August 21, 2011
Berdua lebih baik (2)
Sehari selepas kunjungan Zaki ke rumah keluarga ku..
.........................
Abah berdehem kecil. Tangannya dibersihkan dengan air dalam mangkuk basuh tangan yang Ibu sediakan.
"Yah dah tekad ke dgn keputusan Yah nak terima Zaki tu?" Abah mulkan bicara.
"Alhamdulillah Abah..Allah dah bukakan pintu hati Yah untuk terima Zaki seadanya."
Safiah menjawab dengan yakin. Dia sudah membuat keputusan.
"Boleh tak Yah fikirkan semula keputusan Yah tu. Abah bukan apa. Semalam masa Zaki ziarah ke rumah kita ni Abah nampak Zaki tu macam bukan calon suami Yah yang baik."
Safiah terperanjat. Tersedak air yang baru sahaja melalui kerongkongnya. Dia tidak menyangka begitu jauh pemikiran abahnya. Secara spontan suaranya menjadi agak tinggi dari biasa. Niatnya hanyalah untuk mempertahankan haknya.
"Abahhh!..kenapa pula Abah cakap macam tu? Bukan ke dari dulu lagi Abah yang minta Yah sendiri cari calon suami dan tunjuk kat...."
Belum sempat Safiah menghabiskan kata-katanya..
"Sabar Yah, sabar..." Abah menenangkan Safiah.
Ibu di sisi mengelus lembut bahu Safiah. Abah meneruskan bicara.
"Abah tahu, Yah dah berusaha keras untuk penuhi impian Abah dan Ibu...Abah hargainya..tapi Abah rasa tak sedap hati la.. Semalam Zaki datang seorang je..Abah terfikir mana keluarganya? Bila Abah tanya tentang keluarga dia, dia acuh tak acuh je jawab soalan Abah..Abah risau Yah..Abah risau..risaukan Yah..Abah perlu juga pastikan pilihan anak Abah ni tepat..bukan semata-mata nak puaskan hati Abah dan Ibu saja."
"Abah harap Yah dapat berfikir lagi. Fikirkan apa yang Abah cakap tadi tu. dan Abah berharap sangat Yah faham dengan apa yang Abah maksudkan."
Panjang lebar abah menerangkan. Aku hanya mampu menitiskan air mata. Tak mampu rasanya menanggung sakit di dada.
................................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment