Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah... Ramadan 1435 dah datang lagi. dah nak habis dah pun. Alhamdulillah diberi kesempatan lagi jumpa Ramadan yang kita selalu rindu. Kita gunakan tak Ramdan ini sebaiknya? Allah. Tanya pada diri sendiri. Sejauh mana diri kita dah ada pada Ramadan kali ini. Diri aku juga. Allah... Malu nak mengaku pada Allah. Tapi sejauh mana pun kita dah lari dari rahmat Allah, selagi belum hari kiamat selagi tu kita ada peluang nak minta, pohon rahmat Allah tu. Kita je yang buat-buat lupa kan? ha aku lah tu. Allah... semoga Allah terus pelihara hati-hati kita ye. Semoga Allah terima amalan kita.
Berbalik pada tajuk utama, Ramadan kali ni adalah Ramadan yang ke-6 tanpa bapak. Bapak macam mana kar 'sana'. Semoga allah sentiasa pelihara bapak dalam kasihsayangNya. Semoga duk kumpul sama-sama dengan para solehin. Semoga Allah memudahkan urusan bapak dengan malaikatNya. InsyaAllah semoga juga kita berjumpa nanti kat syurga ye.
Tiap kali Ramadan ingatan ni kuat sangat kat bapak. Teringat balik dedulu masa kecik-kecik kalau nak masuk je bulan puasa, malam terawih pertama mesti bapak dah simpan TV. Ye, TV besar kotak tu bapak simpan dan sorokkan dalam bilik bapak dengan mak. Sepanjang bulan puasa tak ada sapa pun boleh sentuh TV tu. Ada juga hari yang saya nakal, curi-curi masuk bilik bapak dan mula pegang-pegang TV yang bapak dah selubung dengan selimut-selimut lama tu. Mula-mula pegang je. Hari-hari seterusnya mulalah kami cari akal macam mana nak cari punca elektrik untuk 'on' kan TV tu dari dalam bilik. pernah juga sekali dua kami berjaya menonton TV dalam bilik walau untuk beberapa minit.
Allah... kenangan sungguh! Dulu masa kecil-kecil kami tak tahu pun apa tujuan bapak buat macam tu. simpan TV masa bulan puasa. Tapi sekarang Alhamdulillah. Kami dah dewasa bapak. Kami dah faham erti, maksud menahan diri itu. Saya sendiri pada tahun ini dah buat syarat jangan sentuh atau kurangkan berhubung dengan media sosial sepanjang Ramadan ni. Kalau nak buka pun, lepas terawih, tilawah semua baru buka sebelum nak tidur tu.Alahmdulillah. 'Ketagihan' tu dapat saya kurangkan. lebih banyak masa kita boleh buat perkara yang berfaedah dari kita duk melangut layan telefon scroll newsfeed je sepanjang hari. Tapi saya juga insan biasa. Terlajak juga kadang-kadang. Ada juga hari yang lebih lama memegang telefon dari memegang Al-quran. Semoga kita terus sama-sama perbaiki kesilapan.
Bapak,
Selain itu, ini adalah pertama saya kali melaksanakan 1 hari 1 juzuk pada bulan puasa. Allah... dapat habiskan 1 juzuk dalam 1 hari nikmat sungguh rasanya.. Juzuk 1 sampai 5 agak nazak juga nak 'keep in track'. Alhamdulillah lepas juzuk 5 dah selesa dah nak dapatkan 1 juzuk penuh dalam masa 24 jam. Tapi sekarang bila dah dapat 'raya' awal, tak dapat la nak meneruskan 1 hari 1 juzuk ni. Dah minngu lepas pun hujung minggu ada juzuk yang tak dapat nak selesaikan. InsyaAllah, semoga saya dapat lagi jumpa Ramadan akan datang dan susun baik-baik jadual harian supaya semuanya 'keep in track' sampai 29 atau 30 Ramadan. Aminnnn. Semoga!
Bapak,
Sekali lagi saya doakan bapak tenang kat 'sana'. InsyaAllah, selagi di belakang nama saya ada nama bapak, selagi itulah doa saya untuk bapak tak pernah putus.
"Rabbighfirli wa li wa li dayya warhamhuma kama rabbayani soghira"
Aminnn
P/s: Jaga puasa. Kita masuk syurga bukan kerana berapa pahala kita dapat, tetapi kerana rahmat Allah.
1248AM
24 Ramadan 1435
Bawah rumah sebelah kulon
4 comments:
rumah sebelah kulon...haha
yip2 horey. dah raya ye...haha, belum lagi. Be strong, I miss my dad too...with all things happen these few days. I tend to forget some minor things.
ps: jangan lupa doa yang Nabi saw ajar pada Aisyah untuk sepertiga akhir, "Allahumma afuw, tuhibbu 'afwa, fa'fuanni". Doa ini tak solat pun boleh baca
Soleh, meh la stori mori the-things-happen-these-few-days tu.
Yeay. Thanks ingatkan doa tu. Sblum ni tahu baca je. Tak tahu yg doa ni Nabi Muhammad SAW ajar pada Aisyah.
stori mori cerita mh17, cerita gaza,cerita orang klang, cerita beszday ai...hahaha.
panjang tu. kena sleep over untuk cover.
I nominated you for Liebster. Here is the questions. Suka2...out of the blue.
Post a Comment