September 5, 2013

Ramadhani VS Rahmani

Bismillahirrahmanirrahim...

Nak berkongsi sesuatu. Pernah tak dengar tentang Ramadhani vs Rahmani? Masa bulan puasa hari tu isu ini agak hangat dibangkitkan. Pesan-pesanan para ustaz dan ustazah tentang ibadah kita di bulan Ramadhan. Kata-katanya lebih kurang berbunyi begini, "Jadilah kita hamba Rahmani, bukan Ramadhani"

Allahuakbar.

Kadang-kadang, terutamanya saya tahu akan quote yang digembar-gemburkan oleh para asatizah ini, tapi kita tidak memahami dengan sebaiknya. Semalam terfikir sesuatu selepas buka puasa (puasa Syawal aku ada lagi berbaki 1 hari lagi esok insyaAllah), semasa dalam perjalanan nak balik rumah. Tiba-tiba throwback masa waktu berbuka Maghrib tadi. Perasan tak kalau kita berbuka, kita akan immediately masukkan makanan dalam mulut untuk batalkan puasa? Kenapa? Sebab ada hadis Rasulullah SAW yang galakkan kita berbuka puasa di awal waktu rite? Ianya juga salah satu sunnah ketika berpuasa kan? 

Sabda Nabi saw: Tidak akan hilang kebaikan daripada umat ku selagi mana mereka mengawalkan waktu berbuka puasa. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
 Alhamdulillah, kita ada kesedaran yang ianya sebagai sunnah. Yang kita faham ianya makanan untuk jasad kita. Kalau tak makan kita akan lapar. Tapi bagaimana dengan rohani kita? Kenapa bagi 'makan' lambat?  Kenapa kita tak solat di awal waktu seawal kita berbuka puasa? Astaghfirullahal'azim. Kalau dengar azan tu buat-buat tak dengar je. Kalau dengar azan di TV pula terus tukar channel. Cari channel yang tak ada iklan, atau cerita-cerita yang lebih menarik, mungkin? Kalau dah setting waktu solat dalam henpon, tiba-tiba kita jadi segan bila henpon kita melaungkan azan di tengah-tengah orang ramai. Eh kejap, kenapa nak segan? (encik gabbana, 2013) Atau pun biarkan je laungan azan itu tanpa bersambut dengan kata-kata atau lebih teruk lagi dengan tindakan. Tidak ada tindakan langsung dari kita. Padahal ianya seruan Allah. Hayya 'alas solahhh, Hayya 'alal falahhhh.. Ya Allahh saya sedih sangat dengan diri saya. 
Jom kita baiki sama-sama jom. Kalau kita tahu yang solat tu adalah makanan hati/rohani yang tengah kelaparan/kehausan, kita mesti berkejaran nak ke musolla di tempat kerja kita. Pastu ramai orang beratur panjang nak ambil wudhuk. Pastu musolla dalam shopping kompleks jadi sesak ila tiba waktu solat sebab semua orang tengah lapar dan haus makanan rohani. 
Kesimpulan: Kita selalu menjaga ibadah kita, solat diawal waktu contohnya atau beribadah berganda-ganda ketika bulan puasa sahaja. Inilah yang dikatakan sebagai hamba Ramadhani (dalam bahasa arab imbuhan 'i' dibelakang setiap perkataan bermaksud 'kepunyaan'). Hanya kerana Ramadhan kita beribadah bersungguh-sungguh. Mungkin juga kita berniat dengan niat kerana Allah, tapi jika kita faham betul-betul kita beribadah semata-mata kerana Allah, bagaimana pula dengan bulan-bulan lain dalam kalendar islam? Jika kita hamba Allah, dan benar-benar beribadah kerana Allah, ayuh kita beribadahlah sebanyaknya di bulan-bulan lain juga. Jadilah kita hamba kepada Rahmani ( Rahman adalah salah satu nama Allah diantara 99 namaNya)
Jom utamakan solat dalam kehidupan seharian kita!


Nota kaki: Saya ada terfikirkan sesuatu tentang solat di awal waktu. Awal waktu tu seawal yang bagaimana? Ini mungkin tips untuk kita ukur keawalan waktu kita untuk solat. Kita bayangkan bagaimana kita solat berjemaah di masjid-masjid yang jemaahnya sentiasa ada setiap waktu solat. Ok dah? Ok kalau kita tertinggal nak solat berjemaah dengan imam, ha maksudnya kita dah dianggap lewat la tu. Ini hanya pandangan saya sahaja la. Mungkin kita boleh fleksibel kan dengan keadaan kita seperti sedang bermusafir etc. 
Nota kaki 2: Bila cerita ttg solat teringat pada seorang junior saya, "Jangan risau, kalau kita jaga solat, 'solat' tu akan jaga kita balik" ---> penjelasan: kalau kita sentiasa jaga masa solat kita, insyaAllah kita tidak akan tertinggal solat dengan mudah, contohnya kita terlupa, kebarangkalian untuk kita terlupa tu rendah sangat atau kita tertidur, automatik bila tiba waktu solat kita akan terjaga terutamanya waktu subuh. 
Nota kaki akhir (seriously last): Setiap hamba akan diuji dengan apa yang telah dikatakan olehnya. Jadi aku juga akan di uji sekejap lagi, once post ini di publish. Mohon doa rakan-rakan yang membaca supaya aku dan kita mampu hadapi ujian ini, terutamanya ujian nafsu. Bak kata orang putih "Walk the Talk". Ianya sukar  untuk dilaksanakan, tapi lebih sukar untuk kita istiqamah dengan kebaikan yang kita lakukan. Semoga kita sama-sama kuat. Semoga ujian yang kita hadapi akan menambahkan lagi keimanan kita.

Nusajaya
05092013

Tips penulisan #1


September 2, 2013

Pahala


Noah masih pakai diapers. Sekarang umur dia 3 tahun setengah. Tapi belum pandai cakap. Jadi belum dapat nak toilet train lagi.

Tengah main-main Noah "bertelur". Bau jangan cakap la. Tapi bibik masih sibuk dengan online banking. Hutang-hutang. Bil. Duit nafkah (ecehhh!). Simpanan. Semua kena diselesaikan malam ini juga.
Hawa dah bagitahu Noah "bertelur", pada bibik, bapak, mak, tapi semua dengan hal masing-masing. Noah rilek je. Macam tak ada apa-apa berlaku.

Selepas bibik selesai meng 'online banking', sekali lagi Hawa ingatkan untuk bersihkan Noah.

"Alaa. Bibik malas lah. Kat atas tak de diapers Noah." Aku sengaja bagi alasan.

"Nanti Hawa ambilkan kat bawah"

"Alaaa..." aku masih berdalih.

"Nanti bibik dapat banyak pahala..."

"Ok la..." sambil senyum pasrah.

Aku juga yang ajar Hawa begitu. Kalau ada apa-apa aku nak minta tolong Hawa, aku katakan yang dia akan dapat banyak pahala. Toing! Malam ni dia sudah ingatkan aku. Sambil bersihkan Noah, aku senyum sorng-sorang.

Alhamdulillah.

August 30, 2013

Wishlist!

MY WISHLIST 2013-2015

1. Berumahtangga..beli rumah n letak tangga..hahaha..senang je kan...x la..sy tangga..belum ade rumah lagi nk fix kan dgn saya ni..InsyaAllah..mulakan dgn usaha dan doa..

2. Binokular. sebab bila p hiking sy nk tgok dgn jelas ape yg ada di bawah sana bila dah sampai ke puncak..hihi..

3. Beli buku dan baca..beli buku mmg senang. nk luang kan masa utk membaca tu yg liat.
-Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh Oleh Muhammad Syaari Abdul Rahman.
-Mustafa Kamal Ataturk, penegak agenda Yahudi
-Tarbiyatul Aulad Fil Islam (Pendidikan anak-anak dalam Islam)

4. Kumpul duit. temankan emak ke Baitullah memnunaikan umrah pada Ramadhan akan datang. Permudahkan urusan kami Ya Allah..kabulkan permintaan kami Ya Allah..Aminnn Tak ada rezeki nak temankan emak. Visa saya tak lepas sebeb perempuan bawah umur 45 tahun kena bawa mahram sendiri. Dah tk boleh nak mahram tumpang macam dulu. Jadi mak kata nanti dah ada mahram sendiri pegi je la dengan dia. InsyaAllah mak. ^____^

p/s: Alhamdulillah wish yang lepas dapat dah separuh. Takpe tak penuh. Kita merancang dengan cita tapi Allah merancang dengan cinta. Perancangan Allah lebih lebih lebih baik lagi. InsyAllah mulakan wishlist baru. Akan updated bila perlu.

P/s/s: Aku tak pandai nak buat wish pada setiap tahun baru. Bagi aku tahun baru hanya sekadar tarikh. Mungkin bulan 8 setiap 2 tahun adalah kalendar tahunan bagi diri aku sendiri.

August 29, 2013

Berdua lebih baik (3)


         Petang yang nyaman. Maryamah Karpov penemannya untuk petang ni. Hanna pula ralit dengan Majalah Asuhnya. Ada salam menyapa. Sebelum Safiah menoleh, dia sudah kenal benar dengan suara itu. Hanna mendahului jawaban salam. Safiah mengangkat muka. Lemparan senyuman itu menenangkan. Alhamdulillah. Ya Allah semoga senyuman itu berkekalan hingga kami di jannah-Mu Ya Allah. Permudahkan urusan kami. Panjangkan jodoh kami. Doa Safiyah dalam hati

“Maaf, saya bukan berniat untuk berselindung dari mereka, dari awak.” Zaki memulakan bicara.

Kami sudah maklum tentang buah bicara perbincangan kami kali ini. Aku telah menerangkan kerisauan Abah tentang dolak dalih Zaki sewaktu mereka bertemu minggu lepas didalam perbualan telefon semalam.

“Saya tak kisah…” Safiah bersuara dengan bersahaja

See, hah! Awak sendiri pun tak kisah dengan situasi saya sekarang kan?” Zaki memandang penuh wajah Safiah. Safiah juga membalas pandangan itu. Peluang keemasan untuk Zaki.

Satu. Dua. Tiga. Empat. Lim… Wahhh! Alhamdulillah…Okey okey. Air muka kena control. Menurut pakar cinta, orang yang membalas pandangan kita selama empat poin lima saat bermaksud dia suka pada kita. Ok crap! Fokus!

“Ehh, kenapa pulak?” Sedikit panjang ‘eh’ Safiah kali ini.

“Ye la. Tiap kali saya bangkitkan tentang hal ni, tiap kali tu awak kata ‘saya tak kisah’…” Zaki mengajuk kata-kata seorang pelakon wanita dalam drama ‘Maduku Bertambah Lagi’.

“Betul la tu saya tak kisah.” Safiah mengulang ke-tidak-kisah-annya.

“Okey, again?”

“Ok ok. Memang. Saya memang betul-betul tak kisah. Sebab saya dah yakin awaklah orangnya. Awaklah yang terpilih itu. Saya juga terpilih untuk awak. Saya yakin dengan janji Allah yang satu ni.” Safiah mempertahankan pendiriannya.

Ya, ini yang Safiyah genggam kemas keyakinannya. Dahulu dia pernah ragu-ragu. Alhamdulillah. Allah Maha Pengasih bukan. Hidayah memang milik Allah, dan Allah juga boleh memberi dan menarik hidayah-Nya dari sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Ya Rahman Ya Rahim Ya Fattah Ya ‘Alim.

“Betul ni?” Zaki buat muka tidak puas hati.

“Betul… Maaf lah, memang banyak benda saya main-main. Tapi kali ni saya katakan yang benar. Betul-betul. Tak main-main.”

Zaki menarik nafas panjang. Kelu. Kesyukuran dalam diam. Alhamdulillah.

Zaki mula bersuara semula, “Okey macam ni. Nanti saya jumpa lagi abah mak awak k. Saya terangkan sebaiknya kepada mereka”

“Awak okey ke?” Nada Safiah ada sedikit kebimbangan.

“Eh mestilah okey. Abah awak tu kan nak jadi member kamcing saya” sengih lebar-lebar.
Safiah tarik nafas lega

“Awak tak nak tahu ke tentang background saya?”

“Cukuplah saya tahu asal-usul awak dan pegangan hidup awak. Sudah cukup” Keyakinan Safiah cukup kuat. Hanna adalah saluran sumber kekuatannya. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Elusan lembut tangan Safiah untuk Hanna menenangkannya.

Jangan sesekali memandang enteng akan kekuatan doa. Semakin tinggi iman seseorang semakin kuat keyakinannya terhadap doa. Semakin jitu yakinnya ia terhadap kemaqbulannya. [Zaharuddin Abd Rahman, 2013]

Satu | Dua | Tiga

August 28, 2013

Update


Bismillahirrahmanirrahim...

Allahu akbar dah lama sangat tak menulis. Minta maaf Soleh. Kadang-kadang ada masa yang aku rasa down sampaikan bila menulis – dah tulis-tulis padam – dah tulis-tulis padam. Menulis dengan rasa serba salah. Sebab memikirkan sebab dan akibat yang kadang-kadang tak berlaku pun. Entahlah….perasaan ni mainan syaitan je kot. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.

Ok berbalik kepada tujuan asal, nak menulis ni untuk update keadaan semasa dengan Soleh. (Soleh sila senyum lebar-lebar) ^___^

Update 1: InsyaAllah aku akan resign keje sekarang ni. Last kat Johor 11 September 2013. Kalau ko penah dengar-dengar aku rasa aku penah cerita kat ko yang aku akan balik kampung jugak suatu hari nanti. InsyaAllah inilah masanya. InsyaAllah juga dgn niat yang satu, untuk temankan emak kat kampung. Alhamdulillah emak masih sihat. Cumanya risau kesihatan emak akan merosot dari hari ke hari. Semoga emak terus sihat untuk hari-hari seterusnya.

Update 2: InsyaAllah juga aku akan bekerja dengan kakak sepupu ipar di Bangi. Dia baru buka kedai baju di Bangi. Niat untuk bekerja sementara dgn kakak sepupu aku ni sementara belum dapat kerja tetap, tapi jika tiada rezeki aku dalam bidang Library lagi aku terus je bekerja dalam bidang apa pun yg Allah dah rezekikan untuk aku. Doakan aku ye.

InsyaAllah nanti papehal aku menulis lagi ye. Assalamualaikum wbt.

1503
280813
Nusajaya

July 2, 2013

Bik Nah


Alhamdulillah 100x

Subhanallah.... Perasaan yg sukar nk gambarkan..
Selama ni tidak sedar pun keadaan/keperluan mereka.
Alhamdulillah terima kasih ya Allah Kau hadirkan insan2 mulia seperti mereka disekelilingku agar ak dapat manfaatkan sepenuhnya hasil pendapatanku.

Kak umi mengusahakan supaya kami adik beradik dapat menyumbang untuk Bik Nah (makcik kami) supaya Bik Nah dapat menunaikan haji secepat mungkin. Subhanallah. 

Bik Nah diberi ujian hidup dalam keadaan yg sgt sederhana. Melalui perbualan seorang makcik yg menziarahi Mak sebelum berangkat menunaikan umrah bulan lepas, Bik Nah menyatakan yg dia sendiri tiada akaun di Tabung Haji. Masya Allah. Alhamdulillah. Makcik tu cadangkan Bik Nah segera membuka akaun di Tabung Haji supaya dapat menyimpan dari sekarang supaya dapat menunaikan haji. Alahmdulillah, Allah permudahkan urusan. Bik Nah dah buka akaun di Tabung Haji dan Kak Umi dapatkan no akaun Tabung Haji Bik Nah supaya kami dapat sama2 membantu Bik Nah menyimpan duit.

Baru je pagi tadi membaca artikel tentang cara yg baik bagaimana kita mahu sedekahkan harta2 kita kepada yg memerlukan. Alhamdulillah malam ni Allah dah tunjuk jalan. Semoga Allah redha dgn usaha kita yg x seberapa ini. Semoga kita sama2 terus yakin dngn janji2 Allah dalam surah Al-baqarah ayat 261.

Bismillahirrahman arrahim..maksudnya..

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui".

dan juga dari Surah Al An'am ayat 160. Bismillahirrahman arrahim..Maksudnya..

"Sesiapa yang membawa satu amal kebaikan, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya" 

Semoga Allah memberkati dan permudahkan urusan kita semua. Amin 

Nusajaya
0959