January 29, 2014

SK Jugra

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Maaf sudah lama tidak update di sini. Setiap kali posting setiap kali tu minta maaf. Keadaan semasa tak benarkan aku menulis banyak. Lebih banyak menggunakan mobile dari menghadap PC atau laptop.

Alhamdulillah, last aku update dgn Soleh masa aku bekerja di Bangi kan? Bekerja di Bangi hanya bertahan 2 bulan. Oktober  hingga November je. Disember menganggur di rumah. Genap sebulan. Ada juga memohon beberapa tempat yang berhampiran dgn rumah kampung untuk bekerja, Alhamdulillah dapat tawaran guru ganti, menggantikan guru yang bersalin, di SK Jugra, Banting. Perjalanan ke sekolah dari rumah hanya mengambil masa 15 minit.

InsyaAllah akan mengajar selama 3 bulan dan akan berakhir pada 20 Mac nanti. Perjalanan hidup aku lepas berhenti kerja di Johor adalah perjalanan yang paling mencabar setakat ni. Benarlah Allah kata (berfirman) dalam Kitab Cinta kita tu dalam surah Al-Ankabut ayat ke-2;

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan(ujian)?”

Masa kat Bangi, aku tak suka kerja jauh. Kerja jauh yang aku kena berulang setiap hari dari tempat tinggal ke tempat kerja. Memang minggu pertama berulang-alik, aku menangis sepanjang perjalanan balik. Balik malam pula tu. Memang lagi syahdu laaa. Aku memang jenis kalau stress aku menangis. Menangis sendiri. Aku lebih suka menangis sendiri, tak ada orang pujuk. Lepas menangis akan rasa lebih energetik.

Alhamdulillah Allah bagi jalan. 2 bulan aku belajar redha. Aku tahu ni ujian kecil je. Tapi aku meratap bagai nak rak. Malu aku. Dalam proses nak habiskan bulan yang ke-2 di Bangi, keadaan kesihatan mak kurang memuaskan. Katanya, mak risau tengok aku berulang-alik Bangi-Banting setiap hari. Keadaan mak membuatkan aku kuat untuk ambil keputusan untuk berhenti kerja di Bangi.

Aku katakan pada mak, kalau aku berhenti kerja, aku tiada pendapatan. Jadi aku kena bergantung kepada mak, terutamanya installment kereta. Mak kata mak boleh bayarkan. Dalam hati aku dah serba-salah. Dan berazam untuk dapatkan kerja secepat mungkin. Alhamdulillah sempat menganggur sebulan.

Jadi sekarang, sedang mengajar di SK Jugra. Pagi mendaftar diri di sekolah terus dapat kelas untuk mengajar. Sekali lagi aku di uji. Aku kena mengajar subjek yang tak pernah aku suka dari aku sekolah rendah lagi. Matematik! Hahahahaha. Masakkk.. Cikgu yang kena study nampaknya. Tapi dah masuk minggu ke-2 mengajar, aku enjoy dengan Matematik ni. Guru besar tak bagi kelas tahun 6 untuk guru ganti. Jadi aku dapat kelas tahun 2 dan tahun 4.

Bila aku dah mengajar dan aku enjoy, aku terfikir, belum tentu apa yang kita sangka baik untuk kita, ia baik untuk kita. Dan belum tentu apa yang kita tidak suka itu, tidak baik untuk kita. (Al-Baqarah:216). Kannnn. Sebab sebelum ni pernah juga terfikir untuk sambung belajar KPLI ambil Pra Sekolah. Tak pernah terfikir nak ambil subjek lain untuk KPLI. Tapi sekarang bila dapat mengajar Matematik, secara halus Allah nak bagitahu yang kalau aku suka dengan Pra Sekolah, belum tentu Pra Sekolah tu baik untuk aku. Walaupun aku biasa menghadap anak-anak buah aku, mungkin aku tak dapat nak bersabar dan handle budak-budak kecik dalam kumpulan yang ramai dalam kelas. Jadi bersedia dengan apa yang Allah dah takdirkan untuk aku sambil terus berusaha untuk dapatkan halatuju sebenar hidup aku.

Sekian.

1332
SK Jugra Banting


2 comments:

Happy Mind said...

tahniah~ insyaAllah. rezeki awak akan bertambah murah lepas ni~hoho syahdunya. sy pun pernah alami keadaan tu masa berhenti kerja dulu. sori~~tak dpt beri semangat selalu...be strong k? :)

beribiru said...

Amin2. I'Allah semoga semuanya dipermudahkan. Its ok. Xde hal. Ak lebih selesa hadapi sndiri. Kan kita ada Allah :)