorang 'sisters' yang melihat Maryam sedang mencuci itu memanggil dan mengejek beliau dengan berkata "lihat anak kecil itu, mari kita tanya apakah yang kita pelajari tadi..pasti dia tak dapat jawab"
Maryam pun datang mendekati dan menjawab persoalan yang ditanyakan tadi.
Marayam menjawab dengan penuh yakin. 
Semua yang dipelajari oleh kumpulan 'sisters' itu, Maryam dapat jawab dengan tepat dan semuanya betul. 'Sisters' itu tergamam dan terkejut dengan jawapan Maryam.
Maryam memang anak perempuan dan membesar sebagai wanita yang hebat.
Maryam terlalu cinta akan Allah.
Juga terlalu cinta akan Rasulullah.
Suatu masa dikhabarkan akan lahir utusan Allah. Maryam yang terlalu cintakan Allah tidak sabar menunggu siapakah utusan Allah itu.
Subhanallah!
Utusan Allah itu adalah Nabi Isa.
Nabi Isa, anak kepada Maryam dilahirkan tanpa bapa.
Ini adalah ujian yang berat yang Allah turunkan untuk wanita hebat ini.
Allah memilih Maryam untuk mengandungkan dan melahirkan Isa.
Dalam kesyukuran Maryam ada juga perasaan takut akan masyarakat sekeliling yang akan mencemuh Maryam menagndungkan anak tanpa bapa itu. 
Kisah Maryam juga telah Allah catatkan dalam surat cinta kita ini yang bermaksud:

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu)." 
[3:42]
Kisah Maryam juga ada lagukan. Sila klik sini.

Alhamdulillah. setakat ini sahaja kita berkongsi. InsyaAllah nnti sy akan sambung lagi bila ada kesempatan ye. InsyaAllah jumpa lagi! (^_____^)

April 1, 2012

Konvensyen Bidadari Dunia #1

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

*rasa kekok nak mulakan menulis semula sebab dah lama tinggal. hati berbolak balik. dah lama pendam. tapi sampai bila ye tak?..jadi ayuh mulakan langkah walaupun langkahmu agak tempang. Biiznillah! =)

* tajuk post ni dah lama simpan dalam draft. sejak balik dari konvensyen tempoh hari. ayuh kita mulakan!

Bismillahirrahmanirrahim (lagi sekali ulang..nampak sangat kalut kan.hmm)

Alhamdulillah telah selesai Konvensyen Bidadari Dunia (KBD) di PICC yang dianjurkan oleh ILuvIslam.com. InsyaAllah saya berhajat untuk berkongsi dengan anda semua ilmu yang saya dapat dari konvensyen tersebut. InsyaAllah. walaupun tidak banyak tapi saya cuba sedaya saya untuk kongsikan supaya saya tidak lupa dengan ilmu yang saya dapat sepanjang konvensyen ini berlangsung.

Pada mulanya tidak terlintas langsung untuk berkongsi disini tentang konvensyen. Tapi, alhamdulillah salah seorang penceramah yang hadir ke KBD ni ada berkongsi pengalaman yang beliau peroleh tidak lama sebelum beliau hadir ke KBD. dan beliau nyatakan tujuan dia berkongsi pengalamannya adalah supaya dia tidak terlupa dengan ilmu yang dia dapat. Wahh..saya sungguh teruja dengan kata katanya dan terlintas difikiran saya "Eh, aku pun boleh berkongsi ilmu dalam blog, supaya ilmu yang aku dapat tidak akan terus hilang tanpa dikesan". dan peristiwa inilah pencetus saya untuk menulis di sini.

Baiklah, kita mulakan dengan hari pertama KBD. Sebelum terlupa, saya hadir ke KBD bersama 2 orang lagi insan kesayangan. Kakak kakak saya turut menjadi peserta konvensyen ni. Alhamdulillah, pendaftaran pada pagi itu berjalan dengan lancar. Selepas kami mendaftar dan dalam perjalanan ke dewan konvensyen, kami terserempak dengan CEO merangkap Co-Founder ILuvIslam.com iaitu Tuan Imran Koyube! Wahh..saya sangat teruja dapat melihat secara 'hidup' CEO ILI ni. Tapi keterujaan itu dapat saya kawal. Alhamdulillah. =)

Majlis bermula dengan ucapan pengarah program dan seterusnya ucapan perasmian oleh Saudara Imran Koyube sendiri. Beliau memang hebat! Di usianya baru mencecah 25 tahun, beliau sudah memegang jawatan yang hebat. Juga sumbangannya kepada masyarakat islam khususnya memang sangat layak dipuji!..Tetapi alhamdulillah Allah kurniakan sifat rendah hati dan kesungguhan dalam diri beliau. Usahanya yang kita masyarakat islam biasa di Malaysia ini sebagai satu sumbangan yang besar, tetapi beliau menagtakan ianya hanyalah usaha usaha kecilnya sahaja. Subhanallah..murahkan rezeki beliau ya Allah..permudahkan urusannya, Semoga usahanya menjadi pencetus kepada kami untuk terus bersemangat di jalanMu ini ya Allah.
Saya sempat juga merakamkan di kepala otak kata-katanya yang menarik:

"Rahsia orang yang berjaya dengan cemerlang adalah denganmemaafkan semua orang sebelum dia tidur"

"Cintailah Allah pasti seluruh dunia akan mencintaimu"

*Bersambung..nantikan entri seterusnya. InsyaAllah. =)


March 18, 2012

Pengalaman Baru

Assalamualaikum warahmatullah

Alhamdulillah..

Dua hari lepas, ada kawan di FB (kawan lama semasa di STEPO) ada tawarkan menjadi co-photographer untuk majilis makan malam di universitinya.
Alhamdulillah malam semalam dah selesai semuanya.
Pengalaman yang sangat baru bagi saya.
Pegang DSLR pun jarang-jarang
dapat pula peluang untuk 'cover' majlis besar.
dalam dewan pula tu..
lagi lah mencabar sebab main dengan cahaya yang suram dan terhad.

Mulanya saya sangat kekok untuk mulakan langkah
Arr, malu je..
Alhamdulillah
kawan saya sangat membantu
dari beri nasihat gunakan setting apa yang terbaik
hinggalah macamana nak approach audiens.
hahaha

dan perasaan saya sendiri yang rasa rendah diri sebab dikelilingi jurugambar-jurugambar yang lagi hebat hebat dengan aksi mereka mengambil gambar
belum lagi tengok gajet mereka
lens yang lebih baik
pengendalian flash yang baik
hahaha
malu juga la
tapi disebabkan tanggungjawab yang dah diamanahkan saya buat yang terbaik semampu saya
insyaAllah..
dan Alhamdulillah..semuanya baik baik sahaja
pengalaman yang sangat berharga

*saya cover majlis ni dalam keadaan badan yang tidak sihat sepenuhnya.
Alhamdulillah semuanya okey. kadang kadang ada juga rasa nak tumbang. tapi saya minta kekuatan dari Allah supaya saya dapat cover majlis ni dengan baik.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Allah telah permudahkan

"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah sebaik-baik Pelindung"

February 20, 2012

akhirnya...

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah..
Cik Gajah dan laptop sleeve dah siap.
cik gajah untuk saya
laptop sleeve untuk cik Atika!

harap cik Atika berpuas hati dgn hasil tangan saya yang tak seberapa ni


*err..memang tiada imej untuk gambarkan hasil tangan saya ni.
sebab kamera rosak. hand phone juga sedang bermasalah..

ohh..kejap.
mungkin pakcik Google dapat membantu saya carikan imej yang lebih kurang sama dengan hasil tangan saya.

contoh imej sahaja.pattern lebih kurang sama. tetapi corak dan jenis fabrik juga berbeza. juga output nya. =)

selepas 10 minit...
taraaaaaaa....
Alhamdulillah.

**saya mahu dengar Takbir Cinta yang penuh nyanyian Yassin dan Amy Search.
mana nak cari?

February 19, 2012

menulis

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah lama saya inginkan menulis
tulisan yang bermanfaat
bukan tulisan-tulisan yang melalaikan

mungkin ini satu ruangan
ruang dan peluang
tapi saya tidak tahu harus mula dari mana

'tulislah apa yang terlintas dihati'
'tulislah apa yang terlintas difikiran'

hhmmm..tapi saya nafikan kerana apa yang terlintas kebanyakkannya yang melalaikan
astaghfirullahal'azim

yang terlintas kebanyakannya keluhan
astaghfirullahal'azim

ampunkan saya Ya Allah
saya tak mahu apa yang saya keluhkan dan saya lalaikan itu menular kepada orang lain yang membaca
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
maka,
'tulislah apa yang kau syukuri'

alhamdulillah..
ini nikmat yang tak terhingga
tiada dapat dari mana-mana
hanya Allah lah sumber rezeki

akal yang waras
badan yang sihat
emosi yang stabil
keluarga yang cukup bahagia
perasaan yang tenang
urusan harian yang terasa mudah
hati yang terbuka
lidah yang ringan menyebut yang Esa

Alhamdulillah Ya Allah
masih banyak dan terlalu banyak sehingga saya tidak mampu menyenaraikan semua nikmatMu
Alahdulillah..

*insyaAllah akan mulakan tulisan dengan apa yang aku syukuri.
Ya Allah lindungi aku dari perasaan riak.
jadikan ini medium untuk aku sebarkan ayat-ayat cintaMu.

February 8, 2012

bulatan gembira yang sangat kool!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..

Saya sudah ber'bulatan gembira' secara rasminya..
Dah lama impikan ini..
masa zaman belajar dulu-dulu ada juga mahu ber'usrah'
tapi tiada rezeki..
sibuk dengan unit beruniform..
bila dah tak sibuk ada halangan lain pula..
hmmmm..

semenjak di tempat baru ni Alhamdulillah Allah bagi peluang lagi
bila terdetik mahu ber'usrah' saja ramai yang tampil untuk hulurkan bantuan.
bantu mencari keluarga bulatan gembira yang sesuai.
Adik2 di kampus juga hulurkan bantuan..
rakan2 lama juga turut membantu..

-ini benar-benar mewakili kami-

Alhamdulillah..
akhirnya bertemu juga dengan ahli keluarga baru
insyaAllah
moga aku terus konsisten untuk terus berilmu
penuhkan ilmu di dada..

Doakan ya!

January 27, 2012

Rindu pada Ramadan?

Assalamualaikum

Sejujurnya, saya sangat-sangat rindu dengan bulan itu
sampaikan terdetik ada ketika masanya "kan best kalau sekarang ni bulan Ramadan"
amalan harian terasa lemau je.eheh.

Sehinggalah saya terjumpa ini
yang ubah persepsi saya terhadap hari jumaat

Keistimewaan hari Jumaat.
penghulu segala hari

sebelum
ye, saya tahu em, tapi tak sepenuhnya pun
hari jumaat hari yang istimewa
hari penuh barakah
hari yang penuh rahsia
1001 rahsia

tapi amalan di hari jumaat sambil lewa sahaja
tanpa penghayatan
aduh, rugi benar.

selepas
Alhamdulillah.
terjumpa ini dlam FB.

Terdapat 1 hari yang lebih afdhal dari hari² Ramadhan. Ianya adalah Hari JUMAAT. Rasul صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa ia adalah sebaik² hari. Oleh itu, perbanyakkan zikir, selawat & amalan² kebaikan. Tidak lupa juga sebarkan salam & ukirkan senyuman ツ
Subhanallah.
aturan Allah sungguh indah
kata itu diserta kan juga dengan video Fattabiouni ini.



Salam jumuah mubarakah!

kata-kata #1

Kita kena faham, Allah tidak bersifat makhluk. Sebab tu bila kita berdoa, kita meminta, kadang kadang Allah tak tunaikan segera. Kalau kita minta kat makhluk, kita boleh dapat on the spot. Tp tak bagi Allah. Kerana Maha suci Dia dari bersifat makluk. Dia akan menunaikan permintaan kita, dengan cara Dia. Dengan cara yang tidak pernah kita sangka~ :)

Subhanallah..
benarlah
aturan Allah itu maha indah

kemiskinan ujian
kekayaan juga ujian

kita sebagai hamba perlu sentiasa kembali kepadaNya
dalam susah atau senang
supaya sentiasa tenang

Semoga kita sentiasa ingat Allah
dalam apa jua yang kita lakukan
buat baik hanya kerana mahukan ganjaran pahala dar Allah
jika terdetik untuk buat jahat juga ingat Allah
supaya kita tidak terus lalai dan leka dengan perkara yang Allah larang

Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahuakbar

January 26, 2012

kekasih hati

Alhamdulillah..

tinggal beberapa hari lagi tibanya hari ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
kekasih di hati
selawat yang kita amalkan biasa-biasa tiap-tiap hari kita tingkatkan lagi
lebih banyak dari hari-hari biasa

biar cinta lebih dalam lagi tumbuh dalam diri
biar kita ingat selalu akan kekasih hati ini
dan biar sunnah baginda sebati dalam diri



* penuhkan mp3 harian kita dengan selawat-selawat keatas nabi Muhammad S.A.W

ramai peminat??

Assalamualaikum..

Baru-baru ni ada seorang kawan bertanya saya tentang isu ini.
Saya jawab seadanya saya. dan mengikut pengalaman saya.
Mungkin boleh membantu kawan-kawan yang mempunyai masalah yang sama.

Soalan:
Sesorang yang ramai peminat~ Salah dia atau tidak? Perlu ke menjauh kerana alasan, "Awak ramai orang yang minat. Saya takut?" Why someone who have a lot of admire is too hard to find someone they love?"



Jawapan:
Sejujurnya sy turut bersimpati dgn org yg ramai peminat. Alhamdulillah, tak pernah sy berada dlm situasi begini. juga minta dijauhkan.pengalaman saya, ada 2 orang yg sy kenali rapat juga dalam situasi begini. sy ada juga memberi nasihat supaya jaga tindakan mereka. peminat2 mereka ramai kerana kawan ni melayan berlebihan. melayan tidak salah. dan juga ada baiknya. tapi kena la layan dgn cara berhemah. tidak berlebihan. jaga kata2 yg dipilih dan juga intonasinya. jaga perwatakan. jaga malu dalam diri.

kadang2 kawan sy ni mengadu kembali perbuatan yg tidak melayan itu dia anggap kejam. atau dia mengakui yg perlakuan nya biasa2 saja..tetapi tidak salah untuk kita lebih syg kan diri sendiri dan fikirkan ttg diri sendiri. jika dgn melayan itu akan membuat peminat2 terlebih perasan dgn tindak balas kita dan akan memudaratkan kita lebih baik lagi kita mendiamkan diri. mohon maaf kpd mereka. jika mereka tak boleh terima, doakan sj mereka dilembutkan hati dan dapat menerima kenyataan sebenar. dan mgkin boleh fikirkan kembali, adakala perlakuan kita yg biasa2 tu lahh yg menyumbang kita melayan org lain. ya, boleh melayan. layan lah dgn baik ayah ibu kita, adik2 kita, sahabat sejantina kita. yg lain2 melayan perlu ada batasnya. dan seterusnya, saya mendoakan kenalan rapat sy ni dipermudahkan dalam urusan seharian mereka.jauhkan lah mereka dr perkara2 fitnah. jauhkan lah dr perbuatan zina. dan permudahkan juga urusan jodoh mereka..insyaAllah, Allah permudahkan.

January 25, 2012

bukankah indah jika...

Bukankah indah jika semua manusia masing2 mainkan peran masing2 sebagai khalifah Allah di muka bumi ini?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kesal...
hmmmmmm.....

January 8, 2012

Tingkatkan khusyuk dlm solat. ayuh!

Repost from blog seorang teman blogger.

sangat menarik!
sama2 kita fahami dan tingkatkan khusyuk dlm solat.
ayuh!

Sempena hari jumaat pertama dalam 2012 ini, mari sama-sama kita belajar maksud bacaan dalam solat yang kita buat 5 kali sehari. Mana yang tidak tahu, ini masanya kita belajar dan moga dengan terjemahan ini akan membuat solat kita lebih khusyuk. Insyaallah.


1. Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


2. Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepadan mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


3. Bacaan ketika rukuk
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


4. Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya


5. Bacaan ketika i'tidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian


6. Bacaan ketika sujud
Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya


7. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.


8. Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan dan berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatanNya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

9. Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan dan berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatanNya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan ke atas kelurga beliau. Berkatilah ke atas Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

10. Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjukkan. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah apa-apa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Yang memberi berkat, Ya Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



sekian sahaja, Assalamualaikum.