Tanggal 14 julai adalah hari terakhir saya di UTM, khususnya di PSZ sebagai pelajar praktikal.
Banyak saya belajar di alam praktikal walaupun hanya mengambil masa 2 bulan sahaja.
Bos yang baik, staff yang periang, ada juga staff yg moody..
tp saya ambil ianya sebagai pengajaran.
Beginilah suasana sebenar alam pekerjaan..
tak semua orang boleh sependapat dengan kita..
Pelbagai ragam manusia akan kita lihat di dunia yg lebih luas dari kacamata freshgraduate..
Semuanya baru..
pengalaman juga lah yang akan mengajar dan mendidik kita..
Hari akhir di PSZ, kami di tugaskan untuk menyampaikan pembentangan individu..
laporan sepanjang 2 bulan di PSZ.
Dan ada farewell party yg di sambut secara sederhana. Alhamdulillah..
Jumaat.
Selepas habis waktu pejabat, saya dan zam dijemput Cik Bad (bos kami) makan2 di luar.
Saya sangat terharu dgn penghargaan yang di beri..
Di akhir perjumpaan, Cik Bad menyerahkan (bagi) hadiah untuk kami..
Ohhhhh, saya sangat teruja..
dari bentuk bungkusan saya tahu hadiah tersebut adalah sebuah BUKU...Alhamdulillah...
Belum lagi saya habis teruja dgn hadiah tu, Cik Bad pesan "Pastikan buku tu kne habis baca tau, bagus buku ni.."
Terima kasih tak terhingga, Cik Bad!
Dalam perjalanan pulang (dalam kereta), dah tak sabar dengan hadiah tersebut.. terus cepat2 buka..(^___^)..heheheh
TARAAAAA...
sumber: http://www.akronohiomoms.com/giveaways/chicken-soup-for-the-soul-think-positive-book-review/ |
InsyaAllah, saya kena habiskan baca buku ni..*berusaha keras* (maklumla, english saya tak bagus..jadi perlu banyak masa untuk memahami isinya..)
Terima kasih juga untuk motivasi dan inspirasi yang diberikan..
hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.
1 comment:
cik siha...dah habes baca lom??? kalau dh... share sket isinya...hehe...^^
Post a Comment