Petang yang nyaman. Maryamah Karpov penemannya untuk petang ni. Hanna pula ralit dengan Majalah Asuhnya. Ada salam menyapa. Sebelum Safiah menoleh, dia sudah kenal benar dengan suara itu. Hanna mendahului jawaban salam. Safiah mengangkat muka. Lemparan senyuman itu menenangkan. Alhamdulillah. Ya Allah semoga senyuman itu berkekalan hingga kami di jannah-Mu Ya Allah. Permudahkan urusan kami. Panjangkan jodoh kami. Doa Safiyah dalam hati
“Maaf, saya bukan berniat untuk berselindung dari mereka, dari awak.” Zaki memulakan bicara.
Kami sudah maklum tentang buah bicara perbincangan kami kali ini. Aku telah menerangkan kerisauan Abah tentang dolak dalih Zaki sewaktu mereka bertemu minggu lepas didalam perbualan telefon semalam.
“Saya tak kisah…” Safiah bersuara dengan bersahaja
“See, hah! Awak sendiri pun tak kisah dengan situasi saya sekarang kan?” Zaki memandang penuh wajah Safiah. Safiah juga membalas pandangan itu. Peluang keemasan untuk Zaki.
Satu. Dua. Tiga. Empat. Lim… Wahhh! Alhamdulillah…Okey okey. Air muka kena control. Menurut pakar cinta, orang yang membalas pandangan kita selama empat poin lima saat bermaksud dia suka pada kita. Ok crap! Fokus!
“Ehh, kenapa pulak?” Sedikit panjang ‘eh’ Safiah kali ini.
“Ye la. Tiap kali saya bangkitkan tentang hal ni, tiap kali tu awak kata ‘saya tak kisah’…” Zaki mengajuk kata-kata seorang pelakon wanita dalam drama ‘Maduku Bertambah Lagi’.
“Betul la tu saya tak kisah.” Safiah mengulang ke-tidak-kisah-annya.
“Okey, again?”
“Ok ok. Memang. Saya memang betul-betul tak kisah. Sebab saya dah yakin awaklah orangnya. Awaklah yang terpilih itu. Saya juga terpilih untuk awak. Saya yakin dengan janji Allah yang satu ni.” Safiah mempertahankan pendiriannya.
Ya, ini yang Safiyah genggam kemas keyakinannya. Dahulu dia pernah ragu-ragu. Alhamdulillah. Allah Maha Pengasih bukan. Hidayah memang milik Allah, dan Allah juga boleh memberi dan menarik hidayah-Nya dari sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Ya Rahman Ya Rahim Ya Fattah Ya ‘Alim.
“Betul ni?” Zaki buat muka tidak puas hati.
“Betul… Maaf lah, memang banyak benda saya main-main. Tapi kali ni saya katakan yang benar. Betul-betul. Tak main-main.”
Zaki menarik nafas panjang. Kelu. Kesyukuran dalam diam. Alhamdulillah.
Zaki mula bersuara semula, “Okey macam ni. Nanti saya jumpa lagi abah mak awak k. Saya terangkan sebaiknya kepada mereka”
“Awak okey ke?” Nada Safiah ada sedikit kebimbangan.
“Eh mestilah okey. Abah awak tu kan nak jadi member kamcing saya” sengih lebar-lebar.
Safiah tarik nafas lega
“Awak tak nak tahu ke tentang background saya?”
“Cukuplah saya tahu asal-usul awak dan pegangan hidup awak. Sudah cukup” Keyakinan Safiah cukup kuat. Hanna adalah saluran sumber kekuatannya. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Elusan lembut tangan Safiah untuk Hanna menenangkannya.
Jangan sesekali memandang enteng akan kekuatan doa. Semakin tinggi iman seseorang semakin kuat keyakinannya terhadap doa. Semakin jitu yakinnya ia terhadap kemaqbulannya. [Zaharuddin Abd Rahman, 2013]
2 comments:
well, tiga hari aku bercuti... feelin good reading this piece. keep up...
Tq soleh
Post a Comment