September 27, 2014

Tiada Tuhan Selain Allah

Assalamualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim

Brrrrrrr....

Nak mulakan tajuk saja hati dah bergetar. Takut. Takut kenapa? Entah. Beberapa hari ni terfikir kalimah "La ilahaillallah" je. Masa memandu. Masa makan, dan terutamanya bila terdengar azan. Allah.... Saya perasan perkara ni berlaku selepas saya membaca satu status salah seorang rakan di FBnya (dah tak ingat FB siapa. Cuba cari lagi dah tak jumpa. Hari tu baca sekali imbas je). Ia mengisahkan kalimah terakhir yang disebut sebelum meninggal dunia. Jarang sekali kalimah Lailahaillallah dapat disebut oleh seorang muslim di akhir hayatnya. Ini diakui sendiri oleh doktor perubatan yang menghadapi situasi sebenar. Mereka kata jarang sangat jumpa dengan kes orang muslim yang akhir hayatnya menyebut kalimah Lailahaillallah. Sedihnyaaa.

Tapi kan, ini kenyataan. Betul. Kalau kita hidup pun jarang-jarang nak sebut Lailahaillallah, tak mungkin Allah nak rezekikan kita dapat sebut kalimah agung tu di akhir hayat kita.

Baik sekarang saya nak bawa anda pula menghayati serba sedikit maksud atau inti pati kalimah Lailahaillallah ni. Maksud kalimah ini dalam bahasa melayu bermaksud 'Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah'. Iya betul secara kasarnya atau zahirnya kita menyembah Allah sahaja. Kita tak sembah tuhan lain selain Allah.

Tapi mari kita fikir sejenak. Apa yang sebenar-benar yang dinamakan 'tuhan' itu. Tuhan ialah yang kita paling utamakan. Tak ada yang lebih utama dari Dia. Tapi kadang-kadang kita sambil lewa je dalam buat amalan. Aduhhh. Ini saya bercakap tentang diri saya sendiri. Solat tah mana ikut waktu dan je. Tutup aurat, berpakaian, lagi fikir orang kata dari apa yang Allah dah perintahkan. Makan dan membeli belah ikut nafsu. Masa tak luangkan dengan perkara yang berfaedah. Allah... itu baru sentuh bab ibadah dan nafsu. Belum lagi urusan yang lebih besar.

Kadang-kadang (selalu sangat rasanya) kita bertuhankan dunia sebenarnya. Bertuhankan persepsi orang sekeliling terhadap kita. Bertuhankan nafsu. Bertuhankan..... Astaghfirullahal'azim.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Astaghfirullahal'azim

Astaghfirullahal'azim

Astaghfirullahal'azim

Jom sama-sama kita kembali kepada fitrah kita. Fitrah yang perlukan pertolongan dan perlindungan dari Allah. Fitrah yang sihat tubuh badan. Fitrah yang suci bersih jiwanya. Fitrah yang mengharapkan HANYA Allah sahaja yang kita perlukan dan diutamakan.

Iya, saya hamba berdosa. Kita juga. Jom sama-sama kearah menjadi yang lebih baik. Nak jumpa kalian di syurga. InsyaAllah. *tak sabarrrr*


p/s Jom amalkan doa ini setipa kali lepas solat supaya kita tergolong dalam golongan Husnul Khotimah.

Allahumma tahtim 'alaina bihusnil khotimah... Wala tahtim 'alaina bisu'il khotimah





Ruang Kulon
Rumah Emak
2 Zulhijjah 1435
27 September 2014

Assalamualaikum wbt.

No comments: