June 28, 2011

Merindui karya Faisal Tehrani

Assalamualaikum...

Kepada kawan-kawan atau ahli keluarga yg sedia maklum penulis (author) kegemaran sy mereka anak akan update dgn sy ttg cerita Faisal Tehrani. Mencadangkan jenis bacaan, berkongsi berita terbaru ttg Faisal, meminjam buku Faisal dr sy, atau memberi pinjam buku beliau sebelum sy akan pergi ke toko buku atau membeli secara online.

Sekarang (la ni), Faisal dah x aktif sgt kepada dunia penulisan. Blog pun dah tutup. Mungkin beliau sudah sibuk sebagai tenaga pengajar di UM atau aktif dgn bidang2 lain, pementasan teater misalnya.

Ketiadaan karya baru Faisal Tehrani di pasaran membuatkan sy kurang membaca. Saya masih mencari2 penulis mana yg menulis menepati citarasa bahan bacaan saya..*sighh*

*Bila Faisal Tehrani nak kembali menulis seperti suatu masa dulu??
*Saya memiliki cetakan lama "Tunggu Teduh Dulu". beli secara online. menurut penjualnya buku ni adalah cetakan lama yg terakhir sebelum cetakan baru keluar. Sy amat berbangga memilikinya. (^^,)

June 27, 2011

Mengembara di bumi Allah

Assalamualaikum...

Praktikal 2 bulan aku penuhi dengan berjalan2 di bumi Johor setiap hujung minggu..dah lama sangat tak buat aktiviti ni di hujung minggu..zaman kampus ku hujung minggu dipenuhi dengan aktiviti2 kampus..selain faktor masa, faktor  bajet untuk berjalan di hujung minggu juga tak dak..

Jadi aku manfaatkan sepenuhnya hujung minggu sepanjang praktikal ku dengan berjalan..ni dia senarai tempat ku kunjungi di bumi Johor sepanjang latihan praktikal aku.

Minggu 1: Jusco Bukit Indah- menemankan kakak sekeluarga shopping.

Minggu 2: Duk rumah je. Jaga Noah sbb kakak ade school trip.

Minggu 3: Menerima tetamu yg datang ke rumah kakak. Planning nk keluar pegi ke Pontian. Tapi terpaksa batalkan last minit.

Minggu 4: Pontian- menjejaki n mengimbau kenangan zaman SPM di STEPO.

Minggu 5: Zoo Johor- sangat seronok oo..saya sangat teruja dgn Boy si ular sawa dan burung2 undan yang di
biar lepas bebas dalam kawasan zoo.

Boy the phyton melilit kami

burung undan dan Seha

Minggu 6: Plaza Angsana, JB. shopping baju raya. bersama kakak sekeluarga dan Una.


Minggu 7: Hiking Gunung Pulai- sangat teruja. merancang sendiri trip ni. bersama Una, Nurul, Intan, dan Liza. Gunung Pulai mempunyai ketinggian 4850m dari aras laut.
di puncak Gunung Pulai

Minggu 8: Melawat kakak sulung saya di Pengerang, Kota Tinggi. Dalam perjalanan ke Pengerang singgah mandi laut di Tg. Balau. bersama Hawa, Liza, Shida, Anis.
bersama Nonet dan Hawa di Tg. Balau
Minggu 9 (minggu hadapan): Balik kampung. Bantinggg, i'm comingg..InsyaAllah.

Setakat ni tak ada apa-apa lagi perancangan untuk berjalan ke mana-mana lagi..Ada cadangan?

Si mata panda

Assalamualaikum...

Bulan lepas rumah kami di kampung menyambut kedatangan kucing baru pada hari terakhir ak kt puncak aka hari aku balik kg..mak kate de bru je sampai..sbb cam tau2 je ak nk balik..klu ak xde pd hari tu mesti mak buat keputusan untuk hantar kucing tu ke pasar hari kt Banting..Alhamdulillah. rezeki aku dan kucing tu..

Ni dah dekat 2 bulan duk Johor, tak tau kucing ade lg ke tak kat umah tu..Tiap mggu call mak tanye pasal kucing.."Kucing aritu ade lg x mak??" "Ade, tp x duk kt umah. Syuhada yang jaga." Ok la tu..as long as ak boleh jumpa kucing tu lagi. Its ok for me. Syuhada mmg suka kucing..jadi x risau la klu kucing tu ade dgn die..

see, mata de macam panda kan...
Sampai sekarang ak tak tau nk bg nama kucing tu ape..heee..tp tak tau la klu Syuhada dah bg nme kt kucing tu..tak kesah la..

ps: rindu kt kucing. kt PSZ ni pon de kucing..tiap2 hari duk depan library..Ak suke sbb bila pagi2 mood akan baik bila tgok kucing tu tggu depan library. Bila kita panggil, telinga de akan tegak n gerak2..hahaha..comel sgtt..

ps: Syuhada anak menakan ku yg ke 12. anak kepada abang.

The roommate

Assalamualaikum...

Sejak 6 mggu yg lalu, aku ada roommate aka kawan sebilik baru..roommate lame dah xde dah..aku dah kua dr Puncak Perdana, so ex-roommate akan menyambung perjuangan bersama rakan2 yg lain..roommate aku skrg special...susah nk dapat klu just cari kt mudah.com...rase2 mmg xde la..

gambar ihsan dr fesbuk Liza Adzmi.edited by Aniz Shahimi

Ini lah roommate aku. comel x die?hehe... (seb baik Hawa xreti nk online lg..).

  • Hawa Muhammad Nadzir. 
  • Tahun 1 Bijak. 
  • SK Taman Sri Pulai, Skudai. 
  • Hobi masa lapang, melaram depan cermin, terutamanya selepas mandi even dah lambat nk turun dinner atau nk pegi kelas mengaji.
  • Malam2 sebelum tidur mesti kne bace buku dulu even yang dia baca tu buku teks sekolah. Hawa kata "kene la baca, kalau x dapat tidur nanti cmne??" (^^,)
  • Sangat suka mandi air laut..kdang2 klu dah gian sgt, dlm bathroom pun boleh jadi pool.haha. 

Thanks alot ya my rumet..sudi menumpangkan Bibik 2 bulan kt bilik Hawa ni...Luv u so much..t kalau bibik dah xde jgn nakal2 tau..*mata berair*

*bibik-panggilan untuk mak sedara dlm bahasa jawa.

June 23, 2011

Tomatomerahberibiru

alhamdulillah..cik tom sy dah sihat kembali..bertahan lame sikit ye tom..lg 2-3 tahun pon boleh..selagi prestasi masih baik, sy setia bersama awak..hehe...korbankan sikit pulus utk kelangsungan permulaan perjalanan yg panjang..ok la tu..x la mahal mne pon...

p/s: nama sebenar tom, Tomatomerahberibiru binti Tomatomerahberihitam..heheh..a.k.a SE K850i
my lovely cik tom..

June 21, 2011

Berdua lebih baik

"Kenapa buat keputusan macam ni??"


Safiah terdiam. Belum mampu meluahkan apa yg dirasa. Masih cuba mengumpulkan kekuatan. Sunyi. Hanya putaran kipas yang menderu laju.


"Yah tak mahu susahkan diri lah Abah. Malas nak fikir pasal lelaki. Kan lagi senang kalau Yah hidup berdua saja", jawab Safiah selamba.


"Lainlah kalau semua lelaki kat luar tu semua baik macam Abah. Pasti aman dunia. Pasti isteri-isteri bahagia". Aku senyum memandang Abah. Kelihatan Abah mahu memaniskan muka juga. Tapi hanya sementara. Muka tegasnya kembali.


"Abah bukan apa Yah, Abah kesian tengok Hanna tu. Dia perlukan kasih seorang ayah." Kelihatan Abah menarik nafas dalam. Sungguh dalam.


"Yah tak boleh menafikan haknya untuk mendapat kasih sayang yang lengkap dari ayah dan ibu walaupun dia hanya anak angkat." 

..........


Safiah melepaskan nafas berat. Peristiwa 2 tahun lepas masih segar di ingatan. Fikirannya melayang. Terbayang anak kecil yang menyejukkan hatinya. Hanna semakin membesar. Anak itulah buah hatinya. Anak itulah yang menceriakan hidupnya. Kerenahnya jangan dikata. Seperti anak-anak lain yang mahu membesar, seribu satu kerenah muncul setiap hari. Tapi, aku lebih rela melayan kerenah anak kecil ini jika dibandingkan dengan lelaki rakus di luar sana yang aku geruni selama ini.


Ya Allah. Bantulah hambamu. Jika masih wujud jodohku yang baik di muka bumi Mu ini Ya Allah, maka Kau pertemukan dan satukanlah aku dengan dia dengan cara yang baik.Tetapi, jika dia telah menyahut panggilan Mu dan telah kembali ke pangkuan Mu, maka panjangkanlah jodohku di syurga Mu Ya Allah. Aku berserah kepada Mu Ya Allah.


..........


Rutin setiap bulan masih aku jalankan sebagai anak yang solehah. Ibu bapa di kampung perlu dijenguk. Bertanya khabar. Bertukar fikiran. Meminta pendapat. Dan soalan cepu emas yang sudah ditahan oleh Abah sejak sekian lama terlontar jua.


"Dah lama sangat Abah tunggu calon menantu Abah pulang ke kampung kita ni."


"Abahhh...." Safiah menjerit kecil. Melayan jenaka Abah. Safiah memandang sekilas. Muka Abah ketat. Ternyata tegas Abah tentang soal jodohnya tetap sama seperti dahulu. Cuma mungkin selama ini hanya memberikan dirinya ruang untuk berfikir secara matang.


"Yah bukan tak cari Abah, Yah cari..." sambil tanganku mengelus lembut rambut Hanna.


"InsyaAllah, jika tiada halangan pihak keluarga Zaki akan hadir berziarah di rumah kita ni minggu hadapan" kataku  dengan yakin. Aku percaya ini jodoh ku. Allah telah tentukanNya.


"Alhamdulillahhhh..." Abah mengucap Hamdalah panjang.


"Terima kasih Yah," hanya itu ungkapan Abah, namun aku tahu kesyukurannya menggunung tinggi. Setinggi gunung Jerai yang sayup dipandang dari halaman rumahku. Abah mendakapku kejap. Sudah lama tidak begini. Ibu yang dari tadi memandang menitiskan air mata kesyukuran. 

  ............

Satu | Dua | Tiga

June 20, 2011

Kakak sayang seha!

okkeyyy..post tajuk yg agak menggelikan..hahah..
em, skali pandang agak la kan..tp cer dnnga dlu pe cer dgn tajuk cerita ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sebenarnye x tau nk mulakan dgn ape..sy ada sorg yg istimewa sgt sy sayang...sama taraf dgn my family...
ehem.ehem.sbnrnye ak x suka sgt bile ade org syg sgt2 kt ak...sbb ak ni insan yg lemah..mcm x layak sgt nk minta org syg ape lg mereka dgn rela hati mereka nk syg ak..

ni post org yg syg ak...kt FB ptg td...

2 minggu??..
hmm... masih buleh bertahan, hehehe
takpe.. yg penting Ah tahu, walau kt mane pun, jauh mane pun, tak dengar khabar pun.. saye kat sini sentiasa mengharapkan yg terbaik utk awak.. u know wat.. awak antara insan2 yg paling saya sayang.. 
ok sayang.. got to go, nk masuk kelas.. insyaALLAH ade mase kita chat g ye.. 

ak x sempat balas pon msg de...terus syahdu je...Semoga Allah merahmati kamu juga kak Fida syg!!
LOVE u!

p/s: scene kat atas tu berbunyi begini. akak fida bg kata2 semangat kt ak.ak ckp 2 mggu dah x dnga kata2 camtu (<--sbb kak fida cuti sekolah..kt umh xde line tenet.so, de x online) . n kak fida pon jwb la seperti jawapan diatas.

June 1, 2011

Counting times..

Assalamualaikum..

Post ini di buat ketika nak blik dr ofis..hhahahaha
npe jam lambat sgt kul 5..jahat kan ak..keje dah siap..malas nak cri keje lain..hehehe...

meh sambung cter meh...

k. as you already know (kalau tahu la..kalau x tahu klik sini)...sy dah 2 minggu disini..k ni masuk mggu ketiga..keje belambak ke???..ohhh..tidak..ak duk relak2 je goyang kaki kt PSZ ni..hehehehe..tade la..keje ade..tp xde la byk menggunung..kami (ak dan zam) di arahkan untuk menyiapkan sebanyak mungkin copy cataloging untuk bahan lampiran tesis PSM (projek sarjana muda)..Di UTM, PSM merujuk kepada kerja kajian yg dilakukan oleh pelajar2 sarjana muda sahaja..kalau di UiTM, kita pggil mende ni 'research'...n kt UTM ni kalau hasil kerja kajian oleh pelajar undergraduate (master n Phd) ia di panggil 'tesis'...

ok, balik kepada bahan lampiran PSM. Bahan lampiran ni adalah CD..jenis bahan ni di label sebagai CP...CP ni memudahkan pihak PSZ meng'digital'kan bahan mereka ni supaya mudah di akses oleh pelajar2..

kami wat copy cataloging je..input untuk PSM tu dah buat..yg belum lengkap lg hanya  dalam bentuk CP..so tugas kami adalah buat lg 1 rekod untuk CP..tukarkan rekod PSM yg sedia ada kepada rekod untuk CP...senang bukan?..heheh..senang memang la senang..tp agak remeh jgk la..sbb tu la tugas ni di beri kepada kami..sbb xde staff yg mampu buat, nak menghadap bende alah ni 1 persatu...dorg byk lagi kerja lain lg yg lebih penting...so, kami sebagai tenaga kerja tanpa gaji adalah jawapannya untuk masalah ni...baik x kami??...baik sikit la kan...

ok..masa dah time...jumpa lg lenkali ye..
Assalamualaikummm...chouuuu..

*latar belakang masa sebenar telah berubah sbb x sempat nak post petang td n waktu pejabat dah tamat..heheh  wink.wink.(^^,)