Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Ye Soleh. InsyaAllah post ini akan membalas tag ko. Terima kasih sudi tag aku. Alhamdulillah malam ni free nak buka blog =)
Mari kita mulakan.
Apakah itu Liebster Award ni? Pertama kali dengar dan tahu. Tag kawan-kawan dalam blog/instagram ni biasa dah kan. Tapi yang ni Liebster guna brand/cipta nama khas sendiri bertujuan nak saling bertaaruf dengan blogger lain. Dan tambah-tambah perisa kat bahagian peraturan untuk jadikan Liebster ni unik. Hehehe. Ini yang setakat aku faham lah.
Secara jujurnya, aku sebenarnya dah lama sangat tinggalkan dunia blog ini. Lebih setahun. Sama lamanya aku meninggalkan bumi Johor. Sangat rindu dengan tulisan-tulisan berinspirasi lagi penuh ilmu Ustaz Hasrizal, Inche Gabbana, Reminder dari Iffah, dan Nukilan hidup berpoligami dari Kak Nurul Adni, Krafter-krafter semualah. Rindu sangat.
Tapi itu dulu. Masa hidup bekerja dalam pejabat. Masa banyak guna untuk membaca (blog walking). Sekarang memang dah ambil keputusan untuk tidak lagi ambil banyak masa untuk tujuan blogging. Sekarang ni pun. Sentuh komputer riba atau komputer meja mungkin hanya seminggu sekali. Menulis sampai 2 posting dalam blog (malam ni je 2 posting sebab kene tag. pertama kali dalam sejarah) dalam satu malam mungkin hanya boleh dilakukan sebulan sekali atau 2 atau 3 atau 4 bulan sekali.
Jadi maafkan aku sebab tak memenuhi syarat-syarat Liebster Award ni. Aku jawab soalan-soalan ko je ye. Nak tag orang lain memang tak dapat sebab memang dah tak follow mereka pun. InsyaAllah akan buat/jawab point no 1, 3, 4 dan 8 sahaja.
Aku mulakan dengan soalan ko (versi BM)
1. Siapakah orang yang anda ingin jumpa bila anda dah besar nanti? Kenapa?
-Bakal suami. Tak pernah kenal. Tak pernah tahu siapa dia. Serius aku dah rindu sangat kat dia.
2. Apakah buku (-buku) kegemaran anda? Nyatakan sebab.
-Buku-buku tulisan Faisal Tehrani di awal penulisannya. Rindu sangat. Aku rasa memang tak ada dah buku-buku seperti tu lagi. Sebab Faisal Tehrani yang dulu dah tak ada. =(
3. Bilakah pertama kali anda belajar membaca? Ceritakan salah satu pengalaman yang kelakar.
-Tak ingat. Aku memang lemah dalam memori jangka panjang. Zaman kanak-kanak kebanyakannya dah hilang dari ingatan.
4. Boleh cadangkan sebuah buku yang baik untuk saya baca?
-Buku Komik 'When I was a Kid-Childhood Stories by Boey' Part 1 & 2. Seluruh buku adalah tulisan tangan dan lukisan Boey sendiri. Buku ini mengingatkan zaman membesar dulu pada tahun 80an.
5. Niagara Falls terletak di mana? (jangan tengok Google yeee)
-Penghujung sungai yang memisahkan Kanada dan Amerika.
6. Buku apakah yang sangat menarik perhatian dan mengubah pandangan anda tentang falsafah hidup?
-Buku tulisan Roza Roslan, Prof Kamil, dan Ustaz Hasrizal.
7. Watak istimewa yang sangat mempengaruhi anda. Watak dari anime, movie, buku... atau apa-apa sahaja.
-Totoro dalam cerita My Neighbor is Totoro. Watak Chihiro dalam Spirited Away. Watak Sophie dalam Howl Moving Castle. Semuanya hasil karya Hayao Miyazaki. Aku terjebak dengan karya Miyazaki ni sebab kakak aku yang mulakan. Aku sangat suka karya beliau ni sebab jalan cerita yang tak cliche. Lukisan dia pun superb!
8. Bila kah anda pertama kali jatuh cinta? (crush, orang yang anda minat... atau apa saja)
-Tingkatan 1. Admire sangat kat dia. Setia sampai tingkatan 3. Dah tingkatan 3 tu rasa "eii bodohnya aku duk admire2 orang nih". Lepas tu nekad dah tak mahu bercinta sampai lah masa aku jumpa bakal suami aku nanti.
9. Apakah warna kegemaran anda. Cerita disebaliknya?
-Semua jenis Biru. Sebab suka tengok langit dan laut.
10. Bagaimana anda menjumpai blog saya?
-Ko kawan aku kot. Rasa dulu ko yang bagitahu aku ni blog ko. =)
11. Apakah pekerjaan yang menyara hidup anda?
-Buat masa sekarang, guru ganti di SKBB dan juga berniaga secara kecil-kecilan. Nak kumpul fast cash katanya. =)
Ok, sterusnya...
11 fakta tentang diri aku secara rawak.
1. Memulakan sesi sekolah tadika seawal umur 4 tahun di Pasti Attaqwa.
2. Sampai sekarang, kalau jumpa mualimah yang mengajar aku dulu kat Pasti, dia masih anggap aku ni anak murid dia.
3. Aku seorang yang tak tahu nak describe diri aku.
4. Baru point nombor 4 aku dah habis idea dah.
5. fuhhh.. nanti update lagi boleh?
Serius, aku dah ambil banyak sangat masa untuk menulis posting ni. Dah tak boleh fokus dahh. Maaf solehh.
p/s Sepatutnya post ni publish malam semalam. Disebabkan tenaga dah habis, tertidur depan desktop ni. Pagi ni sambung pun tak dapat nak habiskan. Nak pergi masak dulu ye. Nanti pukul 12 nak pergi kondangan pulak. Daaa.. Sampai ketemu lagi.
Ruang Kulon
Rumah Emak
3 Zulhijjah 1435
Jam1109
No comments:
Post a Comment