January 18, 2013

Doa Ibu

Assalamualaikum wbt.

Pernah dengar atau pernah tahu tak tentang doa ibu yang sangat makbul tu?

Semalam baru sahaja membaca buku tulisan Ustaz Hasrizal-'Secangkir Teh Pengubat Letih'. Ada terselit tentang doa ibu yang mana ibu memberi kebenaran atau pun tidak untuk kita melakukan sesuatu perkara tertentu. Hmmm.. Sangat tersentuh dengan bab yg Ust Hasrizal tulis tu.

Saya juga pernah mengalami perkara yang sama. Allah
Saya rasa bersyukur sangat sebab Allah balas cash segala apa yang saya lakukan terhadap mak.
Mungkin sahaja ibu tidak mendoakan yang buruk-buruk tentang si anak.
Tapi ketidaksenangan hati mereka terhadap apa yang kita lakukan adalah tanda tidak setuju mereka secara halusnya.

Merungut

Mak suruh membasuh pinggan. Saya tak mahu.
Tapi buat juga dengan berat hati.
Sambil buat sambil merungut
Selesai membasuh angkat semua pinggan dan cawan susun di rak pinggan.
Tanpa saya sedari cawan yang saya pegang ditangan terlepas.
Jatuh dan pecah. Berkecai.
Masa tu memang rasa serba salah sangat sebab buat sesuatu yang mak suruh tetapi merungut-rungut.

Tertinggal bas

Peristiwa pecahkan gelas banyak kali berlaku.
Tapi tak pernah nak dengar kata.
Allah, tabah sungguh mak melayan kerenahku.
Dan ia tak habis disitu.
Dan ini ku rasa kemuncak kedegilan saya.
Suatu hari dihujung minggu, minta kebenaran untuk keluar bersama kawan-kawan.
Tujuan keluar (hangout) tidak jelas.
Hanya untuk berjalan-jalan tanpa tujuan yang penting.
Emak melarang.
Tapi saya berkeras juga untuk keluar.
Allah itu Maha Adil.
Allah mahu tunjukkan kemakbulan doa ibu itu.
Saya tidak dapat pulang kerumah lewat petang itu kerana tertinggal bas terakhir yang masuk ke kampung.
Saya secara terpaksa menebalkan muka dan menahan telinga menelefon rumah untuk minta bantuan daripada kakak saya yang berada dirumah ketika itu untuk mengambil saya di pekan.
Hari telah lewat petang.
Saya menangis kerana bersendirian ketika itu.
Hari mulai gelap.
Setibanya dirumah, saya tak mampu untuk meminta maaf daripada emak.
Tak mampu memandang muka emak yang saya tahu ketika itu sedang marah.
Allah.

Serik

Alhamdulillah.
Selepas peristiwa itu saya menjadi lebih mendengar kata.
Kalau nak melakukan sesuatu saya akan pastikan kebenaran dari emak dahulu.
Selepas itu sehinggalah kini, apa-apa yang akan ku ambil tindakan yang besar pasti saya akan meminta pendapat dari mak dahulu.
Dewasa dah, tapi saya masih dalam tanggungjawab mak.
Jadi apa-apa berlaku saya masih perlukan emak untuk bertanggungjawab untuk saya.
Oh sebak pun ada semalam semasa membaca.
Semoga Allah ganjarkan emak dengan syurga dan mengampunkan segala dosanya.

P/s: saya juga sedang bertatih untuk kearah persediaan menghadapi Baitulmuslim. Tapi calon non hado lagi. Acane tu? ;)


1611
18012013
Nusajaya

No comments: