Showing posts with label anak menakan. Show all posts
Showing posts with label anak menakan. Show all posts

September 2, 2013

Pahala


Noah masih pakai diapers. Sekarang umur dia 3 tahun setengah. Tapi belum pandai cakap. Jadi belum dapat nak toilet train lagi.

Tengah main-main Noah "bertelur". Bau jangan cakap la. Tapi bibik masih sibuk dengan online banking. Hutang-hutang. Bil. Duit nafkah (ecehhh!). Simpanan. Semua kena diselesaikan malam ini juga.
Hawa dah bagitahu Noah "bertelur", pada bibik, bapak, mak, tapi semua dengan hal masing-masing. Noah rilek je. Macam tak ada apa-apa berlaku.

Selepas bibik selesai meng 'online banking', sekali lagi Hawa ingatkan untuk bersihkan Noah.

"Alaa. Bibik malas lah. Kat atas tak de diapers Noah." Aku sengaja bagi alasan.

"Nanti Hawa ambilkan kat bawah"

"Alaaa..." aku masih berdalih.

"Nanti bibik dapat banyak pahala..."

"Ok la..." sambil senyum pasrah.

Aku juga yang ajar Hawa begitu. Kalau ada apa-apa aku nak minta tolong Hawa, aku katakan yang dia akan dapat banyak pahala. Toing! Malam ni dia sudah ingatkan aku. Sambil bersihkan Noah, aku senyum sorng-sorang.

Alhamdulillah.

June 27, 2011

The roommate

Assalamualaikum...

Sejak 6 mggu yg lalu, aku ada roommate aka kawan sebilik baru..roommate lame dah xde dah..aku dah kua dr Puncak Perdana, so ex-roommate akan menyambung perjuangan bersama rakan2 yg lain..roommate aku skrg special...susah nk dapat klu just cari kt mudah.com...rase2 mmg xde la..

gambar ihsan dr fesbuk Liza Adzmi.edited by Aniz Shahimi

Ini lah roommate aku. comel x die?hehe... (seb baik Hawa xreti nk online lg..).

  • Hawa Muhammad Nadzir. 
  • Tahun 1 Bijak. 
  • SK Taman Sri Pulai, Skudai. 
  • Hobi masa lapang, melaram depan cermin, terutamanya selepas mandi even dah lambat nk turun dinner atau nk pegi kelas mengaji.
  • Malam2 sebelum tidur mesti kne bace buku dulu even yang dia baca tu buku teks sekolah. Hawa kata "kene la baca, kalau x dapat tidur nanti cmne??" (^^,)
  • Sangat suka mandi air laut..kdang2 klu dah gian sgt, dlm bathroom pun boleh jadi pool.haha. 

Thanks alot ya my rumet..sudi menumpangkan Bibik 2 bulan kt bilik Hawa ni...Luv u so much..t kalau bibik dah xde jgn nakal2 tau..*mata berair*

*bibik-panggilan untuk mak sedara dlm bahasa jawa.