July 22, 2014

Surat Untuk Bapak

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah... Ramadan 1435 dah datang lagi. dah nak habis dah pun. Alhamdulillah diberi kesempatan lagi jumpa Ramadan yang kita selalu rindu. Kita gunakan tak Ramdan ini sebaiknya? Allah. Tanya pada diri sendiri. Sejauh mana diri kita dah ada pada Ramadan kali ini. Diri aku juga. Allah... Malu nak mengaku pada Allah. Tapi sejauh mana pun kita dah lari dari rahmat Allah, selagi belum hari kiamat selagi tu kita ada peluang nak minta, pohon rahmat Allah tu. Kita je yang buat-buat lupa kan? ha aku lah tu. Allah... semoga Allah terus pelihara hati-hati kita ye. Semoga Allah terima amalan kita.

Berbalik pada tajuk utama, Ramadan kali ni adalah Ramadan yang ke-6 tanpa bapak. Bapak macam mana kar 'sana'. Semoga allah sentiasa pelihara bapak dalam kasihsayangNya. Semoga duk kumpul sama-sama dengan para solehin. Semoga Allah memudahkan urusan bapak dengan malaikatNya. InsyaAllah semoga juga kita berjumpa nanti kat syurga ye.

Tiap kali Ramadan ingatan ni kuat sangat kat bapak. Teringat balik dedulu masa kecik-kecik kalau nak masuk je bulan puasa, malam terawih pertama mesti bapak dah simpan TV. Ye, TV besar kotak tu bapak simpan dan sorokkan dalam bilik bapak dengan mak. Sepanjang bulan puasa tak ada sapa pun boleh sentuh TV tu. Ada juga hari yang saya nakal, curi-curi masuk bilik bapak dan mula pegang-pegang TV yang bapak dah selubung dengan selimut-selimut lama tu. Mula-mula pegang je. Hari-hari seterusnya mulalah kami cari akal macam mana nak cari punca elektrik untuk 'on' kan TV tu dari dalam bilik. pernah juga sekali dua kami berjaya menonton TV dalam bilik walau untuk beberapa minit.

Allah... kenangan sungguh! Dulu masa kecil-kecil kami tak tahu pun apa tujuan bapak buat macam tu. simpan TV masa bulan puasa. Tapi sekarang Alhamdulillah. Kami dah dewasa bapak. Kami dah faham erti, maksud menahan diri itu. Saya sendiri pada tahun ini dah buat syarat jangan sentuh atau kurangkan berhubung dengan media sosial sepanjang Ramadan ni. Kalau nak buka pun, lepas terawih, tilawah semua baru buka sebelum nak tidur tu.Alahmdulillah. 'Ketagihan' tu dapat saya kurangkan. lebih banyak masa kita boleh buat perkara yang berfaedah dari kita duk melangut layan telefon scroll newsfeed je sepanjang hari. Tapi saya juga insan biasa. Terlajak juga kadang-kadang. Ada juga hari yang lebih lama memegang telefon dari memegang Al-quran. Semoga kita terus sama-sama perbaiki kesilapan.

Bapak,
Selain itu, ini adalah pertama saya kali melaksanakan 1 hari 1 juzuk pada bulan puasa. Allah... dapat habiskan 1 juzuk dalam 1 hari nikmat sungguh rasanya.. Juzuk 1 sampai 5 agak nazak juga nak 'keep in track'. Alhamdulillah lepas juzuk 5 dah selesa dah nak dapatkan 1 juzuk penuh dalam masa 24 jam. Tapi sekarang bila dah dapat 'raya' awal, tak dapat la nak meneruskan 1 hari 1 juzuk ni. Dah minngu lepas pun hujung minggu ada juzuk yang tak dapat nak selesaikan. InsyaAllah, semoga saya dapat lagi jumpa Ramadan akan datang dan susun baik-baik jadual harian supaya semuanya  'keep in track' sampai 29 atau 30 Ramadan. Aminnnn. Semoga!

Bapak,
Sekali lagi saya doakan bapak tenang kat 'sana'. InsyaAllah, selagi di belakang nama saya ada nama bapak, selagi itulah doa saya untuk bapak tak pernah putus.

"Rabbighfirli wa li wa li dayya warhamhuma kama rabbayani soghira"

Aminnn

P/s: Jaga puasa. Kita masuk syurga bukan kerana berapa pahala kita dapat, tetapi kerana rahmat Allah.


1248AM
24 Ramadan 1435
Bawah rumah sebelah kulon

April 4, 2014

Hari terakhir SK JUGRA

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari tu (20 Mac) hari terakhir aku kat sekolah. Kat sekolah rilek je buat-buat cool. Budak-budak dan cikgu-cikgu peluk-peluk pun boleh lagi control hensem. Kat rumah tengah makan tengahari tiba-tiba syahdu. Teringat macam-macam. Arwah bapak. Adik beradik. Emak. Pengorbanan. Jodoh. Bercampur semua. Allah. 'Hujan' lebat. Sampai nak tersedak-sedak time makan. Tapi cuba kontrol sebaik mungkin sbb tak nak mak dengar or perasan.

Huhh. Dalam teresak-esak dan rasa berat tu, fikir masuk dalam kolam. Bancuh air kopi dalam kolam besar. Serius lega. Siap rasa sejuk air kolam dan berenang2 lagi. But, in just 3 sec rasa sesak lg. Pahit lagi. Boleh pulak kena asak masuk cawan kecil kopi pekat. Nangis esak-esak lagi. Haihh. Susah nak lawan perasaan negatif ni. Ok. Ambil nafas panjang dalam dalam. Masuk kolam lagi. Paksa. Bagi lega. Alhamdulillah. Lega. Then. Ambil lagi nafas panjang. Alhamdulillah. Lebih lega.

Ada 1 masa terfikir, banyak dah nikmat Allah bagi kat aku. Tapi bila rasa sesak sikit time ni semua benda berkait-kait nak disalahkan.

Pastu beberapa hari lepas tu jumpa quote
"punyalah byk nikmat tuhan bagi kita. b'talu2. br 1 ni tukar flight. takkan nak sedih kn? malu nk sedih. tuhan dh baik sgt, kan?" [bongtri-laki-kokpin, 2014]

Aku pun jadi segan. Malu. Allah dah bagi kat aku macam2 . Kesihatan yg baik. Pengalaman kerja bagus. Famili yang sangat memahami. Ada tempat tinggal selesa. Makan hari-hari tak pernah putus. Akal yg sihat. Nikmat islam dan iman. Bernafas free byk mana pun kita sedut. Dapat belajar dari awal 4 tahun sampailah ke umur 24 secara formal dannnn senarai ni akan terus bertambah. 

Walaupun yang buruk-buruk (buruk bagi kita je, padahal Allah sayang) berlaku dalam kehidupan seharian kita, ingat semua tu daripada Allah. Apa yang Allah beri semua RAHMAT. Semua RAHMAT! Tak ada satu pun yang Allah siakan atau nak zalimi hambaNya. Kita je yang zalimi diri kita sendiri.

Lailahailla anta subhanaka inni kuntum minazzolimin
"Ya Allah tiada Tuhan selain Engkau. Maha suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim"


Baru sempat post.
0907
040414

January 29, 2014

SK Jugra

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Maaf sudah lama tidak update di sini. Setiap kali posting setiap kali tu minta maaf. Keadaan semasa tak benarkan aku menulis banyak. Lebih banyak menggunakan mobile dari menghadap PC atau laptop.

Alhamdulillah, last aku update dgn Soleh masa aku bekerja di Bangi kan? Bekerja di Bangi hanya bertahan 2 bulan. Oktober  hingga November je. Disember menganggur di rumah. Genap sebulan. Ada juga memohon beberapa tempat yang berhampiran dgn rumah kampung untuk bekerja, Alhamdulillah dapat tawaran guru ganti, menggantikan guru yang bersalin, di SK Jugra, Banting. Perjalanan ke sekolah dari rumah hanya mengambil masa 15 minit.

InsyaAllah akan mengajar selama 3 bulan dan akan berakhir pada 20 Mac nanti. Perjalanan hidup aku lepas berhenti kerja di Johor adalah perjalanan yang paling mencabar setakat ni. Benarlah Allah kata (berfirman) dalam Kitab Cinta kita tu dalam surah Al-Ankabut ayat ke-2;

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan(ujian)?”

Masa kat Bangi, aku tak suka kerja jauh. Kerja jauh yang aku kena berulang setiap hari dari tempat tinggal ke tempat kerja. Memang minggu pertama berulang-alik, aku menangis sepanjang perjalanan balik. Balik malam pula tu. Memang lagi syahdu laaa. Aku memang jenis kalau stress aku menangis. Menangis sendiri. Aku lebih suka menangis sendiri, tak ada orang pujuk. Lepas menangis akan rasa lebih energetik.

Alhamdulillah Allah bagi jalan. 2 bulan aku belajar redha. Aku tahu ni ujian kecil je. Tapi aku meratap bagai nak rak. Malu aku. Dalam proses nak habiskan bulan yang ke-2 di Bangi, keadaan kesihatan mak kurang memuaskan. Katanya, mak risau tengok aku berulang-alik Bangi-Banting setiap hari. Keadaan mak membuatkan aku kuat untuk ambil keputusan untuk berhenti kerja di Bangi.

Aku katakan pada mak, kalau aku berhenti kerja, aku tiada pendapatan. Jadi aku kena bergantung kepada mak, terutamanya installment kereta. Mak kata mak boleh bayarkan. Dalam hati aku dah serba-salah. Dan berazam untuk dapatkan kerja secepat mungkin. Alhamdulillah sempat menganggur sebulan.

Jadi sekarang, sedang mengajar di SK Jugra. Pagi mendaftar diri di sekolah terus dapat kelas untuk mengajar. Sekali lagi aku di uji. Aku kena mengajar subjek yang tak pernah aku suka dari aku sekolah rendah lagi. Matematik! Hahahahaha. Masakkk.. Cikgu yang kena study nampaknya. Tapi dah masuk minggu ke-2 mengajar, aku enjoy dengan Matematik ni. Guru besar tak bagi kelas tahun 6 untuk guru ganti. Jadi aku dapat kelas tahun 2 dan tahun 4.

Bila aku dah mengajar dan aku enjoy, aku terfikir, belum tentu apa yang kita sangka baik untuk kita, ia baik untuk kita. Dan belum tentu apa yang kita tidak suka itu, tidak baik untuk kita. (Al-Baqarah:216). Kannnn. Sebab sebelum ni pernah juga terfikir untuk sambung belajar KPLI ambil Pra Sekolah. Tak pernah terfikir nak ambil subjek lain untuk KPLI. Tapi sekarang bila dapat mengajar Matematik, secara halus Allah nak bagitahu yang kalau aku suka dengan Pra Sekolah, belum tentu Pra Sekolah tu baik untuk aku. Walaupun aku biasa menghadap anak-anak buah aku, mungkin aku tak dapat nak bersabar dan handle budak-budak kecik dalam kumpulan yang ramai dalam kelas. Jadi bersedia dengan apa yang Allah dah takdirkan untuk aku sambil terus berusaha untuk dapatkan halatuju sebenar hidup aku.

Sekian.

1332
SK Jugra Banting


October 27, 2013

Teknik Tidak Menegur Kesalahan

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim

Sorry dear, dah lama sangat tak menulis di sini. Semoga ko sihat-sihat ye. Terasa macam tulis surat pulak perasaannya. Hehe. Padahal dekat je kalau nak jumpa pun kan? Takpelah. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.

Nak kongsi sedikit tentang peristiwa pagi tadi. Alhamdulillah sekarang aku dah bekerja kat Bangi. Macam yang aku penah bagitahu, aku kerja jaga kedai kakak sepupu aku. Kedai dia menjual barang-barang kanak-kanak dan ibu. Jadi secara tak langsung ramai kanak-kanak yang suka bermain di kawasan kedai aku.

Nak dijadikan cerita, masa tengah budak-budak (umur dalan lingkungan 3-7 tahun) bermain-main, ada seorang adik yang paling kecil sekali terjatuh. Macamana dia terjatuh tu aku tak tahu, tapi yang penting selepas dia jatuh dia menangis. Aku pun terkejut juga, tapi berlagak tenang sebab ini perkara biasa bagi kanak-kanak terjatuh ketika mereka main.

Aku terus bangun dan keluar dari kawasan kedai dan terus dapatkan adik tu. Kawan-kawan yang lain masing-masing cuak dengan keadaan adik tu. Masing-masing pertahankan diri dengan mengatakan bukan mereka yang salah. Adik tu masih menangis. Aku terus mehulurkan tangan sebagai  bahasa badan untuk mempelawa adik tu untuk diselesakan memadangkan dia sedang menangis teruk. Berjaya! Aku hulurkan tangan macam gaya untuk mendukung adik tu. Adik tu ringan je. Dia pun tunjukkan bahasa badan yang menunjukkan dia mahu didukung. Jadi aku terus dukung dan bawa dia rapat ke bahu aku. Dia selesa. Dia lentokkan kepala ke bahu aku. Aku tepuk perlahan-lahan belakang badan dia sebagai cara untuk tenangkan dia.

Sambil itu kawan-kawan dia terus pertahankan diri masing-masing dengan mengatakan bukan mereka yang bersalah. Keadaan agak riuh sedikit. Sambil tenangkan adik tu kat bahu aku, aku terangkan juga ini bukan salah sesiapa. Mungkin juga mereka tidak sengaja. Adik tu masih nangis. Aku pun “eh bila nak berhenti nangis ni?” gumam sendiri dalam hati. Alhamdulillah. Allah ilhamkan aku untuk berkata “mana yang sakit?”. Adik tu perlahankan nangis dia sebab nak jawab soalan aku. Wohhh. Miraclee weh! Aku yang teruja. Ok ok. Pastu adik tu tunjuk kat bahagian mana dia sakit. Kat dahi. Ada la kesan merah-merah kat dahi tu. Aku baca selawat dan hembus kat dahi dia tu. Wohhh. Lagi sekali aku teruja. Baca selawat dan hembus ke bahagian yang sakit pada kanak-kanak adalah amalan kakak-kakak aku pada anak-anak dia. Jadi aku pun terikut-ikut cara mereka. Hehehe. Dan dia terus berhenti menangis. Tinggal saki-baki esak-esak tangis dia je. Air mata meleleh-leleh. Ahaha.

Aku amik hujung baju dia buat lap air mata dia. Hahahaha. Kalau mak dia nampak mesti mak dia marah. Hahahaha. Sambil kesat air mata dia aku cakap “Lap-lap air mata ni. Tak cantik dia ada air mata”. Adik tu ikut je tak membantah. Tak sampai dua saat dia dah berlari lagi seperti sebelum dia jatuh. Aku senyum lebar-lebar. Terus teringat nak menulis lh malam ni! Hahahahaha. So muncul lah post ni.

Okey sekarang mari masuk ke segmen penerangan. Semua tindakan aku tadi tu bukan lah hanya pengalaman semata-mata. Ia juga hasil pembacaan. Ha ni nak share ni. Ko penah tak baca topik ‘Mendorong Pelajar Corot Menggunakan Teknik Nabi Muhammad’ kat mana-mana. Sekarang dah banyak dah. Dulu teknik ni ada dua orang cikgu yang komited untuk apply dan sampaikan kat sebanyak cikgu yang boleh dengn buat kursus-kursus ‘Mendorong Pelajar Corot Menggunakan Teknik Nabi Muhammad’. Memula dulu idea untuk apply teknik nabi Muhammad SAW adalah cara Nabi Muhammad SAW mengajar je. Tapi teknik ni makin berkembang dan disesuaikan dengan situasi kat Malaysia ni. Cikgu Khairul Aniza Khairudin dan Ustazah Siti Khadijah adalah antara guru yang terawal menerapkan teknik ni dalam PnP mereka. Kalau berminat ko boleh search je nama dorang ni kat FB. Dalam status-status dorang pun banyak sebut tentang teknik ni. Ni blog Ustazah Siti Khadijah 

Apa yang aku apply dalam situasi pagi tadi adalah dengan ‘Teknik Tidak Menyiasat Kesalahan’. Selalu juga aku panik dalam situasi-situasi begini. Tapi tadi aku cuba untuk bertenang setenang-tenangnya. Aku tak marah budak-budak tu. Kalau aku marah selalunya dalam keadaan mcm ni mesti keluar perkataan “Ha sape buat ni??” atau “Ha tu lahhh..tadi kan dan pesan jangan main lari-lari. Kan dah jatuh!”.  Kannn.. betul tak?  =) Jadi, instead of bertanya dlm keadaan marah-marah macam tu lebih baik kita tenagkan je mereka. Sebab dalam keadaan macam ni mereka dah panik/kecoh. Dah kita ni yang dah dewasa pun nak panik/kecoh sama tu apehal kan? Kata dah dewasa. Jadi boleh berfkirkan? =)

Menurut teknik tu juga, ada dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang menunjukkan peribadi Baginda yang sangat agung. Jap. Jap. Aku google hadis tu. Hadis tu tentang Nabi Muhammad SAW tak menegur kesalahan orang arab yang datang dari kampung  yang buang air kecil dalam masjid.

Anas bin Malik melaporkan, pada suatu masa dia dan orang-orang lelaki lain sedang berada di dalam masjid bersama-sama Nabi Muhammad. Tiba-tiba masuklah seorang lelaki Arab daripada kampung ke dalam masjid, lalu lelaki itu berdiri dan membuang air kecil. Melihat kejadian itu, sahabat-sahabat Nabi yang ada di situ terus mengherdik lelaki tersebut. Sebaliknya, Nabi Muhammad berkata, “Jangan buat dia terhenti kencingnya. Biarkan sahaja.” Lalu semua yang ada membiarkan sahaja orang kampung itu menghabiskan kencingnya. Selepas itu Nabi Muhammad memanggil lelaki itu dan berkata kepadanya, “Sesungguhnya, di dalam masjid ini tidak boleh kencing ataupun membuang sedikit pun kotoran, sebaliknya hanya boleh berzikir mengingati Allah Azza wajalla, bersembahyang, dan membaca Quran.” Kemudian Nabi Muhammad menyuruh salah seorang yang ada di situ pergi mengambil setimba air, lalu disirami kencing itu. ~Hadith Rekod Sahih Muslim

Dalam hadis ni menunjukkan situasi orang yang tahu (Nabi Muhammad SAW) berhadapan dengan orang yang tidak tahu/faham (orang Arab kampung). Aku ada dengar talk tentang hadis ni, yang mana Ustaz tu terangkan tentang situasi hadis tu. Masjid dulu-dulu bukan macam sekarang. Masjid sekarang cantik. Kalau orang datang pun takde lah rasa nak buang air kecil atas karpet yang beribu harganya tu. Dulu pun masa zaman Nabi Muhammad SAW islam tak berkembang lagi. Jadi mereka (orang kampung) tidak tahu langsung tentang islam. Masjid dulu pun hanya berlantaikan tanah, berdindingkan pelepah pokok tamar. Jadi masa orang Arab kampung  tu buang air kecil tu, ada seorang sahabat yang nak menghalang perbuatan dia, tapi Nabi Muhammad SAW halang dan mengatakan supaya membiarkan sehingga dia selesaikan hajatnya itu. Ye lah, kalau terus sergah kang berseah-sepah pula air kencingnya kerana cuba melarikan diri kerana kena marah. Lepas tu baru Nabi Muhammad memanggil orang Arab kampung  tu dan terangkan kepadanya secara berhemah. Oh agung sngat kan Nabi Muhammad SAW? Masya-Allah.


Allahumma solli ala alihi wasohbihi wabaraka wasallam. 

September 5, 2013

Ramadhani VS Rahmani

Bismillahirrahmanirrahim...

Nak berkongsi sesuatu. Pernah tak dengar tentang Ramadhani vs Rahmani? Masa bulan puasa hari tu isu ini agak hangat dibangkitkan. Pesan-pesanan para ustaz dan ustazah tentang ibadah kita di bulan Ramadhan. Kata-katanya lebih kurang berbunyi begini, "Jadilah kita hamba Rahmani, bukan Ramadhani"

Allahuakbar.

Kadang-kadang, terutamanya saya tahu akan quote yang digembar-gemburkan oleh para asatizah ini, tapi kita tidak memahami dengan sebaiknya. Semalam terfikir sesuatu selepas buka puasa (puasa Syawal aku ada lagi berbaki 1 hari lagi esok insyaAllah), semasa dalam perjalanan nak balik rumah. Tiba-tiba throwback masa waktu berbuka Maghrib tadi. Perasan tak kalau kita berbuka, kita akan immediately masukkan makanan dalam mulut untuk batalkan puasa? Kenapa? Sebab ada hadis Rasulullah SAW yang galakkan kita berbuka puasa di awal waktu rite? Ianya juga salah satu sunnah ketika berpuasa kan? 

Sabda Nabi saw: Tidak akan hilang kebaikan daripada umat ku selagi mana mereka mengawalkan waktu berbuka puasa. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
 Alhamdulillah, kita ada kesedaran yang ianya sebagai sunnah. Yang kita faham ianya makanan untuk jasad kita. Kalau tak makan kita akan lapar. Tapi bagaimana dengan rohani kita? Kenapa bagi 'makan' lambat?  Kenapa kita tak solat di awal waktu seawal kita berbuka puasa? Astaghfirullahal'azim. Kalau dengar azan tu buat-buat tak dengar je. Kalau dengar azan di TV pula terus tukar channel. Cari channel yang tak ada iklan, atau cerita-cerita yang lebih menarik, mungkin? Kalau dah setting waktu solat dalam henpon, tiba-tiba kita jadi segan bila henpon kita melaungkan azan di tengah-tengah orang ramai. Eh kejap, kenapa nak segan? (encik gabbana, 2013) Atau pun biarkan je laungan azan itu tanpa bersambut dengan kata-kata atau lebih teruk lagi dengan tindakan. Tidak ada tindakan langsung dari kita. Padahal ianya seruan Allah. Hayya 'alas solahhh, Hayya 'alal falahhhh.. Ya Allahh saya sedih sangat dengan diri saya. 
Jom kita baiki sama-sama jom. Kalau kita tahu yang solat tu adalah makanan hati/rohani yang tengah kelaparan/kehausan, kita mesti berkejaran nak ke musolla di tempat kerja kita. Pastu ramai orang beratur panjang nak ambil wudhuk. Pastu musolla dalam shopping kompleks jadi sesak ila tiba waktu solat sebab semua orang tengah lapar dan haus makanan rohani. 
Kesimpulan: Kita selalu menjaga ibadah kita, solat diawal waktu contohnya atau beribadah berganda-ganda ketika bulan puasa sahaja. Inilah yang dikatakan sebagai hamba Ramadhani (dalam bahasa arab imbuhan 'i' dibelakang setiap perkataan bermaksud 'kepunyaan'). Hanya kerana Ramadhan kita beribadah bersungguh-sungguh. Mungkin juga kita berniat dengan niat kerana Allah, tapi jika kita faham betul-betul kita beribadah semata-mata kerana Allah, bagaimana pula dengan bulan-bulan lain dalam kalendar islam? Jika kita hamba Allah, dan benar-benar beribadah kerana Allah, ayuh kita beribadahlah sebanyaknya di bulan-bulan lain juga. Jadilah kita hamba kepada Rahmani ( Rahman adalah salah satu nama Allah diantara 99 namaNya)
Jom utamakan solat dalam kehidupan seharian kita!


Nota kaki: Saya ada terfikirkan sesuatu tentang solat di awal waktu. Awal waktu tu seawal yang bagaimana? Ini mungkin tips untuk kita ukur keawalan waktu kita untuk solat. Kita bayangkan bagaimana kita solat berjemaah di masjid-masjid yang jemaahnya sentiasa ada setiap waktu solat. Ok dah? Ok kalau kita tertinggal nak solat berjemaah dengan imam, ha maksudnya kita dah dianggap lewat la tu. Ini hanya pandangan saya sahaja la. Mungkin kita boleh fleksibel kan dengan keadaan kita seperti sedang bermusafir etc. 
Nota kaki 2: Bila cerita ttg solat teringat pada seorang junior saya, "Jangan risau, kalau kita jaga solat, 'solat' tu akan jaga kita balik" ---> penjelasan: kalau kita sentiasa jaga masa solat kita, insyaAllah kita tidak akan tertinggal solat dengan mudah, contohnya kita terlupa, kebarangkalian untuk kita terlupa tu rendah sangat atau kita tertidur, automatik bila tiba waktu solat kita akan terjaga terutamanya waktu subuh. 
Nota kaki akhir (seriously last): Setiap hamba akan diuji dengan apa yang telah dikatakan olehnya. Jadi aku juga akan di uji sekejap lagi, once post ini di publish. Mohon doa rakan-rakan yang membaca supaya aku dan kita mampu hadapi ujian ini, terutamanya ujian nafsu. Bak kata orang putih "Walk the Talk". Ianya sukar  untuk dilaksanakan, tapi lebih sukar untuk kita istiqamah dengan kebaikan yang kita lakukan. Semoga kita sama-sama kuat. Semoga ujian yang kita hadapi akan menambahkan lagi keimanan kita.

Nusajaya
05092013

Tips penulisan #1


September 2, 2013

Pahala


Noah masih pakai diapers. Sekarang umur dia 3 tahun setengah. Tapi belum pandai cakap. Jadi belum dapat nak toilet train lagi.

Tengah main-main Noah "bertelur". Bau jangan cakap la. Tapi bibik masih sibuk dengan online banking. Hutang-hutang. Bil. Duit nafkah (ecehhh!). Simpanan. Semua kena diselesaikan malam ini juga.
Hawa dah bagitahu Noah "bertelur", pada bibik, bapak, mak, tapi semua dengan hal masing-masing. Noah rilek je. Macam tak ada apa-apa berlaku.

Selepas bibik selesai meng 'online banking', sekali lagi Hawa ingatkan untuk bersihkan Noah.

"Alaa. Bibik malas lah. Kat atas tak de diapers Noah." Aku sengaja bagi alasan.

"Nanti Hawa ambilkan kat bawah"

"Alaaa..." aku masih berdalih.

"Nanti bibik dapat banyak pahala..."

"Ok la..." sambil senyum pasrah.

Aku juga yang ajar Hawa begitu. Kalau ada apa-apa aku nak minta tolong Hawa, aku katakan yang dia akan dapat banyak pahala. Toing! Malam ni dia sudah ingatkan aku. Sambil bersihkan Noah, aku senyum sorng-sorang.

Alhamdulillah.