December 31, 2011

Azam?

Alhamdulillah..
beberapa detik lagi akan tiba lah 2012
tahun yang dinanti2 warga dunia..
walau tak digemari ramai, masa tetap akan berjalan..
terus berlalu..
kalau kita terlambat, masa tak akan menunggu..
masa akan teruskan perjalanan..

azam tahun baru?
azam saya datang tak kira masa..
yang pentingnya, bukan ditahun baharu..
biasanya azam saya berlaku di ulangtahun kelahiran..
ataupun bulan Ramadhan, Rejab dan Syaaban..
dan kebanyakannya berlaku sepanjang tahun..
mengikut kemampuan diri sendiri..

Alhamdulillah..
penghujung tahun 2011 saya dapat berada disisi emak.
kami berdua sahaja..ya, cuma berdua di rumah ni..
eksklusif bukan?? ^__^
insyaAllah..semoga Allah merahmati emak..
panjangkan umur emak supaya aku dapat berbakti kepada emak diakhir usianya..
juga diberikan yang terbaik untuk mak dan juga kesihatannya..
Aminnnnn...

Ya Allah..Kau permudahkanlah urusan ibuku..berikanlah kekuatan kepadanya..

December 5, 2011

Ajaib#2

Bismillahirrahmanirrahim..

Nak buat baik mmg senang..
nak pertahankan sentiasa jadi baik tu yg sangat susah..
Astaghfirullahal'azim..
Kata2 dari seorang kenalan,

Jihad yang paling utama bagi kita ialah melawan nafsu di dalam diri,
bukanlah ianya jihad di medan perang atau di mana2.

Melawan nafsu dalam diri bukan perkara mudah..
kadang2 kita terleka..
terlupa dan alpa..
bisikan2 halus syaitan pula menambah perisa..
Istighfar hanya dibibir..atau diminda..
tidak sampai ke hati dan berfikiran waras untuk bertindak..

Nafsu datang dalam pelbagai bentuk..
kadangkala tak terperasankan..
hmmm..

Ya Allah..bantulah aku..
memperbaharui setiap amalan..
supaya aku tidak leka..
supaya aku tidak bosan..
supaya aku terus teruja dan rindu melakukan amal kebaikan..
supaya aku dapat tigkatkan amalan..
dan seterusnya merasa manisnya IMAN..

lebih manis daripada donut2 yg ada dipasaran..

*doaku hanya padaMu ya Allah
*Aku temui sesuatu hari ini. Hanya dengan niat dan sedikit tindakan, Allah hantar mereka2 untuk membantu ku. Syukur Alhamdulillah.. Semoga semuanya berjalan lancar. Terima kasih Allah! Terima kasih adik2!

December 2, 2011

Langkah-demi-langkah

Bismillahirrahmanirrahim..

Jom buat origami~!
Saya suka buat origami.
em, sejak bila minat pon x perasan.

Ada seorang tokoh origami yang sy kagum.
eh, abang kot. pakcik macam tua sgt la plak..
ehhheeee..

yang menariknya, bila saya berminat dengan origami ni tak sangka pula adik beradik dan anak-anak saudara saya pun sangat berminat dengan origami ni.

buku origami yang saya beli dah sgt lusuh sebab dah kene bantai tiap2 kali mereka balik kampung.

saya tak kisah pun..bahagia kot buku yang kita beli digunakan sepenuhnya oleh orang disekeliling kita, lagi-lagi ahli keluarga sendiri.


ni la pakcik abang tu...

Sipho Mabona



[kredit]
 buku ni sangat bagus untuk peminat origami. buku saya dah tak de rupa cmni lagi dah. hahaha

Ok. sekian.

November 30, 2011

Projek ringkas

Bismillahirrahmanirrahim..

Seperti yang dijanjikan di post yang lepas saya akan tampalkan hasil projek ringkas saya di sini.

'Digital Camera Case'

[camera case]

digital camera pemberian kakak kesayangan..
kamera lama pun..kakak dah tak guna..sekarang saya yang guna..
terima kasih banyak!

p/s: okehh, saya tipu..saya yang minta kamera ni dari kakak sebab beliau dah tak guna..

November 24, 2011

Menghargai Ibu

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim...

dah lama teringin benar membuat entry tentang ibu. saya panggil ibu saya 'mak'.
tiap kali datang tarikh 'hari ibu' semua orang tidak kira di blog, facebook, atau mana-mana laman sosial membincangkan atau mengeluarkan kenyataan mereka sayangkan ibu mereka.
di tarikh tertentu itulah ayat-ayat manis keluar.
di tarikh itulah yang tidak tinggal bersama ibu baru tergerak hati untuk menelefon ibu.
hari-hari lain mungkin hambar.
atau ... tiada ingatan kepada ibu..
atau... merungut ttg ibu yg kurang 'sporting' yg x 'up-to-date'...
atau... dan atau...

tapi saya tidak gemar dgn tarikh tertentu itu...
sy jadinya tiada entry khusus yg mengingati hari2 tertentu...

teringin benar sampaikan kata "Saya sayang mak" tiap kali membuat panggilan ke kampung.
tapi lidah ini kelu..hanya ucapan dalam hati..tidak sampai ke pendengaran emak..
setiap kali..

ohhh..kuatkan lah semangat saya untuk sampaikan ini kepada emak..
sebelum semuanya terlambat..hmmmm

* entry ini dah sgt lama tersimpan dalam draft...baru hari ni ada kekuatan untuk publish.

Tenang

Repost blog from Majlis Ulama ISMA

Soalan:
Saya ingin bertanya ttg tafsiran ayat yg bermaksud "hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang"

Jawapan:
Apabila dirujuk kepada pentafsiran ulama tentang ayat:
Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat
Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.
(al-Ra`d:28)

Al-Mawardi mentafsirkan “zikrullah” dengan maksud ketaatan, balasan dan janji Allah SWT.
Sementara Ibn Asyur mengatakan “zikrullah” bermaksud perasaan takut dan menjaga diri dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan. Ia juga bermaksud al-Quran dan zikir dengan lidah.

Ringkasnya, “zikrullah” bermaksud kita menguatkan hubungan dengan Allah SWT dengan tunduk dan patuh kepada agamaNya dan pengertiannya tidak tertumpu hanya kepada maksud zikir dengan lidah sahaja.

Boleh dikatakan, kebanyakan manusia yang mengalami tekanan jiwa atau sakit jiwa disebabkan hubungan mereka dengan Allah SWT amat jauh. Oleh kerana itu umat Islam jarang sekali yang menghadapi tekanan jiwa, sebagaimana yang berlaku kepada umat manusia moden hari ini, kecuali gaya hidup umat Islam tidak jauh bezanya dengan orang bukan Islam. Allah SWT berfirman:

Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada).
Ibnu Abbas mengatakan kalimah “sakinah” dalam al-Quran ditafsirkan dengan “tama’ninah” (ketenangan ).

Tabiat atau fitrah jiwa manusia akan merasai ketenangan:
  • Ketika ia bergantung dan berhubung dengan kuasa yang Maha Agung Allah SWT.
  • Ketika ia mengetahui kehidupan di dunia untuk menikmati nikmat Allah SWT
  • Ketika ia meyakini ia akan kembali selepas kematian bertemu dengan Penciptanya
  • Ketika ia meyakini kerugian mengikut kacamata dunia akan diganti pada hari akhirat
  • Ketika ia mengetahui Allah SWT akan menolongnya dalam setiap situasi, sama ada kesenangan bagi menambahkan kebaikan atau kesusahan untuk menyelamatkannya.

Allah SWT berfirman:
Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan
penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta
rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan
rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya
itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". (Yunus 57)
Wallahu a`lam….

Rujukan:
Tafsir al-Qurtubi
Tafsir al-Mawardi, Ibnu Asyur
Al-Maktabah al-Shamilah
Islamonline.

November 23, 2011

Kek coklat

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim

22 November 2011

Hari cuti bagi rakyat Johor..
Saya??..saya menumpang cuti rakyat Johor.
Memang hari cuti yg me-nyaman-kan..
Tapi malangnya tiada perancangan..
Dari pagi cuba untuk merancang apa yang patut dilakukan di hari cuti..
hmmm..sampai ke tengahari masih buntu sambil berguling-guling atas katil..  hehehe..
Perancangan berziarah ke tempat-tempat menarik tidak berjaya dilaksanakan..

Terfikir perkara-perkara yg telah lama tertunda
"Kek coklat!!"

Bahan-bahan dah cukup di dapur.
Tinggal gerakan tangan dan kemahuan untuk melaksanakan sahaja..
tangguh2 memmang tak jadi kan..
taraaaaa...

[kredit]

Alhamdulillah..
dalam masa yang sama boleh je nk masak untuk makan malam..
hmm..nk seribu daya kan..
selama ni bertangguh memang 1 kerja pon tak jalan.
dan saya teruskan semangat "rajin" kononnya itu dengan memulakan projek jahitan yang tergendala juga sekian lama..
kesian makcik Atika..kene tunggu hadiah hari lahir yang tak siap-siap lagi..

dan belum pon siap projek untuk makcik tu oleh kerana ketandusan idea..muncul satu lagi projek..hehe..
projek ringkas je.
70 peratus siap..nanti jika berjaya saya bakal  ditampal di sini..
InsyaAllah...

* Maaf  beb. aku cuba siapkan secepat mungkin ye..harap ko faham..

November 6, 2011

Jawab soalan tag ^_^ <-- nevess!

Bismillahirrahmanirrahim..

ada kejutan (surprise!)

cik melissa menge'tag' sy dlm post baru di journal barunye Melissance: the latest part of renaissance

maaf mel sbb sy x dpt nk penuhi semua rules yg perlu untuk join tag ni..sy jawab soalan2 mel je k.

ohh..sblum tu ni adalah 11 perkara ttg saya.
1. saya suka warna biru.
2. saya suka nama beribiru instead of blueberry..sbb rasa real blueberry x sedap sgt pon..nama beribiru je yg sedap.
3. susah nk rapat dgn other gender lagi2 yg sebaya. i have another feeling yg x boleh elak. so, lebih baik sy jauhkan diri sahaja..hehe..tp klu lebih muda atau jauh lebih tua sy ok je.
4. haiwan yg sy suka.suka sgt!..kucing.kambing.burung undan.itik.rusa dan spesis2nya. heheh
5. kad pengenalan sy belum tukar2 lagi sejak darjah 6...haha
6. dalam keluarga ramai adikberadik perempuan berbanding lelaki.
7. suka duduk kampung tp sekarang ni belum ade rezeki lagi nk menetap di kampung.
8. dulu sy allergic dgn seafood. tp sekarang alhamdulillah, skrg dah boleh mkn seafood dgn jayanya..tp masih berjaga2 takut tiba2 dpt alahan lebih teruk drpd sblum ni.
9. sy menjadi sgt sensitif bila ada org yg caring dgn sy.  hekk!  ya ni kisah benar..
10. suka panjat pokok manggis (dulu2..tak tau skrg larat lagi ke x...hahaha)
11. pokok2 dan gunung ganang salah satu sumber kekuatan sy..sgt kagum!..alahhh..ade lg 1 nk bgtau, sy sgt suka pisang terutamanya pisang berangan...pernah suatu ketika sy hampir2 kemalangan dek kerana terlalu asyik dgn pisang berangan..tp bukan berangan2 ye..hehe

haihhhhh..akhirnya..habis juga...

ok, sekarang sy jawab soalan mel ye...


1. What kind of girl/guy that you find attractive?

lelaki: janggut sejemput kt dagu (ahhaaa..sila gelak!), rambut kemas, n lagi 1 sy suka perati kuku org yg sedang sy berinteraksi...kuku yg terpotong rapi pon attractive!...lagi 1, suara....kalau suara serak2 basah, ayyooo..boleh melt tauuu..hahah..tp kne control..behave..hahaha

perempuan: muka keibuan (really, sy mmg suka tgok muka ibu2 ni..sejuk je tgok..), bentuk kuku dan gigi..hehe


2. Kalau korang suka a girl/guy, korang bagitau terus ke atau diam diam sudehhh?
diam2.

3. korang rasa kalau korang ni lelaki/perempuan, nama korang agaknya apa?
hamzah

4. Do you think there’s somebody out there that adores you and wanted you to be his/her partner for life (eventhough now you are with somebody else)?
yes. who knows?..yaaa.. Allah knows!

5. What kind of cartoon TV shows that you used to (or still) like, till today?
dulu, cardcapter sakura n sekarang, powerpuff girl..

6. What is your dream, and do you think you can achieve it?
nk buka ladang komersial untuk kambing2 sy. hahaha

7. Do you have any crush? Hehe
dulu ade. dr form 1 sampai form 3. lepas tu serik dah. dan nekad tak mau dah nk sebuk2 ade crush or boyfie..sy hanya cari seorang lelaki bernama suami..(maksud ayat, benar, tp susunan ayat yg x tahan tu..hehehe)

8. Is it okay for people to cheat on you? I mean, sampai you rasa dikhianati sangat sangat.
sy tak akan biarkan perkara ini berlaku dlm hidup sy. kalaupun berlaku dan org lain melihat ia sebagai khianat, sy sgt berharap dpt melihat ianya adalah satu ujian atau dugaan dariNya

9. What kind of music do you like?
nasyid.selawat.

10. do you fall sick easily?
nope. alhamdulillah.

11. What does your name means?
cahaya yang fasih bercakap

October 25, 2011

Kek coklat moist



Assalamualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahin

eh, kek coklat la..
hehehe..

"yusof, benda kalau kau tak buat tak akan jadi."

wahhh..tag line tu la yang sangat terkesan di hati..
lepas beberapa hari tengok video ni saya terus berazam untuk mulakan buat kek coklat
mesti kena mulakan!
jadi atau tak jadi lain hal.

jadi, untuk mulakan projek ni saya meminta bantuan pakcik google untuk dapatkan resepi paling ringkas untuk buat kek coklat.

dan ada jumpa 1.
ni dia....
TARAAAAA....
.
.
.
.
.
.
ehhh..tak payah kongsi la..
sebab saya dah buat kek yang ni tapi tak jadi.
eh, jadi. tapi sangat keras ishhh....tak jadi la tu
oke tak salah kan resepi
tapi salah saya sebab sukasuki je tukar resepi
hahaha.

lepas tu kena marah dengan kakak
"orang amatur macam ko kena la ikut resepi, pro buat kek pon kadang kadang jadi kadang kadang tak. pe lagi ko yang baru nak belajar ni..."
haihh..
saya sengih je.

^_^

okkkeyyy..lepas ni kena cari resepi yang lebih mantap dan tak mau dah sukasuka tukar resepi.

sasaran saya adalah.....
my lovely sister..
puan hanifah the bakersssss...
kalau kalau ada yang berminat boleh la menempah ye...
okeh, sila la baca belog kakak kesayangan untuk maklumat lanjut (kelik di nama kakak kesayangan)

ni resepi kek coklat moist dari kakak kesayangan..


Bahan A
1 ¼ cawan tepung
1 cawan gula
1 cawan sebuk koko
1 sudu baking powder

Bhn B
1cwn koko
1 cwn gula
1 cwn minyak/butter cair
1 cwn susu cair
½ cwn susu pekat manis

3 biji telur. pecahkan dan pukul sampai berbuih.

Ayak tepung dan bahan-bahan A

Masukkan bahan B dan panaskan dalam kuali.sampai larut semua bahan

Masukkan campuran coklat (bahan B) dlm telur. Kacau sebati.masukkan tepung (bahan A).kaup balik sampai rata.
Masukkan Loyang bakar 180. 30-40 minit.

Topping

1. Potong coklat kecik2. Susu segar panaskan jgn sampai mendidih. Tuang atas coklat. Masukkan butter.

2. Serbuk koko + susu pekat manis + butter. Double boiler. Kacau sampai rata. 

kalau berminat nak cuba dipersilakan ye kawan-kawan!
jangan malu2.
saya dah cuba ke??
ehhh hehe, belum lagi..
insyaAllah akan mencuba dalam masa terdekat ni..
doakan saya!

*resepi ringkas dan macam campur2 je arahan tu. tapi kalau boleh faham baguslah!

October 24, 2011

Bukan untuk diri sendiri

Aku kini hidup bukan untuk diriku.

Menjaga diriku sebaiknya untuk menyampaikan kabar berita kesihatan yang baik kepada ibu setiap kali membuat panggilan ke kampung.

Menjaga kesihatan dan perasaan yang gundah untuk pastikan bila berbalas kata di mukabuku atau membuat panggilan video dengan kakak saya boleh menjawab dengan baik.

Berahlak mulia dan menjaga hubungan Allah dan manusia ku dedikasikan khas untuk bakal teman hidupku dan zuriatku.

Ya Allah. tiada lain. itu lah matlamat hidupku.

October 5, 2011

TIP PERKAHWINAN

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Repost from page syahirul dot com di fesbuk



TIP PERKAHWINAN

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

... 2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mengsia-siakan doa mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.



p/s: eh, mestilah..sy nak jadi isteri yang baik dan ibu yg baik untuk anak2 saya kelak..InsyaAllah..
Mari kawan2 kita mulakan langkah untuk jadi wanita solehah mulai dr sekarang..yang dah mula tu baguslah..n yang dah berumahtangga tahniah! teruskan perjuangan anda...osemm!

:: menjadi penyejuk mata suami, prosesnya bermula hari ini ::

October 2, 2011

Bincang

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya terfikir nak bincang 1 perkara ni..
harapnya ada respon dr pembaca (eh, ade pembaca ke?..hehe)..
harap je la..saya tak paksa ye..
sebelum tu saya terfikir untuk bangkitkan perkara ni ada 2 sebab..

Sebab 1.

Saya terbaca atau membaca 1 artikel yang di tulis oleh Inche Gabbana @ belog nya Angel Pakai Gucci..
dan pendapat tu pun hasil respon dr sahabat nya..mereka berbincang ttg semangat yg menurun untuk berdakwah..

sahabat beliau berkata..

tu lah tu
biasanya awal2 dulu sangat ruhi
dah lama tu, payah plak nak sambil buat tu, ruh ada skali
dah macam rutin kan
macam anta menulis
ana buat video
dulu keruhian tu datang sendiri
sekarang ni, kita la plak kena kejar
pasal nak jaga hati tu kan
bagi ana pun, rasanya cabaran yg paling besar rasanya
tapi tu lah, bila pikir balik, benda yg kita buat ni, memang akan menarik follower yg ramai
dan itulah yg kita nak dan perlukan
audience
dah banyak audience, fofuler la pule
tapi kalu tak fofuler, tak berkembang plak dakwahnak tak nak, terpaksa bertarung dengan hati yg selalu sgt rasa best bila orang kata eh itu inche gabbana!


Sebab 2

Saya pernah mengalaminya dan sedang mengalaminya juga..(tp sy bukan da'ie tegar..masih juga merangkak mencari diri dan sedang berusaha menyampaikan yg termampu kepada org disekelilingku..)
x sangka ianya berlaku juga dlm diri para da'ie.. (yg saya kira tegar ini)

dan artikel yg di tulis en. gabbana menguatkan sy untuk menulis ini..

Okey, kita terus kepada perkara yg nk dibincangkan td.

Perkara


Okey mungkin ade dah yg faham perkara ni bila sy keluarkan quote dr belog en. gabbana tu..
Bagi yg belum paham, sy sebenarnya nk mengutarakan ttg keteguhan dan istiqamah kita dalam beribadah dan melaksanakan perintah Allah..macam mana nk hadirkan ruh itu..

Ia nya bukan suatu yg mudah..
Makhluk seperti sy ni pun liat nk melaksanakan n mencapai tahap yg kita akan rasa kemanisan tu..
apa lagi nak istiqamah..

Okey, dalam kita mencari kemanisan dan keindahan tu
pasti ada yg pahit dan perit yg akan berlaku..
menangis..
mengadu..
memohon...
dan teruskan doa..doa..dan doa..
InsyaAllah ia nya akan berkesan..dan dipermudahkan

Dan istiqamah itu akan otometik dtg dgn hati yg rela bukan?
dan semua urusan dipermudahkan...
ade juga urusan2 yg mencabar yg kadangkala kurang mudah ditempuhi..
tapi atas sebab kita faham dgn konsep takdir..hamdalah sentiasa bermain dibibir...
Alhamdulillah..

Apabila istiqamah itu telah berlaku dlm diri anda akan merasa anda perlu menyebarkan dan berkongsi dgn apa yg anda rasa dgn orang yg berada disekeliling..
yg paling mudah contoh nya di blog anda
di laman Mukabuku anda
yg juga mempunyai Twitter tidak ketinggalan..
Tumblr juga..
berkongsi soalan di Formspring..
dan macam2 lagi lah alternatif lain untuk anda berkongsi...

Tapi (<-- ini persoalan utama)
Pernahkah anda merasa apabila anda telah menyebarkan dan berkongsi pelbagai ilmu yg pernah anda miliki ini, semangat dalam diri untuk beristiqamah dan beribadah akan berkurangan..
yup, berkurangan...

tidak sehebat sebelum anda berkongsi semua ilmu2 itu....

dulu kuat untuk bangun solat malam..
tapi kini hanya kehendak..tiada pelaksanaan..

dulu kuat untuk bangun awal pagi sebelum subuh..
tapi kini bangun hanya sekadar sempat untuk solat subuh..

dulunya diperhati setiap gerakan dan basuhan dalam wudhu'
tapi kini asalkan basah anggotanya..

dulunya gentar dan takut jika terlewat untuk solat..
tapi kini solatnya tiada penjagaan masa yg tetap..
hanya asalkan-sempat-solat..

Astaghfirullahal'azim

Nauzubillahi min dzalik..

Ya allah jauhkan aku dari sifat buruk itu Ya Allah...
Tetapkan lah hati ku Ya Allah..

Pernahkah anda?...

Aku sedang melalui fasa itu kawan2..
aku takut...
pernah juga terlintas di hati
"Ini mungkin ujian halus yg Allah hantar untukku menjadi lebih baik di masa akan datang"

Tapi..tapi aku takut untuk hadapi..jika aku tidak kuat dan terus menerus dgn amalan yg semakin berkurang..
Sedangkan dunia dan usia semakin pendek..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ya Allah
Jangan Engkau palingkan hati ini setelah Engau beri hidayah
Aminnn

{T__T}

September 27, 2011

Bercinta..eh?

Assalamualaikum wbt..

Tajuk hot arini..
hahaha..

Bercinta
Bg yang tak pernah mengalaminya pasti teruja..teringin..

Yg pernah rasa sakit nya juga tak pernah serik..
katanya itu nikmat bercinta..
haha..(yekk<--ini pendapat aku)

Tapi sedarkah kita perasaan cinta itu sebenarnya membunuh..
membunuh masa kita dgn berimaginasi..
membunuh perasaan suci yg lahir dr hati..
hati menjadi gelap dek kerana cinta yg x suci itu..

Cinta,
Seharusnya bersandarkan Allah SWT..
cinta kan manusia kerana Allah..
Pasti Allah akan sampaikan cinta tulus mulus yg lahir dr hati yg halus itu kepada yg paling layak dicintai
Dan pastinya ianya lebih indah dari cinta2 duniamu..

Rebutlah cinta hakiki itu..ayuh!

*kawan2 ex-sekuliah mendakwa sy sedang hangat bercinta..
Beristighfar panjang mendengarnya..bermain cinta itu bukan diriku..
Ya Allah...dekatkanlah aku dgn cintaMu..Amin..

September 23, 2011

Ajaib#1

Bismillahirrahman ar-rahim

Assalamualaikum wbt.

Semenjak 2 menjak (lebih tepatnya selepas raya) ni hati tak tenteram..
berdebar sentiasa..
apa maksudnya ye?

saya tertanya2..walaupun sbnrnya dah ade jawapannye..
kenapa?
sbb sy tak sepatutnya berasa begitu..
atau berperasaan begitu...
dari hari ke hari sy mencari jawapan..
apa yg patut sy buat..

mggu pertana berlalu dgn penuh resah gelisah..
sy biarkan...
n terus biarkan..
tp bertambah parah

perasaan makin x keruan..
nk luahkan tak mahu..
kalau luahkan takut..
tak luahkan sakit..
n takut juga kalau luahkan bertambah sakit..

Alhamdulillah..
dalam tempoh ku hadapi kegelisahan ak masih ada kesedaran untuk terus memohon dr yg Esa
mohon dan terus mohon..

2 hari lepas ak telah berjaya melepaskan beban didada tanpa menyakiti mana2 pihak..
baik pihak diri sendiri
mahupun mana2 pihak lain..

dan pastinya dgn cara yg amat mudah..
tp selama (rasa gelisah) ini ak x perasan akan cara yg satu itu..
padahal ak selalu apply bende alah tu dlm kehidupan seharian..

Alhamdulillah..
Allah ilhamkan lagu itu untuk ak mengurangkan beban didada
dan ianya berkesan..

aku yg setelah berminggu2 x mampu untuk berkongsi apa2 di wall FB,
tp pada malam itu, lebih 5 item  ak share di wall FB..eh, item ke?..hhahaha..pape je la....
n itu lah tandanya ak sudah normal seperti biasa..(hahhahaha...cm pelik je kan tanda2 ni..)
Alhamdulillah... (^_^)

*jadikan lah FB untuk perkara2 kebaikan dan menambah ilmu..

Walaupun ceritera di atas kurg transparent, tp ak harap ada yg memahami..
apa yg aku ingin sampaikan adalah kerja mesti cukup jam...ehh, ape ak merepek ni..hahah

ok2..yg penting kita wajiblah berserah kepada Allah atas apa yg telah kita usahakan.
Pasti ada jalan yg lebih baik untuk kita selesaikan masalah tanpa menghiris hati mana2 pihak..n sori sbb sekejap ber 'sy' jap lagi ber 'ak' plak..hahah

.
.
.
.
.
.
.
.

hahhhhhh, lega nyeeeee.... (^_^)v

September 20, 2011

Syarat Menjadi Isteri Solehah


repost from Akhawatul Muslimah TPP


Menjadi wanita solehah akhir zaman ini satu perkara yang tidak mudah, tetapi ia bukan satu yang mustahil.
Untuk menjadi isteri yang soleh, seorang mesti ada tujuh syaratnya :-

1. Mesti ada hidayah dari Allah
Hidayah merupakan anugerah Allah. Sekali pun seorang yang duduk di samping suami yang soleh, jika tidak ada hidayah maka seorang itu tidak akan menjadi orang yang baik. Jika seorang itu diberi hidayah oleh Allah, sekalipun dia duduk di samping suami yang jahat, dia tetap baik seperti Siti Asiah. Di dalam al-Quran Allah telah menceritakan hal ini [2]:-

Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)".


2. Mesti ada niat untuk menjadi isteri yang solehah
Niat memainkan peranan yang penting di dalam menjadikan seeorang itu baik atau tidak. Jika seorang itu tidak pernah berniat menjadi baik, maka dia tidak akan dapat merubah dirinya ke arah yang lebih baik. Di dalam al-Quran Allah menyebutkan bahawa :-[3]
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri

3. Mesti taat kepada suami
Mentaati suami merupakan perkara yang wajib selagi tidak melanggar syariat Allah. Di dala hadith Rasullullah S.A.W telah menyatakan [4]

Dari Ibnu Umar R.A dari Nabi S.A.W dia telah berkata, mendengar dan taat adalah hak (yang perlu ditunaikan) selagi tidak diperintahkan untuk maksiat, apabila telah disuruh kepada maksiat maka tiada lagi hak mendengar dan taat


4. Mesti ada sifat-sifat isteri yang solehah
Isteri yang soleh mempunyai sifat-sifat keibuan walaupun terhadap suami. Ia membelai, mendengar, menghargai dan berada di sisinya seolah-olah telah cukup segala yang ada. Rasullullah menggambarkan keadaan isteri yang sebegini dengan hadithnya yang berbunyi :[5]-


Dari Abdullah bin Amru bahawa Rasullullah S.A.W telah bersabda, dunia itu merupakan perkara yang menyejukkan, dan sebaik-baik perkara yang menyejukkan adalah perempuan yang solehah


5. Mesti ada amalan-amalan isteri yang solehah
Isteri yang solehah akan membuat perkara-perkara yang menyenangkan suaminya. Di dalam satu haditu Rasullullah S.A.W telah bersabda [6] :-


Dari Abi Ummah dari Nabi S.A.W bahawasanya baginda bersabda, tiada perkara yang paling menyenangkan bagi seorang mukmin selepas taqwa yang lebih baik dari seorang isteri yang solehah. Jika dia menyuruhnya isteri itu akan mentaatinya jika dilihat padanya maka isterinya itu amat menyenangkannya dan jika dia memberi isterinya itu akan menghargai dan jika dia tiada isterinya itu akan menjaga diri dan hartanya.


6. Mesti meletakkan Allah s.w.t dan Rasul sebagai sebagai cinta pertama
Perkara ini perlu kerana jika seseorang mencintai suaminya lebih, jika tiba-tiba suaminya itu berbuat sesuatu kesalahan atau kekurangan, maka dia boleh melawan dan derhaka kepada suaminya itu, sedangkan dia taatkan suami bukan kerana suami tetapi kerana Allah yang menyuruhnya. Banyak orang yang menderhakai suami di atas alasan jahatnya suami.
Yang kita mahu adalah keredhaan Allah. Oleh yang demikian kita taat suami kerana mahukan kasih sayang Allah, nanti Allah akan anugerahkan kasih sayang suami itu sampai akhirat. Di dalam al-Quran Allah ada menyatakan [7]:-


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani


7. Berdoa
Hidup kita tidak boleh lekang dengan doa. Kepentingan doa menjadi orang yang baik amat perlu. Ia perlu dipohon setiap hari. Oleh kerana pentingnya doa ini, Allah telah mewajibkan kita membaca satu doa setiap kali kita bersembahyang. Jika kita tidak membaca doa ini, maka tidak sah sembahyang kita. Doa itu berbunyi :-[8]

Tunjukilah kami jalan yang lurus

Oleh yang demikian, untuk menjadi isteri yang solehah, seorang isteri itu perlu mendoakan dirinya. Bagi seorang suami pula, mereka perlulah mendoakan isteri mereka agar menjadi isteri yang solehah.
Jika orang tua-tua kita pernah berkata, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, maka saya ingin menambah, sayangkan isteri doa-doakan.
Ini kerana, doa suami akan membantu perubahan diri isteri dalam usaha mereka untuk menjadi isteri yang solehah.


[1] hadith riwayat Muslim
[2] Surah at-Tahrim ayat 10
[3] Surah ar-Ra’du ayat 11
[4] Hadith riwayat al-Bukhari
[5] Hadith riwayat Muslim
[6] Hadith riwayat Ibnu Majah
[7] Surah Ali-Imran ayat 31
[8] Surah al-fatihah ayat 6

September 4, 2011

Manisnya menundukkan pandangan.


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum



‘ Sedapnya makanan di sini’.  Kita memuji sambil menyuapkan nasi ke mulut. Persekitaran yang bersih dan nyaman menambahkan lagi keselesaan kita menjamu selera.  Bukan itu sahaja, terdapat perkara yang lebih utama menyebabkan kita dapat menikmati kelazatan sesuatu makanan.  Iya! Badan yang sihat dan lidah tiada masalah. 
Begitulah perumpamaan kalau kita punya hati yang sihat.  Bersih pula.  Sudah tentu apa sahaja perintah dan larangan Allah dapat dirasai kelazatan melaksanakannya.  Hati yang sihat dapat merasakan manisnya iman. Indahnya taqwa.  Berdebar-debar hati tatkala disebut nama Allah.  Itulah tanda cinta.  Selagi kita tidak merasakan demikian, percayalah bahawa jiwa kita sedang sakit.  Apatah lagi apabila mendengar suruhan dan larangan Allah, hati memberontak.  Susahlah…”.  Malaslah…’  Itu simpton hati kita yang sudah dijangkiti virus.   
Bila badan tidak sihat, sudah tentu kita akan mencari ubatnya.  Ubatnya pula mesti sesuai dengan jenis penyakit.  Tersilap ubat, menambahkan lagi penyakit.  Tak pun… terus KO!.  Na’uzubillah.  Begitu juga hati kita.  Kenal pasti dulu penyakitnya.  Kemudian baru dapatkan kaedah rawatan dan ubat yang sesuai. Sebagai contoh;  Kita punya penyakit kedekut.  Kita pun mulalah bangun tahajjud setiap malam untuk membuang penyakit tersebut. Sedangkan kita tidak pula cuba-cuba ‘transfer’ akaun kepada individu atau badan yang memerlukannya.  Natijahnya penyakit kedekut kekal melarat pada diri kita.  
 Ambil cara mudah, kalau kita ternampak iklan mohon derma atau datang si fakir meminta sedekah, hulurkan sahaja apa yang ada di tangan.  Mula-mula memang kena paksa dulu.  Alah bisa tegal biasa.   
Penyakit Seks 
Akhir-akhir ini, kita sering dihadapkan dengan masalah dan penyakit berkait zina.  Dari sekecil-kecil skandal seperti yang menimpa orang awam (kena tangkap khalwat) hinggalah sebesar-besarnya (dapat VCD percuma aksi seks menteri).  Hebat.  Memang cukup hebat.  Kalau dulu terpaksa cari secara sembunyi-sembunyi pita video atau VCD lucah.  Hari ini diberi percuma tanpa diminta.  Kalau dulu hanya pelacur kelas bawahan yang berlakon (?) aksi seks. Hari ini profesional bertaraf menteri pun mahu merasa kerjaya yang jelik itu. Belum lagi dikira acara bebas melayarinya di internet.  
 Islam mempunyai kaedah  mencegah lebih baik dari berubat’.  Justeru dalam merawat penyakit zina ini, Islam menganjurkan ummatnya lelaki dan wanita supaya menundukkan pandangan.  Menundukkan pandangan bukan bererti menundukkan kepala sehingga berjalan terlanggar tiang! 
   Allah perintahkan kita melalui ayat 30 surah an-Nur,
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan merekaYang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.’ 
Ayat seterusnya yakni ayat 30 surah yang sama menitahkan pula kepada kaum wanita,
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka serta janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya’ 
Allah perintahkan kaum lelaki dahulu supaya menjaga pandangan.  Kemudian barulah diperintahkan kaum wanita supaya memelihara pandangan mereka serta menutup aurat.  Ia membuktikan bahawa lelaki sebenarnya mampu mengawal pandangan mereka walaupun terdapat wanita yang tidak menutup aurat di hadapannya.  Allah tidak membebankan hambaNya dengan perkara yang tidak mampu dilakukan.  Selebihnya bergantung pada hati kita sendiri, mahu atau tidak.   
Menundukkan pandangan ialah mengalihkan pandangan daripada melihat perkara yang diharamkan Allah.  Lagi pula, seperkara yang kita perlu sedari mata kita bukan milik kita.  Pinjaman sahaja dari Allah.  Ibarat kita meminjam barang orang.  Bolehkah kita menggunanya sesuka hati kita?. Selepas pinjam, kita hantar sambil mengucapkan terima kasih.  Begitu juga dengan mata. Kita guna ikut cara yang diredai Allah.  Itu tanda terima kasih kita sebagai peminjam.  Sampai masanya, kita terpaksa pulangkan semula nikmat tersebut.  Sama ada di dunia lagi seperti menjadi buta (minta dijauhkan Allah) atau setelah hayat berpindah ke alam barzakh. 
Pintu masuk kepada ‘kawah api’ zina ini bermula dari pandangan.  Dari mata jatuh ke hati.  Sebab itu Rasulullah menegah kita mengulangi pandangan pada tempat yang diharamkan.  Haram bererti ‘penyakit’ atau dosa.  Kalau pun kita merasa ‘lazat’ pandangan tersebut… hakikatnya ia adalah simpton bahawa hati kita sedang sakit.  Keseronokan syahwat bersifat sementara dan mengundang pelbagai bala.  Bala pertama ialah hilang ketenangan jiwa.   Hati yang sihat secara automatik menolak perkara-perkara jelik dan hina.  Tiada rasa ‘syok’ atau ‘best’.  Sebaliknya merasa benci, loya atau mual.  Seperti kata Tok Guru Nik Abdul Aziz suatu ketika dahulu (lebih kurang beginilah bunyinya),  
‘ Perempuan yang keluar tidak menutup aurat dan berhias-hias tidak menurut syarak hakikatnya iblis.’ 
Jangan salah sangka pula.  Kata-kata di atas hanya perumpamaan Tuan Guru yang bersifat ‘mursyid’ dan ‘murabbi’ agar kita tidak merasa seronok melihat perkara yang diharamkan.  Bayangkan disebalik wajah dan bodi yang tidak menutup aurat itu, iblis sedang menjelirkan lidahnya menyorak kebodohan kita mengenepikan larangan Allah.  Manusia hanya alat iblis untuk melalaikan kita dari mengingati Allah dan mengabdikan diri kepadaNya. 
  Allah yang mencipta kita mengetahui dan sangat memahami kegemaran kita.  Justeru Dia menjanjikan nikmat atau kelazatan yang jauh lebih umph! Allah menyebut dalam ayat 40 dan 41 surah al-Naa’ziaat,   Sesiapa yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya. 
Di syurga itu ada bidadari.  Kalau kita diperlihatkan dengan seorang sahaja dari bidadari itu, nescaya semua perempuan di dunia ini kelihatan hodoh belaka. Yang cantik hanya perempuan solehah.  Hanya perempuan beriman dapat mengalahkan kecantikan bidadari syurga.  Fikir-fikirkan…
Berikut adalah kelazatan, kenikmatan, keseronokan, keindahan, kemanisan akibat menundukkan pandangan;
  1. Menunjukkan bahawa seseorang patuh pada perintah Allah.  Akibatnya dia dapat merasa puncak kebahagiaan seorang hamba di dunia dan di akhirat.   Allah akan mengganti keseronokan syahwat dengan ketenangan jiwa, kesenangan dan kegembiraan hati yang sangat lazat.
  2. Dapat menangkis anak panah berapi syaitan dan sangat beracun, yang mana semuanya mengakibatkan kemusnahan moral manusia.
  3. Dapat menghiasi hati dengan cahaya serta melenyapkan kegelapan pada wajah dan anggota badan.
  4. Menyuci hati dari akibat sedih.  Orang yang tidak mahu menundukkan pandangan di dunia akan kekallah dia dalam kesedihan.
  5. Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat membezakan antara yang baik dan buruk.
  6. Membuka pintu pengetahuan, iman dan makrifat kepada Allah serta peraturanNya.
  7. Mewariskan keteguhan hati dan keberanian.
  8. Menyucikan hati dari syahwat yang tersembunyi.  Seterusnya menawan nafsu untuk disalurkan pada tempat yang betul dan diredai Allah.
  9. Membebaskan hati dan minda dari berangan-angan tinggi.
  10. Menguatkan dan meningkatkan daya berfikir.  Seterusnya mewarisi sikap waspada terhadap akibat buruk yang akan berlaku dalam setiap tindakan.
  11. Mengurangkan sikap lalai.  Sekaligus dapat meningkatkan hubungan dengan Allah dan cintakan kampung akhirat.