May 17, 2010

nature's lover




Semalam, selepas seminggu di Kampar, Perak baru lah saya melihat dunia luar..hari untuk jalan-jalan sekitar negeri Perak..perjalanan hari ini boleh diumpamakan seperti rombongan sambil belajar..[yela, sume yang berlaku di muka bumi ni kan ada hikmah dan pelajarannya..] (^_^)

yay!...lokasi pertama, Kellie's Castle..

Menurut pemandu pelancong merangkap penganjur [terima kasih Cikgu!], rumah mewah yang tidak pernah siap ini dibina oleh seorang warga Scotland, tuan punya ladang sawit di sekitar daerah Kinta iaitu William Kellie Smith. Tapi malangnya Mr Smith telah mati ketika beliau membuat lawatan ke Portugal. Istana ini dibina khas untuk isteri dan anak perempuannya.

Lokasi seterusnya, Kuala Kangsar. Kami melawat Muzium Diraja Kuala Kangsar. Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan ( kayu jenis berlian ). Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini. Ianya dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik yang menggunakan tepas yang dianyam dengan corak-corak anyaman Melayu Tradisional.

Di bandar Kuala Kangsar kami menjamu laksa dan cendol di tepi Sungai Kangsar.

Selepas makan, kami terus ke Taiping. Tujuan utama adalah ke Taman Tasik Taiping yang mengujakan. Walaupun sebelum ini saya pernah ke sini dan menaiki 'itik', tapi kunjungan ini tetap indah seperti kali pertama saya ke tasik ini..Sangatlah mengujakan!

Makan-makan di Taiping. Sudah tentu Yong Taufu dan ABC...yumyum!

Terima kasih daun keladi ye Cikgu dan isteri..lainkali ajak la saya lagi..InsyaAllah..

No comments: