Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim
Sorry dear, dah lama sangat tak menulis di sini. Semoga ko sihat-sihat ye. Terasa macam tulis surat pulak perasaannya. Hehe. Padahal dekat je kalau nak jumpa pun kan? Takpelah. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.
Nak kongsi sedikit tentang peristiwa pagi tadi.
Alhamdulillah sekarang aku dah bekerja kat Bangi. Macam yang aku penah bagitahu,
aku kerja jaga kedai kakak sepupu aku. Kedai dia menjual barang-barang
kanak-kanak dan ibu. Jadi secara tak langsung ramai kanak-kanak yang suka
bermain di kawasan kedai aku.
Nak dijadikan cerita, masa tengah budak-budak (umur dalan
lingkungan 3-7 tahun) bermain-main, ada seorang adik yang paling kecil sekali
terjatuh. Macamana dia terjatuh tu aku tak tahu, tapi yang penting selepas dia
jatuh dia menangis. Aku pun terkejut juga, tapi berlagak tenang sebab ini perkara
biasa bagi kanak-kanak terjatuh ketika mereka main.
Aku terus bangun dan keluar dari kawasan kedai dan terus
dapatkan adik tu. Kawan-kawan yang lain masing-masing cuak dengan keadaan adik
tu. Masing-masing pertahankan diri dengan mengatakan bukan mereka yang salah.
Adik tu masih menangis. Aku terus mehulurkan tangan sebagai bahasa badan untuk mempelawa adik tu untuk
diselesakan memadangkan dia sedang menangis teruk. Berjaya! Aku hulurkan tangan
macam gaya untuk mendukung adik tu. Adik tu ringan je. Dia pun tunjukkan bahasa
badan yang menunjukkan dia mahu didukung. Jadi aku terus dukung dan bawa dia
rapat ke bahu aku. Dia selesa. Dia lentokkan kepala ke bahu aku. Aku tepuk
perlahan-lahan belakang badan dia sebagai cara untuk tenangkan dia.
Sambil itu kawan-kawan dia terus pertahankan diri
masing-masing dengan mengatakan bukan mereka yang bersalah. Keadaan agak riuh
sedikit. Sambil tenangkan adik tu kat bahu aku, aku terangkan juga ini bukan
salah sesiapa. Mungkin juga mereka tidak sengaja. Adik tu masih nangis. Aku pun
“eh bila nak berhenti nangis ni?” gumam sendiri dalam hati. Alhamdulillah.
Allah ilhamkan aku untuk berkata “mana yang sakit?”. Adik tu perlahankan nangis
dia sebab nak jawab soalan aku. Wohhh. Miraclee weh! Aku yang teruja. Ok ok. Pastu
adik tu tunjuk kat bahagian mana dia sakit. Kat dahi. Ada la kesan merah-merah
kat dahi tu. Aku baca selawat dan hembus kat dahi dia tu. Wohhh. Lagi sekali
aku teruja. Baca selawat dan hembus ke bahagian yang sakit pada kanak-kanak
adalah amalan kakak-kakak aku pada anak-anak dia. Jadi aku pun terikut-ikut
cara mereka. Hehehe. Dan dia terus berhenti menangis. Tinggal saki-baki
esak-esak tangis dia je. Air mata meleleh-leleh. Ahaha.
Aku amik hujung baju dia buat lap air mata dia. Hahahaha. Kalau
mak dia nampak mesti mak dia marah. Hahahaha. Sambil kesat air mata dia aku
cakap “Lap-lap air mata ni. Tak cantik dia ada air mata”. Adik tu ikut je tak
membantah. Tak sampai dua saat dia dah berlari lagi seperti sebelum dia jatuh. Aku
senyum lebar-lebar. Terus teringat nak menulis lh malam ni! Hahahahaha. So muncul
lah post ni.
Okey sekarang mari masuk ke segmen penerangan. Semua
tindakan aku tadi tu bukan lah hanya pengalaman semata-mata. Ia juga hasil
pembacaan. Ha ni nak share ni. Ko penah tak baca topik ‘Mendorong Pelajar Corot
Menggunakan Teknik Nabi Muhammad’ kat mana-mana. Sekarang dah banyak dah. Dulu teknik
ni ada dua orang cikgu yang komited untuk apply dan sampaikan kat sebanyak
cikgu yang boleh dengn buat kursus-kursus ‘Mendorong Pelajar Corot Menggunakan
Teknik Nabi Muhammad’. Memula dulu idea untuk apply teknik nabi Muhammad SAW adalah
cara Nabi Muhammad SAW mengajar je. Tapi teknik ni makin berkembang dan
disesuaikan dengan situasi kat Malaysia ni. Cikgu Khairul Aniza Khairudin dan
Ustazah Siti Khadijah adalah antara guru yang terawal menerapkan teknik ni
dalam PnP mereka. Kalau berminat ko boleh search je nama dorang ni kat FB.
Dalam status-status dorang pun banyak sebut tentang teknik ni. Ni blog Ustazah Siti Khadijah
Apa yang aku apply dalam situasi pagi tadi adalah dengan ‘Teknik
Tidak Menyiasat Kesalahan’. Selalu juga aku panik dalam situasi-situasi begini.
Tapi tadi aku cuba untuk bertenang setenang-tenangnya. Aku tak marah
budak-budak tu. Kalau aku marah selalunya dalam keadaan mcm ni mesti keluar
perkataan “Ha sape buat ni??” atau “Ha tu lahhh..tadi kan dan pesan jangan main
lari-lari. Kan dah jatuh!”. Kannn..
betul tak? =) Jadi, instead of bertanya dlm
keadaan marah-marah macam tu lebih baik kita tenagkan je mereka. Sebab dalam
keadaan macam ni mereka dah panik/kecoh. Dah kita ni yang dah dewasa pun nak
panik/kecoh sama tu apehal kan? Kata dah dewasa. Jadi boleh berfkirkan? =)
Menurut teknik tu juga, ada dalam hadis Nabi Muhammad SAW
yang menunjukkan peribadi Baginda yang sangat agung. Jap. Jap. Aku google hadis
tu. Hadis tu tentang Nabi Muhammad SAW tak menegur kesalahan orang arab yang
datang dari kampung yang buang air kecil
dalam masjid.
Anas bin Malik melaporkan, pada suatu masa dia dan orang-orang lelaki
lain sedang berada di dalam masjid bersama-sama Nabi Muhammad. Tiba-tiba
masuklah seorang lelaki Arab daripada kampung ke dalam masjid, lalu lelaki itu
berdiri dan membuang air kecil. Melihat kejadian itu, sahabat-sahabat Nabi yang
ada di situ terus mengherdik lelaki tersebut. Sebaliknya, Nabi Muhammad
berkata, “Jangan buat dia terhenti kencingnya. Biarkan sahaja.” Lalu semua yang
ada membiarkan sahaja orang kampung itu menghabiskan kencingnya. Selepas itu
Nabi Muhammad memanggil lelaki itu dan berkata kepadanya, “Sesungguhnya, di
dalam masjid ini tidak boleh kencing ataupun membuang sedikit pun kotoran,
sebaliknya hanya boleh berzikir mengingati Allah Azza wajalla, bersembahyang,
dan membaca Quran.” Kemudian Nabi Muhammad menyuruh salah seorang yang ada di
situ pergi mengambil setimba air, lalu disirami kencing itu. ~Hadith Rekod Sahih Muslim
Dalam hadis ni menunjukkan situasi orang yang tahu (Nabi
Muhammad SAW) berhadapan dengan orang yang tidak tahu/faham (orang Arab kampung).
Aku ada dengar talk tentang hadis ni, yang mana Ustaz tu terangkan tentang
situasi hadis tu. Masjid dulu-dulu bukan macam sekarang. Masjid sekarang
cantik. Kalau orang datang pun takde lah rasa nak buang air kecil atas karpet
yang beribu harganya tu. Dulu pun masa zaman Nabi Muhammad SAW islam tak
berkembang lagi. Jadi mereka (orang kampung) tidak tahu langsung tentang islam.
Masjid dulu pun hanya berlantaikan tanah, berdindingkan pelepah pokok tamar. Jadi
masa orang Arab kampung tu buang air
kecil tu, ada seorang sahabat yang nak menghalang perbuatan dia, tapi Nabi
Muhammad SAW halang dan mengatakan supaya membiarkan sehingga dia selesaikan
hajatnya itu. Ye lah, kalau terus sergah kang berseah-sepah pula air kencingnya
kerana cuba melarikan diri kerana kena marah. Lepas tu baru Nabi Muhammad
memanggil orang Arab kampung tu dan
terangkan kepadanya secara berhemah. Oh agung sngat kan Nabi Muhammad SAW?
Masya-Allah.
Allahumma solli ala alihi wasohbihi wabaraka wasallam.
2 comments:
ko memang baik...nice...calon2 buat isteri mithali.hahaha
~aku? heh, kalau ak jumpa budak tu dah glaba dh. boleh jadi keras kalau jumpa budak kecik. either ignore or cari mak bapak budak tu. hahaha. ganass tak?
hohoii.semua boleh jadi baik dgn ikut sunnah nabi soleh..hehe..ak dulupun penh cmtu. tp takpe. sama2 kita belajar jd baik k.
Post a Comment