October 27, 2013

Teknik Tidak Menegur Kesalahan

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim

Sorry dear, dah lama sangat tak menulis di sini. Semoga ko sihat-sihat ye. Terasa macam tulis surat pulak perasaannya. Hehe. Padahal dekat je kalau nak jumpa pun kan? Takpelah. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.

Nak kongsi sedikit tentang peristiwa pagi tadi. Alhamdulillah sekarang aku dah bekerja kat Bangi. Macam yang aku penah bagitahu, aku kerja jaga kedai kakak sepupu aku. Kedai dia menjual barang-barang kanak-kanak dan ibu. Jadi secara tak langsung ramai kanak-kanak yang suka bermain di kawasan kedai aku.

Nak dijadikan cerita, masa tengah budak-budak (umur dalan lingkungan 3-7 tahun) bermain-main, ada seorang adik yang paling kecil sekali terjatuh. Macamana dia terjatuh tu aku tak tahu, tapi yang penting selepas dia jatuh dia menangis. Aku pun terkejut juga, tapi berlagak tenang sebab ini perkara biasa bagi kanak-kanak terjatuh ketika mereka main.

Aku terus bangun dan keluar dari kawasan kedai dan terus dapatkan adik tu. Kawan-kawan yang lain masing-masing cuak dengan keadaan adik tu. Masing-masing pertahankan diri dengan mengatakan bukan mereka yang salah. Adik tu masih menangis. Aku terus mehulurkan tangan sebagai  bahasa badan untuk mempelawa adik tu untuk diselesakan memadangkan dia sedang menangis teruk. Berjaya! Aku hulurkan tangan macam gaya untuk mendukung adik tu. Adik tu ringan je. Dia pun tunjukkan bahasa badan yang menunjukkan dia mahu didukung. Jadi aku terus dukung dan bawa dia rapat ke bahu aku. Dia selesa. Dia lentokkan kepala ke bahu aku. Aku tepuk perlahan-lahan belakang badan dia sebagai cara untuk tenangkan dia.

Sambil itu kawan-kawan dia terus pertahankan diri masing-masing dengan mengatakan bukan mereka yang bersalah. Keadaan agak riuh sedikit. Sambil tenangkan adik tu kat bahu aku, aku terangkan juga ini bukan salah sesiapa. Mungkin juga mereka tidak sengaja. Adik tu masih nangis. Aku pun “eh bila nak berhenti nangis ni?” gumam sendiri dalam hati. Alhamdulillah. Allah ilhamkan aku untuk berkata “mana yang sakit?”. Adik tu perlahankan nangis dia sebab nak jawab soalan aku. Wohhh. Miraclee weh! Aku yang teruja. Ok ok. Pastu adik tu tunjuk kat bahagian mana dia sakit. Kat dahi. Ada la kesan merah-merah kat dahi tu. Aku baca selawat dan hembus kat dahi dia tu. Wohhh. Lagi sekali aku teruja. Baca selawat dan hembus ke bahagian yang sakit pada kanak-kanak adalah amalan kakak-kakak aku pada anak-anak dia. Jadi aku pun terikut-ikut cara mereka. Hehehe. Dan dia terus berhenti menangis. Tinggal saki-baki esak-esak tangis dia je. Air mata meleleh-leleh. Ahaha.

Aku amik hujung baju dia buat lap air mata dia. Hahahaha. Kalau mak dia nampak mesti mak dia marah. Hahahaha. Sambil kesat air mata dia aku cakap “Lap-lap air mata ni. Tak cantik dia ada air mata”. Adik tu ikut je tak membantah. Tak sampai dua saat dia dah berlari lagi seperti sebelum dia jatuh. Aku senyum lebar-lebar. Terus teringat nak menulis lh malam ni! Hahahahaha. So muncul lah post ni.

Okey sekarang mari masuk ke segmen penerangan. Semua tindakan aku tadi tu bukan lah hanya pengalaman semata-mata. Ia juga hasil pembacaan. Ha ni nak share ni. Ko penah tak baca topik ‘Mendorong Pelajar Corot Menggunakan Teknik Nabi Muhammad’ kat mana-mana. Sekarang dah banyak dah. Dulu teknik ni ada dua orang cikgu yang komited untuk apply dan sampaikan kat sebanyak cikgu yang boleh dengn buat kursus-kursus ‘Mendorong Pelajar Corot Menggunakan Teknik Nabi Muhammad’. Memula dulu idea untuk apply teknik nabi Muhammad SAW adalah cara Nabi Muhammad SAW mengajar je. Tapi teknik ni makin berkembang dan disesuaikan dengan situasi kat Malaysia ni. Cikgu Khairul Aniza Khairudin dan Ustazah Siti Khadijah adalah antara guru yang terawal menerapkan teknik ni dalam PnP mereka. Kalau berminat ko boleh search je nama dorang ni kat FB. Dalam status-status dorang pun banyak sebut tentang teknik ni. Ni blog Ustazah Siti Khadijah 

Apa yang aku apply dalam situasi pagi tadi adalah dengan ‘Teknik Tidak Menyiasat Kesalahan’. Selalu juga aku panik dalam situasi-situasi begini. Tapi tadi aku cuba untuk bertenang setenang-tenangnya. Aku tak marah budak-budak tu. Kalau aku marah selalunya dalam keadaan mcm ni mesti keluar perkataan “Ha sape buat ni??” atau “Ha tu lahhh..tadi kan dan pesan jangan main lari-lari. Kan dah jatuh!”.  Kannn.. betul tak?  =) Jadi, instead of bertanya dlm keadaan marah-marah macam tu lebih baik kita tenagkan je mereka. Sebab dalam keadaan macam ni mereka dah panik/kecoh. Dah kita ni yang dah dewasa pun nak panik/kecoh sama tu apehal kan? Kata dah dewasa. Jadi boleh berfkirkan? =)

Menurut teknik tu juga, ada dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang menunjukkan peribadi Baginda yang sangat agung. Jap. Jap. Aku google hadis tu. Hadis tu tentang Nabi Muhammad SAW tak menegur kesalahan orang arab yang datang dari kampung  yang buang air kecil dalam masjid.

Anas bin Malik melaporkan, pada suatu masa dia dan orang-orang lelaki lain sedang berada di dalam masjid bersama-sama Nabi Muhammad. Tiba-tiba masuklah seorang lelaki Arab daripada kampung ke dalam masjid, lalu lelaki itu berdiri dan membuang air kecil. Melihat kejadian itu, sahabat-sahabat Nabi yang ada di situ terus mengherdik lelaki tersebut. Sebaliknya, Nabi Muhammad berkata, “Jangan buat dia terhenti kencingnya. Biarkan sahaja.” Lalu semua yang ada membiarkan sahaja orang kampung itu menghabiskan kencingnya. Selepas itu Nabi Muhammad memanggil lelaki itu dan berkata kepadanya, “Sesungguhnya, di dalam masjid ini tidak boleh kencing ataupun membuang sedikit pun kotoran, sebaliknya hanya boleh berzikir mengingati Allah Azza wajalla, bersembahyang, dan membaca Quran.” Kemudian Nabi Muhammad menyuruh salah seorang yang ada di situ pergi mengambil setimba air, lalu disirami kencing itu. ~Hadith Rekod Sahih Muslim

Dalam hadis ni menunjukkan situasi orang yang tahu (Nabi Muhammad SAW) berhadapan dengan orang yang tidak tahu/faham (orang Arab kampung). Aku ada dengar talk tentang hadis ni, yang mana Ustaz tu terangkan tentang situasi hadis tu. Masjid dulu-dulu bukan macam sekarang. Masjid sekarang cantik. Kalau orang datang pun takde lah rasa nak buang air kecil atas karpet yang beribu harganya tu. Dulu pun masa zaman Nabi Muhammad SAW islam tak berkembang lagi. Jadi mereka (orang kampung) tidak tahu langsung tentang islam. Masjid dulu pun hanya berlantaikan tanah, berdindingkan pelepah pokok tamar. Jadi masa orang Arab kampung  tu buang air kecil tu, ada seorang sahabat yang nak menghalang perbuatan dia, tapi Nabi Muhammad SAW halang dan mengatakan supaya membiarkan sehingga dia selesaikan hajatnya itu. Ye lah, kalau terus sergah kang berseah-sepah pula air kencingnya kerana cuba melarikan diri kerana kena marah. Lepas tu baru Nabi Muhammad memanggil orang Arab kampung  tu dan terangkan kepadanya secara berhemah. Oh agung sngat kan Nabi Muhammad SAW? Masya-Allah.


Allahumma solli ala alihi wasohbihi wabaraka wasallam.