Showing posts with label dolan2. Show all posts
Showing posts with label dolan2. Show all posts

June 6, 2012

buku baruuu..baca

Assalammualaikum wbt

Bismillah

Entri ni sgt sesuai di 'post' kan selepas pesta buku sebenarnya..
tapi dah sebulan berlalu.
maaf ye.

hehe. alhamdulillah
setakat ni belum pernah lagi tertinggal pesta buku antarabangsa di PWTC tu
saya tak kisah nk beli nk beli buku ape
yang penting sy kena hadir ke pesta buku tu walau sekejap
atau walau berseorangan
saya tak kisah

alhamdulillah kali ni dapat pegi dgn adik
ni kali pertama beliau sampai ke pesta buku.

layan gambar please.
.
.
.


ni antara buku yang di borong. tiga ke atas buku sy. yang lain buku adik. nmpk tak perbezaan bhn pembacaan lelaki dan perempuan? aduhh


jumpa pakcik hafiz hamidun kat sini
jumpa pakcik faisal juga *teruja*


buku adik

adik. tukang bawa buku. hikhik

hadis


kene janji dgn diri sendiri.
habiskan semua buku-buku ni baru boleh beli buku baru. okehhh
okeh deal *calit calit ibu jari tgn kanan dan kiri sendiri*

baru-baru ni pergi kursus.
kena ada peneman.
jadi kena ada buku tambahan.
disebabkan dah berjanji tak akan beli buku baru lagi,
oleh itu saya pinjam buku orang lain untuk dibaca.
ha, bijak tak saya? astaghfirullah. sila jgn riak kat sini.


[ihsan]
pinjam buku abang ipar.
dua hari je baca
hujung mggu ni dah kene pulang.

anda-anda yang perempuan sekalian silalah baca buku roza roslan.
sgt bagus untuk anda.
pasti ada sesuatu yang terkesan dr penulisannya.
nnti boleh kongsikan ye.

sepi

Assalamualaikum wbt

Bismillah

Sepi tanpa berita
tapi tak sepi dr ujian dan dugaan Allah
Allah duga manusia dgn pelbagai cara
ada belog tapi serupa cm takde belog ape cerita kan?
*tumbuk muka sendiri* dushh dushh

Belog tu amanah sayang oi
Kalau ko dah register nak ade belog
kene la update belog ko tuh wei
hape da..

Nasihat ini saya tujukan untuk diri sendiri yang serba hina ni
byk terima ilmu
tapi tak mahu sampaikan
tak mahu kongsikan

manusia jenis apakah anda?

jangan sampai nikmat-nikmat ini Allah tarik satu persatu
baru kau tahu erti penyesalan tu..
Astaghfirullah...

*nikmat Allah byk sgt
** dapat naik 'airplane' (kata sepupu sy mase kecik2 dulu) semalam. wah. sgt teruja. tapi teruja tu sy simpan ekslusif untuk diri sendiri (muhasabah), keluarga dan belog ni. klu cerita kat orang lain mesti dorang tak heran kan?haihh..ape la sgt dgn dapat naik kapal terbang tu cik seha oii..orang lain berpuluh-puluh kali dah naik 'airplane' tu tauhu tak? eh, tahu tak? subhanallah. subhanallah. subhanallah. kakak sy kate alhamdulillah. dr tak pernah naik kapal terbang, ni pertama kali naik bila dah kerja. dengan titik peluh dan usaha sendiri. heh, walaupun tiket kapal company yang byr.ahaha. takpe..rezeki masing2 kan..Alhamdulillah

haihh..kenapa nota kaki lebih byk dr isi belog?? astaghfirullah..


July 4, 2011

Weekend

Assalamualaikum..
Pagi2 isnin rse cam blurr je..Semalam (mlm semalam) bru je tiba di JB dari kampung halaman..rutin tahun 2004-2005 kembali lagi tahun ni..ulang alik JB-Banting menaiki bas..penat yg amat. Alhamdulillah, perkhidmatan bas semakin selesa. Berbaloi dgn harga tiket yg dibayar.

Friday

1 Julai 2011, for a first time tiba di TBS aka Terminal Bersepadu Selatan yg gah dan selalu diperkatakan oleh pengguna2 bas yg menuju ke selatan tanah air.Awesome kot. cam masuk airport.haha..Aku jakun jap memula sampai kt TBS ni. Snap 1-2 pic..hihi..nk lbeh2 cam x patut plak kan..dah la pki nset classic ni je..

Ruang arrival. turun dari bas di sini.

Jgn lupa beli tiket balik Johor semula. dari JB lagi dah wat reminder siap2 "Jgn lupa beli tiket kt TBS tuk balik ke JB smula". Aku sedikit pelupa. dah la sorg2..n xde spe2 nk remind. So, remind siap2. Alhamdulillah, x terlupa. Then, berjalan sikit ke stesen LRT terdekat. Stesen Bandar Tasik Selatan. Amik tren ke Stesen Masjid Jamek. Then berjalan ke stesen bas Klang (berdepan dgn Central Market). Sy x amik tren ke LRT ke Stesen Pasar Seni sbb nak berjalan kaki je..lg pun awal lg..(sbnrnye kurg mahir nk tukar tren kt stesen masjid jamek..selalu je fail..tu yg malas..jalan pon best hape) hihi...

Dan sebab dah lame sgt x jalan KL (more than 5 years) ak dah x cam jalan shortcut nk ke Pasar Seni aka Central Market (CM). Duk lalu celah2 bgnn yg banyak sgt tuh..last2 sesat..ayyoo..then, decide tuk kembali ke arah Masjid Jamek. Masa nk patah balik tuh t'jumpa tourist..Sukeee..hihi

"Excuse me, did u know how to go to Chinatown?"

Hohoho..i'm bit nervous okehh.."Actually i also lost miss. Sorry.." hihi..tp ak kesian tgok mke de yg comel tu..

Ak pk jap..2 second and then "Ok, actually my destination also not far from Chinatown, u cn follow me. ok."

"Ok", she said. She smile.

Hoho..nervous lg..tuk hilang kan gabra "Where r u from??"

"Taiwan"

"Owhhh, ok" ..tapi dlm hati "Whoaaa, jumpe org taiwan rini..best nye..hihi.."

So, ak pon excited nk terangkan mcm2 kt de..cam nk jd tourist guide plak kan..and a bit bangge jgk la..just be like a good Malaysian..borak2 dgn de..de tnye pasal masjid kubah putih (Masjid Jamek KL)..ak cter ttg org solat jumaat..Alhamdulillah, mse borak2 tu ak terpandang CM. so, ak dah confident la time tu..so ak terangkan kt de the blue building is CM. dah dekat dah dgn Chinatown..de sgt excited mase lalu CM.. Sangat okeh..then de follow je ak..sbb ak nk rush, nk amik bas lain tuk sampai ke Banting..lepas kuar je kt CM de dah x sabar nk masuk CM semula. de tnye Chinatown belah mne..ak tunjuk n de nk masuk balik ke CM..hihi..so sampai situ je la ak jumpa tourist from Taiwan ni..She have a good english..Sng nk explain kt de..

Alhamdulillah, she make my day...

Saturday.

Bangun pagi2..xnak bazirkan masa tuk tidur kt kg. Lepas subuh trus masuk dapur. Masak air. n then kuar p blakang cek ade durian x?..belum ade rezeki..aishh..xpe la.

Sunday.

Bangun pagi2 jgk. Penat mak kejutkan. akhirnya..hehe...masuk dapur. masak air, then trus keluar ke blakang rumah.. Checking time..Lalu bwh pokok slow2..bg dramatik skit..Nmpk 1 biji. Alhamdulillah..2 biji..Alhamdulillah..n then, 3 biji.. Alhamdulillah..rezeki...trus angkat..masuk dapur semula..x sabar nk jerit bg tau kt mak ngan kakak..

"Durian ne akeh mak" (translasi ke BM= "Durian nye banyak mak")
"Alhamdulillah" laung mak dr depan.

Tup2 kakak ak yg datang dulu..sgt excited..de x puas hati..nk jgk jalan ke belakang n check again..hehe..x sampai 5 minit de jerit.

"Ko x pakai spek ke Are?", sambil menjunjung 1 biji lagi durian.
"Pakai la", menoleh sambil tersengih. Alhamdulillah.

Kami 2 beradik membalun 4 biji durian..mak dah x heran (hairan)..x sampai 10 minit licin..n beberapa ulas durian buat serawa @seraya (durian masak dgn santan) n makan dgn pulut or roti. Pagi tu sarapan dgn durian. Alhamdulillah.

Next.

My form 6 classmate's wedding..OMG..de student UUM..same la habis blaja sem ni jgk mcm ak..nk kawin dah. Ayyooo, sgt cepat lorr Elis..ak pon terkujat tau dengar ko nk kawen.. Neway, ak doakan kau bahagia menempuh hari2 sebagai wanita sejati..InsyaAllah..semoga dipermudahkan segala urusan ye..Amin


Me and Elis before Nikah ceremony..Elis rse cm nk lari je time tuh...

"Barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair"



June 27, 2011

Mengembara di bumi Allah

Assalamualaikum...

Praktikal 2 bulan aku penuhi dengan berjalan2 di bumi Johor setiap hujung minggu..dah lama sangat tak buat aktiviti ni di hujung minggu..zaman kampus ku hujung minggu dipenuhi dengan aktiviti2 kampus..selain faktor masa, faktor  bajet untuk berjalan di hujung minggu juga tak dak..

Jadi aku manfaatkan sepenuhnya hujung minggu sepanjang praktikal ku dengan berjalan..ni dia senarai tempat ku kunjungi di bumi Johor sepanjang latihan praktikal aku.

Minggu 1: Jusco Bukit Indah- menemankan kakak sekeluarga shopping.

Minggu 2: Duk rumah je. Jaga Noah sbb kakak ade school trip.

Minggu 3: Menerima tetamu yg datang ke rumah kakak. Planning nk keluar pegi ke Pontian. Tapi terpaksa batalkan last minit.

Minggu 4: Pontian- menjejaki n mengimbau kenangan zaman SPM di STEPO.

Minggu 5: Zoo Johor- sangat seronok oo..saya sangat teruja dgn Boy si ular sawa dan burung2 undan yang di
biar lepas bebas dalam kawasan zoo.

Boy the phyton melilit kami

burung undan dan Seha

Minggu 6: Plaza Angsana, JB. shopping baju raya. bersama kakak sekeluarga dan Una.


Minggu 7: Hiking Gunung Pulai- sangat teruja. merancang sendiri trip ni. bersama Una, Nurul, Intan, dan Liza. Gunung Pulai mempunyai ketinggian 4850m dari aras laut.
di puncak Gunung Pulai

Minggu 8: Melawat kakak sulung saya di Pengerang, Kota Tinggi. Dalam perjalanan ke Pengerang singgah mandi laut di Tg. Balau. bersama Hawa, Liza, Shida, Anis.
bersama Nonet dan Hawa di Tg. Balau
Minggu 9 (minggu hadapan): Balik kampung. Bantinggg, i'm comingg..InsyaAllah.

Setakat ni tak ada apa-apa lagi perancangan untuk berjalan ke mana-mana lagi..Ada cadangan?

May 22, 2010

I-city…

All about i-city..tak perlu saya bercerita panjang..sudah tentu semua orang (kebanyakan pelajar UiTM Shah Alam) dan penduduk sekitar Lembah Klang dah pergi melawat I-city. Saya juga telah melawatinya..wahhhh! sungguh teruja ya!


 

May 17, 2010

nature's lover




Semalam, selepas seminggu di Kampar, Perak baru lah saya melihat dunia luar..hari untuk jalan-jalan sekitar negeri Perak..perjalanan hari ini boleh diumpamakan seperti rombongan sambil belajar..[yela, sume yang berlaku di muka bumi ni kan ada hikmah dan pelajarannya..] (^_^)

yay!...lokasi pertama, Kellie's Castle..

Menurut pemandu pelancong merangkap penganjur [terima kasih Cikgu!], rumah mewah yang tidak pernah siap ini dibina oleh seorang warga Scotland, tuan punya ladang sawit di sekitar daerah Kinta iaitu William Kellie Smith. Tapi malangnya Mr Smith telah mati ketika beliau membuat lawatan ke Portugal. Istana ini dibina khas untuk isteri dan anak perempuannya.

Lokasi seterusnya, Kuala Kangsar. Kami melawat Muzium Diraja Kuala Kangsar. Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan ( kayu jenis berlian ). Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini. Ianya dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik yang menggunakan tepas yang dianyam dengan corak-corak anyaman Melayu Tradisional.

Di bandar Kuala Kangsar kami menjamu laksa dan cendol di tepi Sungai Kangsar.

Selepas makan, kami terus ke Taiping. Tujuan utama adalah ke Taman Tasik Taiping yang mengujakan. Walaupun sebelum ini saya pernah ke sini dan menaiki 'itik', tapi kunjungan ini tetap indah seperti kali pertama saya ke tasik ini..Sangatlah mengujakan!

Makan-makan di Taiping. Sudah tentu Yong Taufu dan ABC...yumyum!

Terima kasih daun keladi ye Cikgu dan isteri..lainkali ajak la saya lagi..InsyaAllah..