August 28, 2013

Update


Bismillahirrahmanirrahim...

Allahu akbar dah lama sangat tak menulis. Minta maaf Soleh. Kadang-kadang ada masa yang aku rasa down sampaikan bila menulis – dah tulis-tulis padam – dah tulis-tulis padam. Menulis dengan rasa serba salah. Sebab memikirkan sebab dan akibat yang kadang-kadang tak berlaku pun. Entahlah….perasaan ni mainan syaitan je kot. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.

Ok berbalik kepada tujuan asal, nak menulis ni untuk update keadaan semasa dengan Soleh. (Soleh sila senyum lebar-lebar) ^___^

Update 1: InsyaAllah aku akan resign keje sekarang ni. Last kat Johor 11 September 2013. Kalau ko penah dengar-dengar aku rasa aku penah cerita kat ko yang aku akan balik kampung jugak suatu hari nanti. InsyaAllah inilah masanya. InsyaAllah juga dgn niat yang satu, untuk temankan emak kat kampung. Alhamdulillah emak masih sihat. Cumanya risau kesihatan emak akan merosot dari hari ke hari. Semoga emak terus sihat untuk hari-hari seterusnya.

Update 2: InsyaAllah juga aku akan bekerja dengan kakak sepupu ipar di Bangi. Dia baru buka kedai baju di Bangi. Niat untuk bekerja sementara dgn kakak sepupu aku ni sementara belum dapat kerja tetap, tapi jika tiada rezeki aku dalam bidang Library lagi aku terus je bekerja dalam bidang apa pun yg Allah dah rezekikan untuk aku. Doakan aku ye.

InsyaAllah nanti papehal aku menulis lagi ye. Assalamualaikum wbt.

1503
280813
Nusajaya

2 comments:

Happy Mind said...

Frankly, terkejut. Ini mmg betul update.cepatnya nak berhenti. well, nanti boleh jumpa selalu kan? takpe. rezeki Allah dimana-mana.bumi ni pun luas...Jgn susah hati.InsyaAllah aku doakan. Berkat usaha nak jadi anak solehah tu. Rezeki bertambah mana tau?

beribiru said...

Yup. A'ah dah amik notis 3 bulan yang lepas. Tapi mmg tak bgtau sapa2 pun. Kawan2 kat ofis pun tahu bila finance department nk uruskan last payment ak. then dari situ baru viral. InsyaAllah. Aku yakin dengan itu. Terima kasih soleh. =)