Bismillahirrahmanirrahim...
Kalau terjadi sesuatu yang buruk dan hati kita akan bersedih, orang lain selalu akan memujuk dengan mengatakan 'ada hikmah disebalik kejadian'.
Hikmah tu apa?
Pernah di dalam usroh mingguan, kami membincangkan apakah maksud hikmah dalam bentuk yang mudah di fahami. Hikmah adalah umpama mencari barang yang hilang. Apabila kita mencari barang yang hilang, adakala kita akan jumpa barang tersebut. Tapi adakalanya barang tersebut kita tak jumpa pun sampai bila-bila.
Hikmah boleh jadi barang yang kita jumpa atau barang yang kita cari tapi tak jumpa-jumpa. Dalam masa yang sama, kita tetap percaya Allah sedang aturkan yang terbaik buat kita. Apa yang berlaku ke atas diri kita adalah bahasa tuhan kepada kita. Bagaimana Allah berbicara dengan kita? Allah berbicara dengan kita melalui apa yang berlaku di sekitar kita.
Jadi apa yang berlaku kepada kita dan disekeliling kita adalah bahasa Allah kepada kita sebagai hamba. Bagaimana kita respon terhadap bahasa Allah? Adakah kita berdiam sahaja, ataupun bertindak mencari maksud apa yang Allah cuba sampaikan dan membaiki diri menjadi lebih baik.
Sebagai diri yang baru, perspektif hikmah membuatkan kita memandang lebih luas. Tak kiralah yang berlaku itu adalah perkara yang sedih atau gembira, baik atau buruk, tetap semua yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri dan tersembunyi. Tinggal lagi kita sebagai hamba Allah mengintepretasikannya bagaimana.
Semoga kita sama-sama terus mencari hikmah
Semoga Allah redha
Assalamualaikum
Kg Batu Laut
2.03 pm
September 21, 2016
February 16, 2015
Puisi Kasut
Puisi khas istimewa dari Kak Zura Tohid
------------------------------------------------------------------
Puisi Kasut
(dedikasi untuk adikku yang baik, Seha)
Aku tahu itu.
Walau sedekad hampir
Rasa itu masih bersarang
dalam relung nadiku.
Jangan pernah kau kata
Kau faham, tahu
Kau takkan pernah.
Kau masih menyarung kasut kiri dan kanan
sedang aku menapak tanpa alas
Sendiri
Kasutku diambil Tuan.
Jangan fikir aku ralat
Tidak!
Aku belajar redha
Aku belajar sepi.
Aku tahu,
Manusia itu
tidak pernah memiliki.

September 28, 2014
Liebster (?) Award ditag oleh Soleh
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Ye Soleh. InsyaAllah post ini akan membalas tag ko. Terima kasih sudi tag aku. Alhamdulillah malam ni free nak buka blog =)
Mari kita mulakan.
Apakah itu Liebster Award ni? Pertama kali dengar dan tahu. Tag kawan-kawan dalam blog/instagram ni biasa dah kan. Tapi yang ni Liebster guna brand/cipta nama khas sendiri bertujuan nak saling bertaaruf dengan blogger lain. Dan tambah-tambah perisa kat bahagian peraturan untuk jadikan Liebster ni unik. Hehehe. Ini yang setakat aku faham lah.
Secara jujurnya, aku sebenarnya dah lama sangat tinggalkan dunia blog ini. Lebih setahun. Sama lamanya aku meninggalkan bumi Johor. Sangat rindu dengan tulisan-tulisan berinspirasi lagi penuh ilmu Ustaz Hasrizal, Inche Gabbana, Reminder dari Iffah, dan Nukilan hidup berpoligami dari Kak Nurul Adni, Krafter-krafter semualah. Rindu sangat.
Tapi itu dulu. Masa hidup bekerja dalam pejabat. Masa banyak guna untuk membaca (blog walking). Sekarang memang dah ambil keputusan untuk tidak lagi ambil banyak masa untuk tujuan blogging. Sekarang ni pun. Sentuh komputer riba atau komputer meja mungkin hanya seminggu sekali. Menulis sampai 2 posting dalam blog (malam ni je 2 posting sebab kene tag. pertama kali dalam sejarah) dalam satu malam mungkin hanya boleh dilakukan sebulan sekali atau 2 atau 3 atau 4 bulan sekali.
Jadi maafkan aku sebab tak memenuhi syarat-syarat Liebster Award ni. Aku jawab soalan-soalan ko je ye. Nak tag orang lain memang tak dapat sebab memang dah tak follow mereka pun. InsyaAllah akan buat/jawab point no 1, 3, 4 dan 8 sahaja.
Aku mulakan dengan soalan ko (versi BM)
1. Siapakah orang yang anda ingin jumpa bila anda dah besar nanti? Kenapa?
-Bakal suami. Tak pernah kenal. Tak pernah tahu siapa dia. Serius aku dah rindu sangat kat dia.
2. Apakah buku (-buku) kegemaran anda? Nyatakan sebab.
-Buku-buku tulisan Faisal Tehrani di awal penulisannya. Rindu sangat. Aku rasa memang tak ada dah buku-buku seperti tu lagi. Sebab Faisal Tehrani yang dulu dah tak ada. =(
3. Bilakah pertama kali anda belajar membaca? Ceritakan salah satu pengalaman yang kelakar.
-Tak ingat. Aku memang lemah dalam memori jangka panjang. Zaman kanak-kanak kebanyakannya dah hilang dari ingatan.
4. Boleh cadangkan sebuah buku yang baik untuk saya baca?
-Buku Komik 'When I was a Kid-Childhood Stories by Boey' Part 1 & 2. Seluruh buku adalah tulisan tangan dan lukisan Boey sendiri. Buku ini mengingatkan zaman membesar dulu pada tahun 80an.
5. Niagara Falls terletak di mana? (jangan tengok Google yeee)
-Penghujung sungai yang memisahkan Kanada dan Amerika.
6. Buku apakah yang sangat menarik perhatian dan mengubah pandangan anda tentang falsafah hidup?
-Buku tulisan Roza Roslan, Prof Kamil, dan Ustaz Hasrizal.
7. Watak istimewa yang sangat mempengaruhi anda. Watak dari anime, movie, buku... atau apa-apa sahaja.
-Totoro dalam cerita My Neighbor is Totoro. Watak Chihiro dalam Spirited Away. Watak Sophie dalam Howl Moving Castle. Semuanya hasil karya Hayao Miyazaki. Aku terjebak dengan karya Miyazaki ni sebab kakak aku yang mulakan. Aku sangat suka karya beliau ni sebab jalan cerita yang tak cliche. Lukisan dia pun superb!
8. Bila kah anda pertama kali jatuh cinta? (crush, orang yang anda minat... atau apa saja)
-Tingkatan 1. Admire sangat kat dia. Setia sampai tingkatan 3. Dah tingkatan 3 tu rasa "eii bodohnya aku duk admire2 orang nih". Lepas tu nekad dah tak mahu bercinta sampai lah masa aku jumpa bakal suami aku nanti.
9. Apakah warna kegemaran anda. Cerita disebaliknya?
-Semua jenis Biru. Sebab suka tengok langit dan laut.
10. Bagaimana anda menjumpai blog saya?
-Ko kawan aku kot. Rasa dulu ko yang bagitahu aku ni blog ko. =)
11. Apakah pekerjaan yang menyara hidup anda?
-Buat masa sekarang, guru ganti di SKBB dan juga berniaga secara kecil-kecilan. Nak kumpul fast cash katanya. =)
Ok, sterusnya...
11 fakta tentang diri aku secara rawak.
1. Memulakan sesi sekolah tadika seawal umur 4 tahun di Pasti Attaqwa.
2. Sampai sekarang, kalau jumpa mualimah yang mengajar aku dulu kat Pasti, dia masih anggap aku ni anak murid dia.
3. Aku seorang yang tak tahu nak describe diri aku.
4. Baru point nombor 4 aku dah habis idea dah.
5. fuhhh.. nanti update lagi boleh?
Serius, aku dah ambil banyak sangat masa untuk menulis posting ni. Dah tak boleh fokus dahh. Maaf solehh.
p/s Sepatutnya post ni publish malam semalam. Disebabkan tenaga dah habis, tertidur depan desktop ni. Pagi ni sambung pun tak dapat nak habiskan. Nak pergi masak dulu ye. Nanti pukul 12 nak pergi kondangan pulak. Daaa.. Sampai ketemu lagi.
Ruang Kulon
Rumah Emak
3 Zulhijjah 1435
Jam1109

September 27, 2014
Tiada Tuhan Selain Allah
Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim
Brrrrrrr....
Nak mulakan tajuk saja hati dah bergetar. Takut. Takut kenapa? Entah. Beberapa hari ni terfikir kalimah "La ilahaillallah" je. Masa memandu. Masa makan, dan terutamanya bila terdengar azan. Allah.... Saya perasan perkara ni berlaku selepas saya membaca satu status salah seorang rakan di FBnya (dah tak ingat FB siapa. Cuba cari lagi dah tak jumpa. Hari tu baca sekali imbas je). Ia mengisahkan kalimah terakhir yang disebut sebelum meninggal dunia. Jarang sekali kalimah Lailahaillallah dapat disebut oleh seorang muslim di akhir hayatnya. Ini diakui sendiri oleh doktor perubatan yang menghadapi situasi sebenar. Mereka kata jarang sangat jumpa dengan kes orang muslim yang akhir hayatnya menyebut kalimah Lailahaillallah. Sedihnyaaa.
Tapi kan, ini kenyataan. Betul. Kalau kita hidup pun jarang-jarang nak sebut Lailahaillallah, tak mungkin Allah nak rezekikan kita dapat sebut kalimah agung tu di akhir hayat kita.
Baik sekarang saya nak bawa anda pula menghayati serba sedikit maksud atau inti pati kalimah Lailahaillallah ni. Maksud kalimah ini dalam bahasa melayu bermaksud 'Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah'. Iya betul secara kasarnya atau zahirnya kita menyembah Allah sahaja. Kita tak sembah tuhan lain selain Allah.
Tapi mari kita fikir sejenak. Apa yang sebenar-benar yang dinamakan 'tuhan' itu. Tuhan ialah yang kita paling utamakan. Tak ada yang lebih utama dari Dia. Tapi kadang-kadang kita sambil lewa je dalam buat amalan. Aduhhh. Ini saya bercakap tentang diri saya sendiri. Solat tah mana ikut waktu dan je. Tutup aurat, berpakaian, lagi fikir orang kata dari apa yang Allah dah perintahkan. Makan dan membeli belah ikut nafsu. Masa tak luangkan dengan perkara yang berfaedah. Allah... itu baru sentuh bab ibadah dan nafsu. Belum lagi urusan yang lebih besar.
Kadang-kadang (selalu sangat rasanya) kita bertuhankan dunia sebenarnya. Bertuhankan persepsi orang sekeliling terhadap kita. Bertuhankan nafsu. Bertuhankan..... Astaghfirullahal'azim.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Astaghfirullahal'azim
Astaghfirullahal'azim
Astaghfirullahal'azim
Jom sama-sama kita kembali kepada fitrah kita. Fitrah yang perlukan pertolongan dan perlindungan dari Allah. Fitrah yang sihat tubuh badan. Fitrah yang suci bersih jiwanya. Fitrah yang mengharapkan HANYA Allah sahaja yang kita perlukan dan diutamakan.
Iya, saya hamba berdosa. Kita juga. Jom sama-sama kearah menjadi yang lebih baik. Nak jumpa kalian di syurga. InsyaAllah. *tak sabarrrr*
p/s Jom amalkan doa ini setipa kali lepas solat supaya kita tergolong dalam golongan Husnul Khotimah.
Ruang Kulon
Rumah Emak
2 Zulhijjah 1435
27 September 2014
Assalamualaikum wbt.

Allahumma tahtim 'alaina bihusnil khotimah... Wala tahtim 'alaina bisu'il khotimah
Ruang Kulon
Rumah Emak
2 Zulhijjah 1435
27 September 2014
Assalamualaikum wbt.
July 22, 2014
Surat Untuk Bapak
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah... Ramadan 1435 dah datang lagi. dah nak habis dah pun. Alhamdulillah diberi kesempatan lagi jumpa Ramadan yang kita selalu rindu. Kita gunakan tak Ramdan ini sebaiknya? Allah. Tanya pada diri sendiri. Sejauh mana diri kita dah ada pada Ramadan kali ini. Diri aku juga. Allah... Malu nak mengaku pada Allah. Tapi sejauh mana pun kita dah lari dari rahmat Allah, selagi belum hari kiamat selagi tu kita ada peluang nak minta, pohon rahmat Allah tu. Kita je yang buat-buat lupa kan? ha aku lah tu. Allah... semoga Allah terus pelihara hati-hati kita ye. Semoga Allah terima amalan kita.
Berbalik pada tajuk utama, Ramadan kali ni adalah Ramadan yang ke-6 tanpa bapak. Bapak macam mana kar 'sana'. Semoga allah sentiasa pelihara bapak dalam kasihsayangNya. Semoga duk kumpul sama-sama dengan para solehin. Semoga Allah memudahkan urusan bapak dengan malaikatNya. InsyaAllah semoga juga kita berjumpa nanti kat syurga ye.
Tiap kali Ramadan ingatan ni kuat sangat kat bapak. Teringat balik dedulu masa kecik-kecik kalau nak masuk je bulan puasa, malam terawih pertama mesti bapak dah simpan TV. Ye, TV besar kotak tu bapak simpan dan sorokkan dalam bilik bapak dengan mak. Sepanjang bulan puasa tak ada sapa pun boleh sentuh TV tu. Ada juga hari yang saya nakal, curi-curi masuk bilik bapak dan mula pegang-pegang TV yang bapak dah selubung dengan selimut-selimut lama tu. Mula-mula pegang je. Hari-hari seterusnya mulalah kami cari akal macam mana nak cari punca elektrik untuk 'on' kan TV tu dari dalam bilik. pernah juga sekali dua kami berjaya menonton TV dalam bilik walau untuk beberapa minit.
Allah... kenangan sungguh! Dulu masa kecil-kecil kami tak tahu pun apa tujuan bapak buat macam tu. simpan TV masa bulan puasa. Tapi sekarang Alhamdulillah. Kami dah dewasa bapak. Kami dah faham erti, maksud menahan diri itu. Saya sendiri pada tahun ini dah buat syarat jangan sentuh atau kurangkan berhubung dengan media sosial sepanjang Ramadan ni. Kalau nak buka pun, lepas terawih, tilawah semua baru buka sebelum nak tidur tu.Alahmdulillah. 'Ketagihan' tu dapat saya kurangkan. lebih banyak masa kita boleh buat perkara yang berfaedah dari kita duk melangut layan telefon scroll newsfeed je sepanjang hari. Tapi saya juga insan biasa. Terlajak juga kadang-kadang. Ada juga hari yang lebih lama memegang telefon dari memegang Al-quran. Semoga kita terus sama-sama perbaiki kesilapan.
Bapak,
Selain itu, ini adalah pertama saya kali melaksanakan 1 hari 1 juzuk pada bulan puasa. Allah... dapat habiskan 1 juzuk dalam 1 hari nikmat sungguh rasanya.. Juzuk 1 sampai 5 agak nazak juga nak 'keep in track'. Alhamdulillah lepas juzuk 5 dah selesa dah nak dapatkan 1 juzuk penuh dalam masa 24 jam. Tapi sekarang bila dah dapat 'raya' awal, tak dapat la nak meneruskan 1 hari 1 juzuk ni. Dah minngu lepas pun hujung minggu ada juzuk yang tak dapat nak selesaikan. InsyaAllah, semoga saya dapat lagi jumpa Ramadan akan datang dan susun baik-baik jadual harian supaya semuanya 'keep in track' sampai 29 atau 30 Ramadan. Aminnnn. Semoga!
Bapak,
Sekali lagi saya doakan bapak tenang kat 'sana'. InsyaAllah, selagi di belakang nama saya ada nama bapak, selagi itulah doa saya untuk bapak tak pernah putus.
"Rabbighfirli wa li wa li dayya warhamhuma kama rabbayani soghira"
Aminnn
P/s: Jaga puasa. Kita masuk syurga bukan kerana berapa pahala kita dapat, tetapi kerana rahmat Allah.
1248AM
24 Ramadan 1435
Bawah rumah sebelah kulon

April 4, 2014
Hari terakhir SK JUGRA
Bismillahirrahmanirrahim.
Hari tu (20 Mac) hari terakhir aku kat sekolah. Kat sekolah rilek je buat-buat cool. Budak-budak dan cikgu-cikgu peluk-peluk pun boleh lagi control hensem. Kat rumah tengah makan tengahari tiba-tiba syahdu. Teringat macam-macam. Arwah bapak. Adik beradik. Emak. Pengorbanan. Jodoh. Bercampur semua. Allah. 'Hujan' lebat. Sampai nak tersedak-sedak time makan. Tapi cuba kontrol sebaik mungkin sbb tak nak mak dengar or perasan.
Huhh. Dalam teresak-esak dan rasa berat tu, fikir masuk dalam kolam. Bancuh air kopi dalam kolam besar. Serius lega. Siap rasa sejuk air kolam dan berenang2 lagi. But, in just 3 sec rasa sesak lg. Pahit lagi. Boleh pulak kena asak masuk cawan kecil kopi pekat. Nangis esak-esak lagi. Haihh. Susah nak lawan perasaan negatif ni. Ok. Ambil nafas panjang dalam dalam. Masuk kolam lagi. Paksa. Bagi lega. Alhamdulillah. Lega. Then. Ambil lagi nafas panjang. Alhamdulillah. Lebih lega.
Ada 1 masa terfikir, banyak dah nikmat Allah bagi kat aku. Tapi bila rasa sesak sikit time ni semua benda berkait-kait nak disalahkan.
Pastu beberapa hari lepas tu jumpa quote
"punyalah byk nikmat tuhan bagi kita. b'talu2. br 1 ni tukar flight. takkan nak sedih kn? malu nk sedih. tuhan dh baik sgt, kan?" [bongtri-laki-kokpin, 2014]

Aku pun jadi segan. Malu. Allah dah bagi kat aku macam2 . Kesihatan yg baik. Pengalaman kerja bagus. Famili yang sangat memahami. Ada tempat tinggal selesa. Makan hari-hari tak pernah putus. Akal yg sihat. Nikmat islam dan iman. Bernafas free byk mana pun kita sedut. Dapat belajar dari awal 4 tahun sampailah ke umur 24 secara formal dannnn senarai ni akan terus bertambah.
Walaupun yang buruk-buruk (buruk bagi kita je, padahal Allah sayang) berlaku dalam kehidupan seharian kita, ingat semua tu daripada Allah. Apa yang Allah beri semua RAHMAT. Semua RAHMAT! Tak ada satu pun yang Allah siakan atau nak zalimi hambaNya. Kita je yang zalimi diri kita sendiri.
Lailahailla anta subhanaka inni kuntum minazzolimin
"Ya Allah tiada Tuhan selain Engkau. Maha suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim"
Baru sempat post.
0907
040414
January 29, 2014
SK Jugra
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Maaf sudah lama tidak update di sini. Setiap kali
posting setiap kali tu minta maaf. Keadaan semasa tak benarkan aku menulis
banyak. Lebih banyak menggunakan mobile dari menghadap PC atau laptop.
Alhamdulillah, last aku update dgn Soleh masa aku
bekerja di Bangi kan? Bekerja di Bangi hanya bertahan 2 bulan. Oktober hingga November je. Disember menganggur di
rumah. Genap sebulan. Ada juga memohon beberapa tempat yang berhampiran dgn
rumah kampung untuk bekerja, Alhamdulillah dapat tawaran guru ganti,
menggantikan guru yang bersalin, di SK Jugra, Banting. Perjalanan ke sekolah dari
rumah hanya mengambil masa 15 minit.
InsyaAllah akan mengajar selama 3
bulan dan akan berakhir pada 20 Mac nanti. Perjalanan hidup aku lepas berhenti
kerja di Johor adalah perjalanan yang paling mencabar setakat ni. Benarlah
Allah kata (berfirman) dalam Kitab Cinta kita tu dalam surah Al-Ankabut ayat
ke-2;
“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja,
dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat
cubaan(ujian)?”
Masa kat Bangi, aku tak suka kerja jauh.
Kerja jauh yang aku kena berulang setiap hari dari tempat tinggal ke tempat
kerja. Memang minggu pertama berulang-alik, aku menangis sepanjang perjalanan
balik. Balik malam pula tu. Memang lagi syahdu laaa. Aku memang jenis kalau
stress aku menangis. Menangis sendiri. Aku lebih suka menangis sendiri, tak ada
orang pujuk. Lepas menangis akan rasa lebih energetik.
Alhamdulillah Allah bagi jalan. 2
bulan aku belajar redha. Aku tahu ni ujian kecil je. Tapi aku meratap bagai nak
rak. Malu aku. Dalam proses nak habiskan bulan yang ke-2 di Bangi, keadaan
kesihatan mak kurang memuaskan. Katanya, mak risau tengok aku berulang-alik
Bangi-Banting setiap hari. Keadaan mak membuatkan aku kuat untuk ambil
keputusan untuk berhenti kerja di Bangi.
Aku katakan pada mak, kalau aku
berhenti kerja, aku tiada pendapatan. Jadi aku kena bergantung kepada mak,
terutamanya installment kereta. Mak kata mak boleh bayarkan. Dalam hati aku dah
serba-salah. Dan berazam untuk dapatkan kerja secepat mungkin. Alhamdulillah
sempat menganggur sebulan.
Jadi sekarang, sedang mengajar di SK
Jugra. Pagi mendaftar diri di sekolah terus dapat kelas untuk mengajar. Sekali
lagi aku di uji. Aku kena mengajar subjek yang tak pernah aku suka dari aku
sekolah rendah lagi. Matematik! Hahahahaha. Masakkk.. Cikgu yang kena study
nampaknya. Tapi dah masuk minggu ke-2 mengajar, aku enjoy dengan Matematik ni.
Guru besar tak bagi kelas tahun 6 untuk guru ganti. Jadi aku dapat kelas tahun
2 dan tahun 4.
Bila aku dah mengajar dan aku enjoy,
aku terfikir, belum tentu apa yang kita sangka baik untuk kita, ia baik untuk
kita. Dan belum tentu apa yang kita tidak suka itu, tidak baik untuk kita. (Al-Baqarah:216).
Kannnn. Sebab sebelum ni pernah juga terfikir untuk sambung belajar KPLI ambil
Pra Sekolah. Tak pernah terfikir nak ambil subjek lain untuk KPLI. Tapi
sekarang bila dapat mengajar Matematik, secara halus Allah nak bagitahu yang
kalau aku suka dengan Pra Sekolah, belum tentu Pra Sekolah tu baik untuk aku.
Walaupun aku biasa menghadap anak-anak buah aku, mungkin aku tak dapat nak
bersabar dan handle budak-budak kecik dalam kumpulan yang ramai dalam kelas.
Jadi bersedia dengan apa yang Allah dah takdirkan untuk aku sambil terus
berusaha untuk dapatkan halatuju sebenar hidup aku.
Sekian.
1332
SK Jugra Banting
Subscribe to:
Posts (Atom)