"Kenapa buat keputusan macam ni??"
Safiah terdiam. Belum mampu meluahkan apa yg dirasa. Masih cuba mengumpulkan kekuatan. Sunyi. Hanya putaran kipas yang menderu laju.
"Yah tak mahu susahkan diri lah Abah. Malas nak fikir pasal lelaki. Kan lagi senang kalau Yah hidup berdua saja", jawab Safiah selamba.
"Lainlah kalau semua lelaki kat luar tu semua baik macam Abah. Pasti aman dunia. Pasti isteri-isteri bahagia". Aku senyum memandang Abah. Kelihatan Abah mahu memaniskan muka juga. Tapi hanya sementara. Muka tegasnya kembali.
"Abah bukan apa Yah, Abah kesian tengok Hanna tu. Dia perlukan kasih seorang ayah." Kelihatan Abah menarik nafas dalam. Sungguh dalam.
"Yah tak boleh menafikan haknya untuk mendapat kasih sayang yang lengkap dari ayah dan ibu walaupun dia hanya anak angkat."
..........
Safiah melepaskan nafas berat. Peristiwa 2 tahun lepas masih segar di ingatan. Fikirannya melayang. Terbayang anak kecil yang menyejukkan hatinya. Hanna semakin membesar. Anak itulah buah hatinya. Anak itulah yang menceriakan hidupnya. Kerenahnya jangan dikata. Seperti anak-anak lain yang mahu membesar, seribu satu kerenah muncul setiap hari. Tapi, aku lebih rela melayan kerenah anak kecil ini jika dibandingkan dengan lelaki rakus di luar sana yang aku geruni selama ini.
Ya Allah. Bantulah hambamu. Jika masih wujud jodohku yang baik di muka bumi Mu ini Ya Allah, maka Kau pertemukan dan satukanlah aku dengan dia dengan cara yang baik.Tetapi, jika dia telah menyahut panggilan Mu dan telah kembali ke pangkuan Mu, maka panjangkanlah jodohku di syurga Mu Ya Allah. Aku berserah kepada Mu Ya Allah.
..........
Rutin setiap bulan masih aku jalankan sebagai anak yang solehah. Ibu bapa di kampung perlu dijenguk. Bertanya khabar. Bertukar fikiran. Meminta pendapat. Dan soalan cepu emas yang sudah ditahan oleh Abah sejak sekian lama terlontar jua.
"Dah lama sangat Abah tunggu calon menantu Abah pulang ke kampung kita ni."
"Abahhh...." Safiah menjerit kecil. Melayan jenaka Abah. Safiah memandang sekilas. Muka Abah ketat. Ternyata tegas Abah tentang soal jodohnya tetap sama seperti dahulu. Cuma mungkin selama ini hanya memberikan dirinya ruang untuk berfikir secara matang.
"Yah bukan tak cari Abah, Yah cari..." sambil tanganku mengelus lembut rambut Hanna.
"InsyaAllah, jika tiada halangan pihak keluarga Zaki akan hadir berziarah di rumah kita ni minggu hadapan" kataku dengan yakin. Aku percaya ini jodoh ku. Allah telah tentukanNya.
"Alhamdulillahhhh..." Abah mengucap Hamdalah panjang.
"Terima kasih Yah," hanya itu ungkapan Abah, namun aku tahu kesyukurannya menggunung tinggi. Setinggi gunung Jerai yang sayup dipandang dari halaman rumahku. Abah mendakapku kejap. Sudah lama tidak begini. Ibu yang dari tadi memandang menitiskan air mata kesyukuran.
............
No comments:
Post a Comment