April 6, 2011

ORIGAMI!


updet kegilaan lama. lama dah x melipat2 dan membentuk2 ni..sem ni saya wat individual project for multimedia dgn topik ORIGAMI..kegilaan dan kegemaranku..

masa yg suntuk x menggalakkan saya melipat banyak2..projek yg buat mse sem 4 pon tergendala. projek final sem ni menggalakkan sy banyak melipat lg..

tajuk individual projek ni bebas. jadi, punyalah fikirr apa kegemaran sy yg sy boleh aplikasikan dalam projek ni dan yg penting x membebankan..boleh reduce tension di akhir2 sem ni..pikir punye pikir punye pikir, browse dan google...TINGG! terbuka website origami..on the spot anta RFP tuk wat tajuk ni..and suprisely its APPROVE...Alhamdulillah..

Jadi, skrg sy masih lg dalam mood melipat..

I LOooVE ORIGAMI..

December 5, 2010

Countdown!


Lagi 5 hari final exm result nk kua..semoga mendapat keputusan cemerlang pd sem ni!
aminnnnn...
INSYA-ALLAH


October 20, 2010

next level!

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, cik fasih tlah menempuh minggu2 sgt mencabar dgn jaya (jaya ke?xde cedera fizikal mental tu di kira jaya la ea..)

Alhamdulillah, masih diberi kekuatan, kesihatan, nikmat iman, islam, sakit, sedih, rindu, gembira, risau, gelisah, gementar dan macam2 lg..Alhamdulillah


Sekarang tiba mse nye!!! yah!yah!yah!


STUDY utk paper marketing dan web programming..
fiq kte jgn buang mase!!
kak fara kate mind set A+ dlm pale otak!...common' la beb..xde lg istilah nk putus asa wehhh!
berjunag hingga ke akhir...

cik fasih da penat kot target 3.59 tuk sem ni dr awal sem...

BUKTIKAN ANDA BOLEHHHH!!

September 30, 2010

kegembiraan!!

....::::: dalam poket ada duit, duit cantik x pernah lihat, heyy duit yg hilang!!:::::........

=P alhamdulillahh, tu nme nye rezeki..beberapa hari ni dalam poket setiap sluar yg sy dah basuh semua ada duit dalam poket. paling kurang pon RM2.ok la tu. dapat la lepas makan 1/2 hari...

September 2, 2010


Salam

Wajah gemulah bapak sering bermain2 di fikiran kebelakangan ini..dan membuatkan ku menangis tak boleh henti..Mengapa ya?...

Ya Allah, selamatkanlah dia di alam sana..tempatkan dia bersama-sama org soleh dan solehah..

Wahai tuhanku, rahmati daku..
rahmati ibu dan ayahku..

August 30, 2010

syukur?


Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0588.
Dari Mughirah bin Syuabah r.a., katanya: "Apabila Nabi saw. berdiri melakukan solat, beliau berdiri lama sekali sehingga bengkak tumit atau betis beliau. Lalu beliau ditanya orang mengenai hal itu. Jawab beliau, "Apakah aku tidak boleh menjadi seorang hamba yang banyak syukur?"


renungkan bersama maksud hadis...

ps: amalan membaca ayat kursi setiap kali selepas solat akan menjadikan kita hamba yg tidak lupa untuk bersyukur...insyaAllah..aminnnn..

August 2, 2010

semoga kau berbahagia...


salam..

perkhabaran buruk diterima...aku tersentak..kenapa dia pergi saat ak sgt prihatin dengannya..YaAllah..selamatkan dia di alam sana...kak ayu (kakak iparku) yg menyampaikan perkhabaran ini..terasa seperti ak di ketepikan..kenapa perkhabaran penting (buatku) ini disampaikan olehnya..bkn dari mak yg telah ak hubungi malam td (30julai2010)...ak hanya mampu berdiam..menjadi diam seketika..

dan aku mula memikirkan aku tak sempat berjumpa dengannya untuk kali terakhir..seharian dalam perjalanan aku mengenang, mengingat dan mengimbau sisa2 kenangan ku bersamanya...adakah salahku tak menjaganya dengan baik..kenapa penyakitnya tidak kelihatan di mata kasar..aku sayu bila memikirkan sakit nya hanya di tanggung seorang..tidak ada orang di sekelilingnya tahu akan tahap kesihatannya ketika itu...emak sedar akan perubahan sikapnya, tapi tidak dapat meramalkan atau mentafsirkan apa yang cuba diberitahu...3 hari sebelum tanpa makan..hilang selera makan barangkali...2 hari sebelum tanpa menyusukan anak...mak kata : anak hanya dipandang..berada disisi tapi tiada reaksi...

ohhhhhh...sungguh kasihan..semoga anak2nya akan kuat semangat untuk meneruskan kehidupan tanpa ibu di sisi.....maafkan aku jika aku punya kesalahan kepadamu.........................................................................................................................................................................................................................................................................................


semoga kau berbahagia kucingku...TT