September 4, 2011

Manisnya menundukkan pandangan.


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum



‘ Sedapnya makanan di sini’.  Kita memuji sambil menyuapkan nasi ke mulut. Persekitaran yang bersih dan nyaman menambahkan lagi keselesaan kita menjamu selera.  Bukan itu sahaja, terdapat perkara yang lebih utama menyebabkan kita dapat menikmati kelazatan sesuatu makanan.  Iya! Badan yang sihat dan lidah tiada masalah. 
Begitulah perumpamaan kalau kita punya hati yang sihat.  Bersih pula.  Sudah tentu apa sahaja perintah dan larangan Allah dapat dirasai kelazatan melaksanakannya.  Hati yang sihat dapat merasakan manisnya iman. Indahnya taqwa.  Berdebar-debar hati tatkala disebut nama Allah.  Itulah tanda cinta.  Selagi kita tidak merasakan demikian, percayalah bahawa jiwa kita sedang sakit.  Apatah lagi apabila mendengar suruhan dan larangan Allah, hati memberontak.  Susahlah…”.  Malaslah…’  Itu simpton hati kita yang sudah dijangkiti virus.   
Bila badan tidak sihat, sudah tentu kita akan mencari ubatnya.  Ubatnya pula mesti sesuai dengan jenis penyakit.  Tersilap ubat, menambahkan lagi penyakit.  Tak pun… terus KO!.  Na’uzubillah.  Begitu juga hati kita.  Kenal pasti dulu penyakitnya.  Kemudian baru dapatkan kaedah rawatan dan ubat yang sesuai. Sebagai contoh;  Kita punya penyakit kedekut.  Kita pun mulalah bangun tahajjud setiap malam untuk membuang penyakit tersebut. Sedangkan kita tidak pula cuba-cuba ‘transfer’ akaun kepada individu atau badan yang memerlukannya.  Natijahnya penyakit kedekut kekal melarat pada diri kita.  
 Ambil cara mudah, kalau kita ternampak iklan mohon derma atau datang si fakir meminta sedekah, hulurkan sahaja apa yang ada di tangan.  Mula-mula memang kena paksa dulu.  Alah bisa tegal biasa.   
Penyakit Seks 
Akhir-akhir ini, kita sering dihadapkan dengan masalah dan penyakit berkait zina.  Dari sekecil-kecil skandal seperti yang menimpa orang awam (kena tangkap khalwat) hinggalah sebesar-besarnya (dapat VCD percuma aksi seks menteri).  Hebat.  Memang cukup hebat.  Kalau dulu terpaksa cari secara sembunyi-sembunyi pita video atau VCD lucah.  Hari ini diberi percuma tanpa diminta.  Kalau dulu hanya pelacur kelas bawahan yang berlakon (?) aksi seks. Hari ini profesional bertaraf menteri pun mahu merasa kerjaya yang jelik itu. Belum lagi dikira acara bebas melayarinya di internet.  
 Islam mempunyai kaedah  mencegah lebih baik dari berubat’.  Justeru dalam merawat penyakit zina ini, Islam menganjurkan ummatnya lelaki dan wanita supaya menundukkan pandangan.  Menundukkan pandangan bukan bererti menundukkan kepala sehingga berjalan terlanggar tiang! 
   Allah perintahkan kita melalui ayat 30 surah an-Nur,
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan merekaYang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.’ 
Ayat seterusnya yakni ayat 30 surah yang sama menitahkan pula kepada kaum wanita,
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka serta janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya’ 
Allah perintahkan kaum lelaki dahulu supaya menjaga pandangan.  Kemudian barulah diperintahkan kaum wanita supaya memelihara pandangan mereka serta menutup aurat.  Ia membuktikan bahawa lelaki sebenarnya mampu mengawal pandangan mereka walaupun terdapat wanita yang tidak menutup aurat di hadapannya.  Allah tidak membebankan hambaNya dengan perkara yang tidak mampu dilakukan.  Selebihnya bergantung pada hati kita sendiri, mahu atau tidak.   
Menundukkan pandangan ialah mengalihkan pandangan daripada melihat perkara yang diharamkan Allah.  Lagi pula, seperkara yang kita perlu sedari mata kita bukan milik kita.  Pinjaman sahaja dari Allah.  Ibarat kita meminjam barang orang.  Bolehkah kita menggunanya sesuka hati kita?. Selepas pinjam, kita hantar sambil mengucapkan terima kasih.  Begitu juga dengan mata. Kita guna ikut cara yang diredai Allah.  Itu tanda terima kasih kita sebagai peminjam.  Sampai masanya, kita terpaksa pulangkan semula nikmat tersebut.  Sama ada di dunia lagi seperti menjadi buta (minta dijauhkan Allah) atau setelah hayat berpindah ke alam barzakh. 
Pintu masuk kepada ‘kawah api’ zina ini bermula dari pandangan.  Dari mata jatuh ke hati.  Sebab itu Rasulullah menegah kita mengulangi pandangan pada tempat yang diharamkan.  Haram bererti ‘penyakit’ atau dosa.  Kalau pun kita merasa ‘lazat’ pandangan tersebut… hakikatnya ia adalah simpton bahawa hati kita sedang sakit.  Keseronokan syahwat bersifat sementara dan mengundang pelbagai bala.  Bala pertama ialah hilang ketenangan jiwa.   Hati yang sihat secara automatik menolak perkara-perkara jelik dan hina.  Tiada rasa ‘syok’ atau ‘best’.  Sebaliknya merasa benci, loya atau mual.  Seperti kata Tok Guru Nik Abdul Aziz suatu ketika dahulu (lebih kurang beginilah bunyinya),  
‘ Perempuan yang keluar tidak menutup aurat dan berhias-hias tidak menurut syarak hakikatnya iblis.’ 
Jangan salah sangka pula.  Kata-kata di atas hanya perumpamaan Tuan Guru yang bersifat ‘mursyid’ dan ‘murabbi’ agar kita tidak merasa seronok melihat perkara yang diharamkan.  Bayangkan disebalik wajah dan bodi yang tidak menutup aurat itu, iblis sedang menjelirkan lidahnya menyorak kebodohan kita mengenepikan larangan Allah.  Manusia hanya alat iblis untuk melalaikan kita dari mengingati Allah dan mengabdikan diri kepadaNya. 
  Allah yang mencipta kita mengetahui dan sangat memahami kegemaran kita.  Justeru Dia menjanjikan nikmat atau kelazatan yang jauh lebih umph! Allah menyebut dalam ayat 40 dan 41 surah al-Naa’ziaat,   Sesiapa yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya. 
Di syurga itu ada bidadari.  Kalau kita diperlihatkan dengan seorang sahaja dari bidadari itu, nescaya semua perempuan di dunia ini kelihatan hodoh belaka. Yang cantik hanya perempuan solehah.  Hanya perempuan beriman dapat mengalahkan kecantikan bidadari syurga.  Fikir-fikirkan…
Berikut adalah kelazatan, kenikmatan, keseronokan, keindahan, kemanisan akibat menundukkan pandangan;
  1. Menunjukkan bahawa seseorang patuh pada perintah Allah.  Akibatnya dia dapat merasa puncak kebahagiaan seorang hamba di dunia dan di akhirat.   Allah akan mengganti keseronokan syahwat dengan ketenangan jiwa, kesenangan dan kegembiraan hati yang sangat lazat.
  2. Dapat menangkis anak panah berapi syaitan dan sangat beracun, yang mana semuanya mengakibatkan kemusnahan moral manusia.
  3. Dapat menghiasi hati dengan cahaya serta melenyapkan kegelapan pada wajah dan anggota badan.
  4. Menyuci hati dari akibat sedih.  Orang yang tidak mahu menundukkan pandangan di dunia akan kekallah dia dalam kesedihan.
  5. Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat membezakan antara yang baik dan buruk.
  6. Membuka pintu pengetahuan, iman dan makrifat kepada Allah serta peraturanNya.
  7. Mewariskan keteguhan hati dan keberanian.
  8. Menyucikan hati dari syahwat yang tersembunyi.  Seterusnya menawan nafsu untuk disalurkan pada tempat yang betul dan diredai Allah.
  9. Membebaskan hati dan minda dari berangan-angan tinggi.
  10. Menguatkan dan meningkatkan daya berfikir.  Seterusnya mewarisi sikap waspada terhadap akibat buruk yang akan berlaku dalam setiap tindakan.
  11. Mengurangkan sikap lalai.  Sekaligus dapat meningkatkan hubungan dengan Allah dan cintakan kampung akhirat.

August 21, 2011

Berdua lebih baik (2)


Sehari selepas kunjungan Zaki ke rumah keluarga ku..
.........................


Abah berdehem kecil. Tangannya dibersihkan dengan air dalam mangkuk basuh tangan yang Ibu sediakan.

"Yah dah tekad ke dgn keputusan Yah nak terima Zaki tu?" Abah mulkan bicara.

"Alhamdulillah Abah..Allah dah bukakan pintu hati Yah untuk terima Zaki seadanya."

Safiah menjawab dengan yakin. Dia sudah membuat keputusan.

"Boleh tak Yah fikirkan semula keputusan Yah tu. Abah bukan apa. Semalam masa Zaki ziarah ke rumah kita ni Abah nampak Zaki tu macam bukan calon suami Yah yang baik."

Safiah terperanjat. Tersedak air yang baru sahaja melalui kerongkongnya. Dia tidak menyangka begitu jauh pemikiran abahnya. Secara spontan suaranya menjadi agak tinggi dari biasa. Niatnya hanyalah untuk mempertahankan haknya.

"Abahhh!..kenapa pula Abah cakap macam tu? Bukan ke dari dulu lagi Abah yang minta Yah sendiri cari calon suami dan tunjuk kat...."

Belum sempat Safiah menghabiskan kata-katanya..

"Sabar Yah, sabar..." Abah menenangkan Safiah.

Ibu di sisi mengelus lembut bahu Safiah. Abah meneruskan bicara.

"Abah tahu, Yah dah berusaha keras untuk penuhi impian Abah dan Ibu...Abah hargainya..tapi Abah rasa tak sedap hati la.. Semalam Zaki datang seorang je..Abah terfikir mana keluarganya? Bila Abah tanya tentang keluarga dia, dia acuh tak acuh je jawab soalan Abah..Abah risau Yah..Abah risau..risaukan Yah..Abah perlu juga pastikan pilihan anak Abah ni tepat..bukan semata-mata nak puaskan hati Abah dan Ibu saja."

"Abah harap Yah dapat berfikir lagi. Fikirkan apa yang Abah cakap tadi tu. dan Abah berharap sangat Yah faham dengan apa yang Abah maksudkan."

Panjang lebar abah menerangkan. Aku hanya mampu menitiskan air mata. Tak mampu rasanya menanggung sakit di dada.

................................

Satu | Dua | Tiga

August 20, 2011

Incommunicative

Assalamualaikum wbt

Bismillahi arrahmani arrahim...

Situasi 1
Lokasi: Dalam kereta
Kak A: Ok, ingat betul2 jalan ni..nanti tak la susah esok.

B : Ha tu la kak, saya ni bukan ingat sangat kalau jalan2 ni..tengok sekarang boleh la ingat..esok ha menggagau nak cari..bla..bla..bla..

Kak A : Hah, Seha boleh ingat tak? yang diam2 ni selalu cepat dapat ingat..

Seha: InsyaAllah kak.

Bella: Hah, nasib baik ada Seha..saya ni kalau nak ingat jalan memang susah..Seha ingat tau..nanti esok tak la kena marah dengan En. Zul. En. Zul tu bla..bla..bla..bla..kalau B ni wat salah sket, mula la dia bla..bla..bla..bla..bla

*Seha kat seat belakang senyum je*

Situasi 2
Lokasi: Office
Selesai majlis, yang lain berborak2..tiba2..

Kak A: Mana tau yang senyap2 ni la yang kahwin dulu..kan Seha?

Seha: (Monolog 1) : Aminn... (Monolog 2) : Aishhh, pehal tetibe naik nme ak ni?
Senyum jeeee....

Since I work at that company, have two people was judge me as incommunicative person..hmmm..I thought I was acting as real me enough..not incommunicative person but not so talkative..I have a chat with my colleague, my boss, my partner..but why ar?...sometime we do not noticed enough with what we do..hayyooo...

Incommunicative person usually associated with passive person. They judge the person without deeply knowing who is the person are. Pity rite?..hmmmm..but, the best part is they will not know what is a best thing about incommunicative person. they only look at negative part.

Usually, they (incommunicative person) have their own strength such as good in communication skills, a good thinker (because they more watching others act than comment or judging), and etc. Yeahh, all know that peoples born have their own strength and weaknesses rite?..talkative people also have their weaknesses. So, we are not able to judge 'incommunicative' is one of weaknesses. It can be the strength to someone if we can manipulate our weakness.

Till now, I also still searching and develop myself to change my weakness to be my strength..hmmm..

Why the this post I tell about incommunicative??
Hahahaha (bole lg ko gelak ea..)
All day in previous week I found that I'm incommunicative person..hoho..
Why ar?...I try to find the answer..but..hmmm..dunno why...
hmmmm (again)....
hmmmm (again)......
hmmmmmmmmm (n again)........

But, only in office...at home I've to change to real me..have a chat as usual..don't want to make my family worried with my changes...I hope this will not happen for a long period..

O Allah, please bless my life and my family..


August 11, 2011

Hati

Assalamualaikum...

Kenapa dah lame x post entry?
Aiiyaaa...sy pon xde jawapan tu..
klu tgok post2 entry sblum ni sume cter surammuram je kan..
proses mengenal diri barangkali..
ye..sy yakin..proses mengenal diri..
dan juga proses peralihan seorang gadis..
bukan senang nk jadi dewasa...uhuuukk.. T_T
tabahlah Fasiha..
Dia adalah tempat terbaik untuk mengadu..
U see dah kan the anugerah yg Dia bagi...datang dalam macam2 bentuk..
ketenangan perasaan..orang2 disekeliling..flora dan fauna..
Alhamdulillah..kegembiraan walaupun zahirnya kesunyian...

Nak tau sesuatu x?
saya boleh tersenyum sepanjang drive ke tempat kerja pergi dan balik hanya sebab sy dapat melihat deretan pokok2 yg tidak dijumpai di tengah bandar..hanya terdapat di kg2 sahaja..terutamanya kawasan perkampungan orang jawa...Ohh my..betapa nikmat yg Allah beri itu sesuatu yg datang dgn cara yg sangat kita tidak jangka...
Alhamdulillah..


Ok...itu mukadimah untuk entry ni..
kembali ke tajuk asal..
HATI..
sy ada menonton satu video pendek di FB seorang sahabat..
(maaf..sy xdpt nk 'letak' video tu dlm ni...xtau cmne nk embed sbb xde link...so, sy bekalkan link ke video tersebut)
this is link to the video

nak ulas sedikit ttg video Mengenal Hati ni...

Jenis2 hati


hati ada 4 jenis..
1. yg kotor (bnyak najis)
2.yg remuk @ pecah
3.yg tertutup
4.yg bersih n terbuka..

saya rasa video ini sgt telus dgn tujuan mengenal hati..maksud sy lebih straight to the point..senang faham..
dgn mudah sy boleh kenal hati sy di kategori mana..
Astaghfirullahal'azim..
begitu rupanya..patutlah selama ni apa yg dipelajari susah nk melekat..duk melekat sekejap je..
lepas tu hilang dah..

hati remuk @ pecah


frankly speaking..my heart is in this category.. T_T
menghadiri majlis ilmu..tp kendian lupa diri..asek duk mengumpat je..
sedar diri..tp susah nak kikis..
Astaghfirullahal'azim

Ya Allah, bantulah aku mengikis sikap ak yg buruk ini..
membaiki hati yg remuk dan pecah..
tampalkan dan rapatkan ia kembali seperti hati yg suci
supaya mudah ilmu2 Mu masuk dan akan kekal berada di dalam hatiku..
Amin Ya Rabbb..

ade link best nk share..Tips hilang malas by Luqman
salah 1 isinya adalah doa hindarkan kesedihan dan menghindarkan perasaan malas..
mari amalkan..

Ok..sampai bertemu lagi..
InsyaAllah..

August 7, 2011

hari suram

Assalamualaikum

Hari yg suram..
entah..xtau..
kenapa beberapa hari ni asek rasa suram je..
bile dah rse cm down mula la pk macam2..
haisshh..

nak semangat pulih seperti sedia kala..
nak melalui hari2 yg gembira dan penuh teruja..

Merindui yg Esa adalah rindu yg sempurna..
Yoshhh..mari solat isyak dan terawih.. ^_^

p/s: kepenatan fizikal dan mental..tp sy dah azam...Ramadhan kali ni mesti lebih baik dr Ramadhan2 yg dah lepas...ayuh..kuat semangat..cari semangat di sajadah..terimakasih kwn2 yg x jemu2 mengingatkan ttg ibadah dlm bulan Ramadhan ini..InsyaAllah pahala kalian berlipatganda  di bulan mulia ini...



repost: malam semalam (malam tulis entry ni) sy tertinggal solat terawikh T_T
tertidur hingga awal pagi dek kerana terlalu penat. driving almost 6 hours. dah rugi 1 malam..hukhukhuk

August 2, 2011

tak de tajuk

Assalamualaikum...

Nak sgt tulis sesuatu kt sini..tp tak tau nk tulis ape..






It is about speechless..
merindui org yg tak rindu kita sakit kan?

hai la hati..bersabar je yg mampu aku katakan kepada hati..
berharap sgt masa tu akan tiba bila aku dah cukup sedia..
aku berfikir ak telah bersedia..tp Allah maha tahu yg terbaik buat ak..
InsyaAllah masanya akan tiba jua..