September 27, 2011

Bercinta..eh?

Assalamualaikum wbt..

Tajuk hot arini..
hahaha..

Bercinta
Bg yang tak pernah mengalaminya pasti teruja..teringin..

Yg pernah rasa sakit nya juga tak pernah serik..
katanya itu nikmat bercinta..
haha..(yekk<--ini pendapat aku)

Tapi sedarkah kita perasaan cinta itu sebenarnya membunuh..
membunuh masa kita dgn berimaginasi..
membunuh perasaan suci yg lahir dr hati..
hati menjadi gelap dek kerana cinta yg x suci itu..

Cinta,
Seharusnya bersandarkan Allah SWT..
cinta kan manusia kerana Allah..
Pasti Allah akan sampaikan cinta tulus mulus yg lahir dr hati yg halus itu kepada yg paling layak dicintai
Dan pastinya ianya lebih indah dari cinta2 duniamu..

Rebutlah cinta hakiki itu..ayuh!

*kawan2 ex-sekuliah mendakwa sy sedang hangat bercinta..
Beristighfar panjang mendengarnya..bermain cinta itu bukan diriku..
Ya Allah...dekatkanlah aku dgn cintaMu..Amin..

September 23, 2011

Ajaib#1

Bismillahirrahman ar-rahim

Assalamualaikum wbt.

Semenjak 2 menjak (lebih tepatnya selepas raya) ni hati tak tenteram..
berdebar sentiasa..
apa maksudnya ye?

saya tertanya2..walaupun sbnrnya dah ade jawapannye..
kenapa?
sbb sy tak sepatutnya berasa begitu..
atau berperasaan begitu...
dari hari ke hari sy mencari jawapan..
apa yg patut sy buat..

mggu pertana berlalu dgn penuh resah gelisah..
sy biarkan...
n terus biarkan..
tp bertambah parah

perasaan makin x keruan..
nk luahkan tak mahu..
kalau luahkan takut..
tak luahkan sakit..
n takut juga kalau luahkan bertambah sakit..

Alhamdulillah..
dalam tempoh ku hadapi kegelisahan ak masih ada kesedaran untuk terus memohon dr yg Esa
mohon dan terus mohon..

2 hari lepas ak telah berjaya melepaskan beban didada tanpa menyakiti mana2 pihak..
baik pihak diri sendiri
mahupun mana2 pihak lain..

dan pastinya dgn cara yg amat mudah..
tp selama (rasa gelisah) ini ak x perasan akan cara yg satu itu..
padahal ak selalu apply bende alah tu dlm kehidupan seharian..

Alhamdulillah..
Allah ilhamkan lagu itu untuk ak mengurangkan beban didada
dan ianya berkesan..

aku yg setelah berminggu2 x mampu untuk berkongsi apa2 di wall FB,
tp pada malam itu, lebih 5 item  ak share di wall FB..eh, item ke?..hhahaha..pape je la....
n itu lah tandanya ak sudah normal seperti biasa..(hahhahaha...cm pelik je kan tanda2 ni..)
Alhamdulillah... (^_^)

*jadikan lah FB untuk perkara2 kebaikan dan menambah ilmu..

Walaupun ceritera di atas kurg transparent, tp ak harap ada yg memahami..
apa yg aku ingin sampaikan adalah kerja mesti cukup jam...ehh, ape ak merepek ni..hahah

ok2..yg penting kita wajiblah berserah kepada Allah atas apa yg telah kita usahakan.
Pasti ada jalan yg lebih baik untuk kita selesaikan masalah tanpa menghiris hati mana2 pihak..n sori sbb sekejap ber 'sy' jap lagi ber 'ak' plak..hahah

.
.
.
.
.
.
.
.

hahhhhhh, lega nyeeeee.... (^_^)v

September 20, 2011

Syarat Menjadi Isteri Solehah


repost from Akhawatul Muslimah TPP


Menjadi wanita solehah akhir zaman ini satu perkara yang tidak mudah, tetapi ia bukan satu yang mustahil.
Untuk menjadi isteri yang soleh, seorang mesti ada tujuh syaratnya :-

1. Mesti ada hidayah dari Allah
Hidayah merupakan anugerah Allah. Sekali pun seorang yang duduk di samping suami yang soleh, jika tidak ada hidayah maka seorang itu tidak akan menjadi orang yang baik. Jika seorang itu diberi hidayah oleh Allah, sekalipun dia duduk di samping suami yang jahat, dia tetap baik seperti Siti Asiah. Di dalam al-Quran Allah telah menceritakan hal ini [2]:-

Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)".


2. Mesti ada niat untuk menjadi isteri yang solehah
Niat memainkan peranan yang penting di dalam menjadikan seeorang itu baik atau tidak. Jika seorang itu tidak pernah berniat menjadi baik, maka dia tidak akan dapat merubah dirinya ke arah yang lebih baik. Di dalam al-Quran Allah menyebutkan bahawa :-[3]
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri

3. Mesti taat kepada suami
Mentaati suami merupakan perkara yang wajib selagi tidak melanggar syariat Allah. Di dala hadith Rasullullah S.A.W telah menyatakan [4]

Dari Ibnu Umar R.A dari Nabi S.A.W dia telah berkata, mendengar dan taat adalah hak (yang perlu ditunaikan) selagi tidak diperintahkan untuk maksiat, apabila telah disuruh kepada maksiat maka tiada lagi hak mendengar dan taat


4. Mesti ada sifat-sifat isteri yang solehah
Isteri yang soleh mempunyai sifat-sifat keibuan walaupun terhadap suami. Ia membelai, mendengar, menghargai dan berada di sisinya seolah-olah telah cukup segala yang ada. Rasullullah menggambarkan keadaan isteri yang sebegini dengan hadithnya yang berbunyi :[5]-


Dari Abdullah bin Amru bahawa Rasullullah S.A.W telah bersabda, dunia itu merupakan perkara yang menyejukkan, dan sebaik-baik perkara yang menyejukkan adalah perempuan yang solehah


5. Mesti ada amalan-amalan isteri yang solehah
Isteri yang solehah akan membuat perkara-perkara yang menyenangkan suaminya. Di dalam satu haditu Rasullullah S.A.W telah bersabda [6] :-


Dari Abi Ummah dari Nabi S.A.W bahawasanya baginda bersabda, tiada perkara yang paling menyenangkan bagi seorang mukmin selepas taqwa yang lebih baik dari seorang isteri yang solehah. Jika dia menyuruhnya isteri itu akan mentaatinya jika dilihat padanya maka isterinya itu amat menyenangkannya dan jika dia memberi isterinya itu akan menghargai dan jika dia tiada isterinya itu akan menjaga diri dan hartanya.


6. Mesti meletakkan Allah s.w.t dan Rasul sebagai sebagai cinta pertama
Perkara ini perlu kerana jika seseorang mencintai suaminya lebih, jika tiba-tiba suaminya itu berbuat sesuatu kesalahan atau kekurangan, maka dia boleh melawan dan derhaka kepada suaminya itu, sedangkan dia taatkan suami bukan kerana suami tetapi kerana Allah yang menyuruhnya. Banyak orang yang menderhakai suami di atas alasan jahatnya suami.
Yang kita mahu adalah keredhaan Allah. Oleh yang demikian kita taat suami kerana mahukan kasih sayang Allah, nanti Allah akan anugerahkan kasih sayang suami itu sampai akhirat. Di dalam al-Quran Allah ada menyatakan [7]:-


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani


7. Berdoa
Hidup kita tidak boleh lekang dengan doa. Kepentingan doa menjadi orang yang baik amat perlu. Ia perlu dipohon setiap hari. Oleh kerana pentingnya doa ini, Allah telah mewajibkan kita membaca satu doa setiap kali kita bersembahyang. Jika kita tidak membaca doa ini, maka tidak sah sembahyang kita. Doa itu berbunyi :-[8]

Tunjukilah kami jalan yang lurus

Oleh yang demikian, untuk menjadi isteri yang solehah, seorang isteri itu perlu mendoakan dirinya. Bagi seorang suami pula, mereka perlulah mendoakan isteri mereka agar menjadi isteri yang solehah.
Jika orang tua-tua kita pernah berkata, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, maka saya ingin menambah, sayangkan isteri doa-doakan.
Ini kerana, doa suami akan membantu perubahan diri isteri dalam usaha mereka untuk menjadi isteri yang solehah.


[1] hadith riwayat Muslim
[2] Surah at-Tahrim ayat 10
[3] Surah ar-Ra’du ayat 11
[4] Hadith riwayat al-Bukhari
[5] Hadith riwayat Muslim
[6] Hadith riwayat Ibnu Majah
[7] Surah Ali-Imran ayat 31
[8] Surah al-fatihah ayat 6

September 4, 2011

Manisnya menundukkan pandangan.


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum



‘ Sedapnya makanan di sini’.  Kita memuji sambil menyuapkan nasi ke mulut. Persekitaran yang bersih dan nyaman menambahkan lagi keselesaan kita menjamu selera.  Bukan itu sahaja, terdapat perkara yang lebih utama menyebabkan kita dapat menikmati kelazatan sesuatu makanan.  Iya! Badan yang sihat dan lidah tiada masalah. 
Begitulah perumpamaan kalau kita punya hati yang sihat.  Bersih pula.  Sudah tentu apa sahaja perintah dan larangan Allah dapat dirasai kelazatan melaksanakannya.  Hati yang sihat dapat merasakan manisnya iman. Indahnya taqwa.  Berdebar-debar hati tatkala disebut nama Allah.  Itulah tanda cinta.  Selagi kita tidak merasakan demikian, percayalah bahawa jiwa kita sedang sakit.  Apatah lagi apabila mendengar suruhan dan larangan Allah, hati memberontak.  Susahlah…”.  Malaslah…’  Itu simpton hati kita yang sudah dijangkiti virus.   
Bila badan tidak sihat, sudah tentu kita akan mencari ubatnya.  Ubatnya pula mesti sesuai dengan jenis penyakit.  Tersilap ubat, menambahkan lagi penyakit.  Tak pun… terus KO!.  Na’uzubillah.  Begitu juga hati kita.  Kenal pasti dulu penyakitnya.  Kemudian baru dapatkan kaedah rawatan dan ubat yang sesuai. Sebagai contoh;  Kita punya penyakit kedekut.  Kita pun mulalah bangun tahajjud setiap malam untuk membuang penyakit tersebut. Sedangkan kita tidak pula cuba-cuba ‘transfer’ akaun kepada individu atau badan yang memerlukannya.  Natijahnya penyakit kedekut kekal melarat pada diri kita.  
 Ambil cara mudah, kalau kita ternampak iklan mohon derma atau datang si fakir meminta sedekah, hulurkan sahaja apa yang ada di tangan.  Mula-mula memang kena paksa dulu.  Alah bisa tegal biasa.   
Penyakit Seks 
Akhir-akhir ini, kita sering dihadapkan dengan masalah dan penyakit berkait zina.  Dari sekecil-kecil skandal seperti yang menimpa orang awam (kena tangkap khalwat) hinggalah sebesar-besarnya (dapat VCD percuma aksi seks menteri).  Hebat.  Memang cukup hebat.  Kalau dulu terpaksa cari secara sembunyi-sembunyi pita video atau VCD lucah.  Hari ini diberi percuma tanpa diminta.  Kalau dulu hanya pelacur kelas bawahan yang berlakon (?) aksi seks. Hari ini profesional bertaraf menteri pun mahu merasa kerjaya yang jelik itu. Belum lagi dikira acara bebas melayarinya di internet.  
 Islam mempunyai kaedah  mencegah lebih baik dari berubat’.  Justeru dalam merawat penyakit zina ini, Islam menganjurkan ummatnya lelaki dan wanita supaya menundukkan pandangan.  Menundukkan pandangan bukan bererti menundukkan kepala sehingga berjalan terlanggar tiang! 
   Allah perintahkan kita melalui ayat 30 surah an-Nur,
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan merekaYang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.’ 
Ayat seterusnya yakni ayat 30 surah yang sama menitahkan pula kepada kaum wanita,
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka serta janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya’ 
Allah perintahkan kaum lelaki dahulu supaya menjaga pandangan.  Kemudian barulah diperintahkan kaum wanita supaya memelihara pandangan mereka serta menutup aurat.  Ia membuktikan bahawa lelaki sebenarnya mampu mengawal pandangan mereka walaupun terdapat wanita yang tidak menutup aurat di hadapannya.  Allah tidak membebankan hambaNya dengan perkara yang tidak mampu dilakukan.  Selebihnya bergantung pada hati kita sendiri, mahu atau tidak.   
Menundukkan pandangan ialah mengalihkan pandangan daripada melihat perkara yang diharamkan Allah.  Lagi pula, seperkara yang kita perlu sedari mata kita bukan milik kita.  Pinjaman sahaja dari Allah.  Ibarat kita meminjam barang orang.  Bolehkah kita menggunanya sesuka hati kita?. Selepas pinjam, kita hantar sambil mengucapkan terima kasih.  Begitu juga dengan mata. Kita guna ikut cara yang diredai Allah.  Itu tanda terima kasih kita sebagai peminjam.  Sampai masanya, kita terpaksa pulangkan semula nikmat tersebut.  Sama ada di dunia lagi seperti menjadi buta (minta dijauhkan Allah) atau setelah hayat berpindah ke alam barzakh. 
Pintu masuk kepada ‘kawah api’ zina ini bermula dari pandangan.  Dari mata jatuh ke hati.  Sebab itu Rasulullah menegah kita mengulangi pandangan pada tempat yang diharamkan.  Haram bererti ‘penyakit’ atau dosa.  Kalau pun kita merasa ‘lazat’ pandangan tersebut… hakikatnya ia adalah simpton bahawa hati kita sedang sakit.  Keseronokan syahwat bersifat sementara dan mengundang pelbagai bala.  Bala pertama ialah hilang ketenangan jiwa.   Hati yang sihat secara automatik menolak perkara-perkara jelik dan hina.  Tiada rasa ‘syok’ atau ‘best’.  Sebaliknya merasa benci, loya atau mual.  Seperti kata Tok Guru Nik Abdul Aziz suatu ketika dahulu (lebih kurang beginilah bunyinya),  
‘ Perempuan yang keluar tidak menutup aurat dan berhias-hias tidak menurut syarak hakikatnya iblis.’ 
Jangan salah sangka pula.  Kata-kata di atas hanya perumpamaan Tuan Guru yang bersifat ‘mursyid’ dan ‘murabbi’ agar kita tidak merasa seronok melihat perkara yang diharamkan.  Bayangkan disebalik wajah dan bodi yang tidak menutup aurat itu, iblis sedang menjelirkan lidahnya menyorak kebodohan kita mengenepikan larangan Allah.  Manusia hanya alat iblis untuk melalaikan kita dari mengingati Allah dan mengabdikan diri kepadaNya. 
  Allah yang mencipta kita mengetahui dan sangat memahami kegemaran kita.  Justeru Dia menjanjikan nikmat atau kelazatan yang jauh lebih umph! Allah menyebut dalam ayat 40 dan 41 surah al-Naa’ziaat,   Sesiapa yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya. 
Di syurga itu ada bidadari.  Kalau kita diperlihatkan dengan seorang sahaja dari bidadari itu, nescaya semua perempuan di dunia ini kelihatan hodoh belaka. Yang cantik hanya perempuan solehah.  Hanya perempuan beriman dapat mengalahkan kecantikan bidadari syurga.  Fikir-fikirkan…
Berikut adalah kelazatan, kenikmatan, keseronokan, keindahan, kemanisan akibat menundukkan pandangan;
  1. Menunjukkan bahawa seseorang patuh pada perintah Allah.  Akibatnya dia dapat merasa puncak kebahagiaan seorang hamba di dunia dan di akhirat.   Allah akan mengganti keseronokan syahwat dengan ketenangan jiwa, kesenangan dan kegembiraan hati yang sangat lazat.
  2. Dapat menangkis anak panah berapi syaitan dan sangat beracun, yang mana semuanya mengakibatkan kemusnahan moral manusia.
  3. Dapat menghiasi hati dengan cahaya serta melenyapkan kegelapan pada wajah dan anggota badan.
  4. Menyuci hati dari akibat sedih.  Orang yang tidak mahu menundukkan pandangan di dunia akan kekallah dia dalam kesedihan.
  5. Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat membezakan antara yang baik dan buruk.
  6. Membuka pintu pengetahuan, iman dan makrifat kepada Allah serta peraturanNya.
  7. Mewariskan keteguhan hati dan keberanian.
  8. Menyucikan hati dari syahwat yang tersembunyi.  Seterusnya menawan nafsu untuk disalurkan pada tempat yang betul dan diredai Allah.
  9. Membebaskan hati dan minda dari berangan-angan tinggi.
  10. Menguatkan dan meningkatkan daya berfikir.  Seterusnya mewarisi sikap waspada terhadap akibat buruk yang akan berlaku dalam setiap tindakan.
  11. Mengurangkan sikap lalai.  Sekaligus dapat meningkatkan hubungan dengan Allah dan cintakan kampung akhirat.